PENAJA

Friday, 28 December 2012

kembara 4 hari 3 malam di bangkok part 4


HARI KE-2 DI BANGKOK
Ok selepas chek in hotel baru kami pun bersiap2 nak keluar jalan la. Tetapi sebelum 2 kena pergi makan dulu sebab bila keluar tak tahu mana tempat yang boleh makan. So dalam mencari2 tempat makan, kami adalah bertanyakan kepada beberapa rakyat tempatan lokasi makanan halal. So kena cari perempuan yang bertudung sebab sure dia Islam hehe. Kami berjumpa seorang penjaja pakaian di kaki lima. Menurut beliau KFC di Thailand adalah halal, dan terdapat sebuah kedai sebuah kedai nasi ayam yang agak murah dan halal. Lokasinya jalan Si Lom 8. So kami ke sana. Rupanya gerai tersebut terletak di dalam sebuah pasar. So inilah kedai makanan halal tersebut. Sebelum beli kami Tanya terlebih dahulu penjual tersebut Islam atau tidak. Bimbang konsep halal di Bangkok ni berbeza. Mereka ingt tiada babi dan haiwan disembelih kira halal.




inilah kedai makan tersebut. sebelah kedai ni tak jual makanan halal pun. yang pentang yakin


Tidak banyak pilihan kecuali nasi ayam warna kuning. Namun terdapat pilihan lauk seperti ayam, daging dan ikan. Setiap pinggan berharga RM4.00 atau 40 Bath. Ok la berpatutan juga. Rasanya amat la sedap. Saya memilih nasi berlauk daging. Daging amat lembut dan rasanya sempurna. Makan sakan la kami selepas semalamnya tidak menjamah nasi. Air ambil air miniral sahaja. Untuk makluman air miniral di sini masih menggunakan botol kaca. Dan harganya 10Bath. Amat berpatutan. Sepanjang di sana kami hanya minum air miniral atau air botol yang dijual di 7E yang ada tanda halal sahaja. Air kegemaran saya adalah Red Bull sebab ada halal dan harganya amat murah. Jika di Malaysia Red Bull botol kaca dijual rm2, di sana hanya RM1 sahaja. Kerana Red Bull berasal dari Thailand. Peliknya tiada botol Red Bull dalam tin. Puas saya cari.

Selepas makan kami memulakan program meronda di Bangkok. Lokasi pilihan kami adalah Grand Palace. Grand Palace adalah sebuah istana lama yang di dalamnya terdapat sebuah wat suci. Kami ke sana dengan menaiki tuk tuk. Bayaran 150Bath. Murah juga sebab perjalanan agak jauh.

Sepanjang perjalanan kami mendapati terdapat banyak gambar2 raja thai di sepanjang jalan dan bangunan2. Kami kurang pasti pada awalnya. Hanya ada 2 kemungkinan, sama ada mereka amat memuliakan raja mereka ataupun mereka sedang merayakan sesuatu. Selepas pulang baru saya tahun bahawa raja thai akam menyambut ulangtahun keputeraan. Sebab itu gambar beliau ada di merata tempat. Selain itu kami juga perhatikan Bandar Bangkok agak berkabus. Seakan2 jerebu. Mungkin akibat pencemaran udara. Jika di Indonesia jalanraya bising dengan bunyi hon, di Bangkok mereka bising dengan bunyi wisel. Kenapa wisel. Sebab penjaga jalan/lalulintas (bukan polis rasanya) mereka meniup wisel sepanjang masa. Lazimnya di Malaysia wisel jika keadaan kurang terkawal. Tetapi di sini tanpa sebab pun wisel dibunyikan. Amat bising!!

Maka kami pun sampai di Grand palace. Amat menarik tempat ni. Kompleksnya agak besar dilihat dari luar. Kami ke sini sebab ada rakan yang syorkan tempat ni. So kami cuba ke sini. Bila sampai disana kami lihat amat banyak orang yang datang melawat. Tetapi rakyat tempatan tidak kelihatan. Penuh sesak dengan pelancong asing. Sure menarik tempat ni. Kami agak tidak sabar untuk masuk. Bila nak masuk je keterujaan kami terbantut, sebab ada tiket masuk dan jumlahnya 400Btah atau RM40. Mak ai mahal giler. Patotlah orang tempatan tak ada. Saya perhatikan warga asing pun agak berkira2 nak masuk sebab harganya yang agak mahal. Positifkan diri kami masuk juga sebab dah terlanjur datang dan bila lagi nak datang pas ni.ini je peluang yang ada. So masuk.layan!!

Kami sampai agak lewat dalam jam 3 petang. So kami tidak sempat masuk ke beberapa bangunan. So agak rugilah sebab dah bayar mahal. Tempat ni ditutup jam 5 petang. Kesimpulanya bila masuk dalam ni saya bagi 5/10 markah je. Apa yang best adalah senibina yang amat luarbiasa.amat teliti pembuatanya. Anatara yang menarik masuk dalam kuli suci dimana terdapat sebuah patung Buddha di buat daripada jed hijau. Hanya raja boleh tukar dan bersihkan patung tersebut. Erm kenapa manusia yang kena bersihakan tuhan?. Dan menarik juga di dalam kompleks tersebut terdapat sebuah replikan Angkor Wat yang amat besar. Wow.

Yang tak best harga tiket mahal, banyak bangunan2 menarik tidak boleh masuk.agak pelik apa tujuan bayar tiket mahal2 tapi hanya lihat binaan luar. Tiada apa2 pengisisan. Buat lagi xbest kami tak sempat ke semua tempat sebab muzium2 tertentu tutp awal. Pengajaranja jika mahu ke Grand Palace sila datang awal. Mungkin lebih berbaloi.

Selepas kami keluar kami singah di gerai cendera hati di hadapan pintu utama. Harga di sini lebih murah dari di pasar malam atau di kaki lima di jalanan Bangkok. Sempat la beli untuk rakan2. So kami dah penat dan mahu pulang. Kami ambil teksi. Menarik di sini teksi2 adalah Altis dan Lancer. Jika di Indonesia Vios, di Malaysia, saga, iswara, waja.ermm. kami dihantar terus ke hotel. Untuk makluman di sini walaupun ada meter mereka tidak menggunakan meter.untuk makluman, di Bangkok hari sabtu semua teksi cuti sebab jalan amat sesak. Jadi cari kenderaan lain di hari sabtu. Tetapi di hari ahad amat lancar sebab semua mereka berehat untuk bekerja di hari Isnin. Jadi elak ke Bangkok pada hari sabntu. Sebab jalan sesak. Menurut pemandu teksi la. Sebab kami pergi hari bekerja.

Ok selepas pulang dari Grand Palace kami berehat untuk berjalan malam hari pula. Erm walaupun hotel ni agak ok tetapi tiada jugkittle. So payah nak masak megi. Terpaksalah masak di dalam microwave. Bolehlah nk alas perut sebelum makan malam.
Lepas magrib kami pun keluar cari makan, kami terus ke kedai makan siang tadi. Tetapi tutup. So amat la lapar. So kami ambil MRT dan terus ke MBK mall. Mall yang amat besar dan bertingkat2. Macam Time squre rasanya. Untuk makluman MBK mall terletak sebelah dengan national stadium. Station MRT pun Natonal Stadium.
Mula2 kami hanya windo2 shja. Kami ke tempat barang cenderahati. Harga disini lebih ok dari dipasar pak phong. Mudah nak beli dan xperlu tawar menawar ektrem sangat. Di sini layanan agak hampeh.sebab sebelum anda beli layanan elok. Kalau tak jadi beli layanan hampeh. So sempat la beli beberapa barang. Nak cari baju tetapi banyak dah nak tutup. Di sini jam 9malam dah tutup mall. Selain itu baju 1 LUV Bangkok di sini agak pelik sebab kedai2 tertentu hanya jual saiz2 tertentu je. So bila nak beli Tanya ada x saiz baru pilih.
Tujuan asal nak makan. So kami cari kedai makan. Ada beberapa pilihan di sini. Di foodcourt, restoran dan foodcourt yang sedikit eksklusif. Disebabkan foodcourt biasa dh tutp so kami pilih yang eksklusif. Memag mahal. Nasi gereng harga 160Bath. Giler tol. Tapi layan je la sebab kami dah masuk kedai ni.air macam biasa air miniral sahaja. Nasib makanan tidak mengecewakan. Tapi stil tidak sepadan dengan RM16 hehe. Sori tiada gambar.
Di luar MBK terdapat bazzar so kami ke sana juga. Barang2 agak murah. Namun tiada yang berkenan di hati. Kami ambil MRT dan pulang ke hotel. Masuk tidur dengan agak penat.

BERSSAMBUNG....

7 comments:

  1. mana lagi sambungannyaaaa?

    ReplyDelete
  2. disebabkan ada permintaan sy akan usahakan sambunganya.thanks sudi membaca

    ReplyDelete
  3. saye baca dlm diam je.

    ReplyDelete
  4. xda sambungan pon?

    ReplyDelete
  5. Thanks kerana memberi sokonga.sy mohon maaf kerana agak sibuj nk sambung cerita tersebut.akan d usahakan

    ReplyDelete
  6. mantap.... cuma ada kesalahan grammar.. hehee...ko x bawa bini ko bercuti ke thailand ke mawi waktu tu???

    -pengiran Z-

    ReplyDelete
  7. hehe tq atas teguran akan dibuat penambah baikan...hehe tgh dalam bulan xlarat nak berjalan.g dgn kwn2 je

    ReplyDelete