PENAJA

Thursday, 20 December 2012

asal usul nama Felda Linggiu : suatu pemerhatian

sejak kecil saya sering diberitahu bahawa nama Felda linggiu berasal daripada gabungan 3 kaum iaitu Melayu, Cina dan India kerana felda Linggiu adalah antara sebahagian kecil felda di malaysia yang mempunyai 3 kaum tersebut sebagai peneroka. sehingga dewasa saya masih percaya kepada perkara itu walaupun saya tidak pernah nampak kaitan antara LINGGIU dengan MELAYU, CINA dan INDIA jika digabungkan. 

oleh itu di kesempatan ini saya ada membuat sedikit kajian, namun bukanlah kajian lapangan, hanya kajian pembacaan dan kajian lisan. mungkin kajian ini boleh mengubah pandangan umum terhadap asal usul nama Linggiu.

mengikut kajian lisan daripada peneroka di felda ini, saya diberitahu bahawa sebelum felda ini dikenali sebagai LINGGIU nama asalnya adalah FELDA LUBUK AJAL. ini kerana dikatakan (saya hanya dengar cerita ini sejak kecill) di kawasan ini terdapat 1 kolam pusaran air (saya tidak pernah jumpa) yang pernah dijadikan lokasi tentera jepun memenggal kepada semasa pendudukan Jepun. dikatakan mereka yang dipenggal akan dicampak ke dalam pusaran air tersebut. maka munculah nama LUBUK AJAL. namun nama itu tidak jadi digunakan kerana bimbang tiada peneroka yang akan datang ke felda ini. untuk makluman tidak ramai mereka yang mahu duduk di felda masa itu sebab lokasi di dalam hutan tebal. oleh itu kombinasi felda dan nama yang ngeri itu mungkin akan menjadikan felda ini gajah putih. inilah alasan kenapa nama FELDA LUBUK AJAL telah diubah kepada FELDA LINGGIU. persoalanya, dari mana datangnya nama Linggiu. benarkah dari gabungan nama kaum?.

saya mengatakan nama Linggiu tiada kaitan dengan gabungan nama 3 kaum yang menetap di sini. ada beberapa alasan saya mengatakan demikian. pada saya ia adalah salah tanggapan semata-mata. mungkin atas alasan lisan yang sering diberikan apabila ada yang bertanya dari mana datangnya nama LINGGIU. mungkin disebabkan tiada maklumat mereka mengambil jalan mudah mengatakan bahawa LINGGIU datang dari gabungan nama 3 kaun yang menetap di sini. ini kerana di daerah Kota Tinggi hanya felda ini yang ada 3 kaun peneroka. jika nama Linggiu tidak datang dari gabungan kaum, dari mana munculnya nama LINGGIU?.

jika kita melihat kembali sejarah, kita akan sedar dari mana datangnya nama linggiu. menurut Sejarah Melayu, selepas kemunculan Kerajaan Melayu Melaka, terdapat sebuah kerajaan Melayu yang terkenal yang disebut GANGGAYU: 

"Setelah berapa lamanya dijalan, datanglah kepada negeri Ganggayu.Shahadan dahulu kalanya negeri itu negeri besar, kotanya daripada batu hitam, datang sekarang lagi ada kotanya itu di hulu Sungai Johor. Ada pun asal namanya Klang Kio, iaitu bahasa Siam,ertinya perbendaharaan permata; oleh kita tiada tahu menyebut dia, jadi Ganggayu. Adapun nama rajanya Raja Chulan; adalah akan baginda itu raja besar, segala raja-raja di bawah angin dalam hukumnya." (W.G.Shellabear:1975:10) - wikipedia

dikhabarkan di kerajaan Ganggayu terdapat sebuah kota yang hebat mungkin setanding dengan Angkor WAt dan Candi Boroboddur yang dibina dengan batu hitam. kota itu dinamakan Klang Kio atau Gelanggi atau Linggiu. kerajaan Ganggayu dikatakan muncul pada abad ke 17 masihi.

ini gambaran Kota Klang Kio tersebut

dari sejarah kerajaan inilah nama LINGGIU itu muncul, namun hingga hari ini tiada bukti bahawa kerajaan dan kota batu hitam itu wujud.

satu lagi bukti bahawa nama Linggiu itu muncul dari sejarah kerajaan silam tersebut dikukuhkan dengan sebuah peta yang dihasilkan pada tahun 1907. peta tersebut merupakan peta negeri Johor pertama yang dilukis secara teliti dan tepat sehingga mendapat pengesahan kerajaan british tika itu. peta ini dilukis oleh Dato Bentara (Bintara) Luar iaitu Muhamad Salleh Perang. tokoh penting dalam sejarah Johor. apa kaitan Linggiu dengan peta tersebut?.


ini adalah peta negeri Johor pertama dilukis secara terpeinci.

tarikh peta ini dilukis dan nama pelukis

jika kita memerhatikan peta tersebut kita akan mendapati bahawa terdapat sebatang sungai yang dinamakan Sungai Langgiu (ejaan asal). ianya terletak di hulu Sungai Johor.

di sinilah Sungai Langgiu dalam peta tersebut

oleh itu kesimpulanya, nama Felda Linggiu diambil dari nama sebatang sungai iaitu Sungai Langgiu (kini Linggiu) yang tidak berapa jauh dari perkampungan ini. buktinya nama sungai itu muncul sejak abad ke 17 masihi dan tertulis dalam peta sejak 1907. lebih awal dari wujudnya felda ini. so terang lagi bersuluh nama Linggiu itu datangnya dari nama sungai. bukan nama sungai itu Linggiu sebab terletak di Felda Linggiu. Felda yang ambil nama sungai itu, bukan sungai itu ambil nama Linggiu.

selepas ini jika ada orang tanya apa maksud LINGGIU atau mana datang nama LINGGIU, jawablah ianya datang dari nama Sungai Linggiu dan maksud Linggiu itu adalah sebuah kota purba kerajaan Melayu abad ke-17. sekian

2 comments:

  1. Saya adalah anak peneroka Felda Linggiu. Baru lah jelas nama asal usul Felda Linggiu. Memang kalau ada orang tanya asal usul, saya akan kata asal dari 3 kaum. Selepas ini saya akan ubah sepertimana dalam artikal. Terima kasih atas info.

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah yg sepatutnya.terima kasih kerana membaca.tq

      Delete