PENAJA

Saturday 6 April 2013

ramalan keputusan PRU 13 (pilihanraya umum 13) dari Shinichipedia

PRU13 dijangka pilihanraya yang paling getir dalam sejarah pilihanraya di malaysia. jika PRU12 dianggap pilihanraya penuh kejutan kerana tiada siapa menjangkakan bahawa 5 buah negeri tumbang, namun PRU13 adalah pilihanraya paling mencabar.

jika anda adalah seorang peminat laman sosial, saya yakin anda akan rasa bahawa kerjaan 100% akan tumbang!. namun bagi mereka yang tiada akaun dalam laman sosial (golongan berusia), mereka amat yakin kerajaan akan kekal mendapat mandat untuk 5 tahun lagi.

disebabkan perkara yang ironi seperti ini maka SHINICHIPEDIA dengan pengalaman yang tidak seberapa dan hanya menjadi pemerhati politik cuba untuk membuat ramalan keputusan PRU13 atas kapasiti neutral.

PRU13 amat sukar pada pemerhatian saya. ia adalah pertembungan antara kaum muda dan kaum tua serta pertarungan dua parti yang sama kuat dan sama luas pengaruh mereka. Malaysia kini dilihat sedang ke
arah negara "dua parti" seperti diamalkan di Amerika dan England. konsep 2 parti ini dilihat menjadikan PRU13 adalah paling mengiurkan untuk kita ketahui kesudahanya.

Di Malaysia kaum muda ketika ini memperlihatkan minat yang amat mendalam terhadap politik dan kesedaran politik. sejauh mana kesedaran mereka masih boleh diragui. kaum muda pada PRU13 ini nampaknya amat cenderung kepada perjuangan pakatan Rakyat manakala golongan berusia masih lagi kuat menyokong perjuangan konvensional. pertempuran ini pada saya akan menentukan pihak mana yang akan menang. pengaruh kaum cina juga masih ada dan kuat dalam menentukan kemenangan sesebuah parti, namun pengaruh kaum muda dan tua dilihat lebih dominan.

apakah yang disokong oleh kaum muda?. bagi kaum Melayu mereka sudah pasti tidak akan menyokong DAP, namun adakah mereka akan menyokong PAS. rasanya PAS bukan parti yang akan membolot undi kaum muda yang utama tetapi PKR!. ya PKR adalah parti pembangkang yang amat kuat ketika ini. ini kerana anak muda hari ini dilihat cuba bereksperimen dan cuba lari dari kebiasaan. ,mereka tidak bercerita tentang korupsi atau penyelewengan serta rasuah. ini kerana mereka tidak tahu pun apa yang berlaku. mereka tidak membaca akhbar (kecuali bahagian sukan dan hiburan), mereka tidak menonton berita. mereka hanya mungkin membaca FB. itu sahaja sumber maklumat mereka. bagi anak muda yang mengikut-ikut aliran sokongan golongan muda, mereka tidak berapa ambil berat akan kampen di FB, mereka hanya mahu sokong apa yang mereka mahu sokong dan cuba lari dari kebiasaan dan mahu membuktikan mereka adalah anak muda zaman baru yang lebih bijak dan matang dalam politik. cuba kita tanya, kenapa mereka menyokong PR atau PKR?. mereka tidak menjawab mahu jadikan negara ini lebih baik, lebih banyak kemajuan, peluang kerja, kurangkan rasuah, kurangkan kronisme, keamanan, kebebasan undang-undang dan lain-lain. mereka mungkin jawab harga kereta murah, hutang PTPTN, kamera AES dihapuskan dan lain-lain yang sewaktu denganya. mereka hanya melihat undi untuk mendapat manfaat kebendaan. bukan atas dasar kenegaraan. ini yang saya katakan mereka hanya mahu membuktikan mereka mahu kelainan dan bereksperimen. oleh itu apa sahaja kerajaan lakukan untuk memancing undi mereka akan gagal kerana mereka hanya mahu kelainan (perkataan "perubahan" mungkin terlalu besar untuk digunakan ).

oleh itu dengan pertembungan muda dan tua serta undi cina, apakah keputusan PRU13 nanti?. di peringkat persekutuan saya jangkakan 2 perkara. pertama kerajaan BN akan terus memerintah. anda pasti tidak bersetuju bukan. kenapa anda tidak bersetuju? sebab anda adalah penguna laman maya. kempen yang berlaku setiap hari di Fb hanya dibaca oleh orang muda. anda sahaja yang akan mengundi PR, bagi kaum tua yang tidak membaca kampen FB, mereka akan bersetuju dengan ramalan ini. walaupun mereka tidak akan dan pernah baca ramalan ini. kita rasa PR kuat kerana kita sering disogokan dengan maklumat dan kempen alam maya yang nyata jelas memihak kepada PR. ini saya gelarkan Kerajaan FB. sekiranya undi FB diambil kira pasti PR menang mudah. namun kita hanya kira undi mereka yang keluar dan memangkah kertas undi. jika anda buka FB anda akan dapati kempen dan LIKE hanya orang-orang yang sama dan agak kerap. so penuh wall anda dengan kempen tersebut. jika dilihat oleh seseorang yang atas pagar dan penyokong BN mereka akan rasa PR amat kuat dan akan menang PRU13. ia adalah persepsi sahaja. sedangkan kaum muda hanya sebahagian pengundi. selain itu adakah sokongan di Fb akan diterjemahkan dalam bentuk undi?. ok soalan saya, siapakah wakil rakyat anda di parlimen dan DUN sekarang?apakah kawasan parlimen dan DUN anda? apakah parti lawan kepada wakil rakyat anda sebelum ini?. mungkin sebahagian daripada kaum muda tidak tahun pun. mungkin mereka sokong PAS, tetapi yang bertanding adalah DAP. adakah mereka akan undi DAP?. disini akan berlaku perubahan undi. perkara-perkara ini juga perlu diambil kira dalam membuat ramalan. dan disini sebenarnya amat penting penggunaan lambang parti seperti BN. ia juga akan mempengaruhi pengundi. seterusnya kempen di FB lazimnya adalah kaum muda lelaki, bagaimana dengan kaum wanita. bukankah mereka kurang minat politik dan sering kali meluat dan hantar post yang minta anda stop berkempen. di Fb, PR amat kuat berkempen, oleh itu jika mereka jadi benci dengan politik, parti apakah yang mereka akan mengundi?. atau mereka tidak akan keluar mengundi!.. seperkara lagi jika kita perhatian kempen yang nyata adalah daripada penyokong PR. kurang pula kampen BN. adakah ini bermaksud penyokong Bn tiada dalam FB. atau mereka lebih rela berdiam dan tidak mahu menonjolkan parti yang mereka sokong?. atau mereka tidak mahu dicemuh serta dianggap tidak IN dengan trend anak-anak muda. dianggap konsevetif dan ketinggalan zaman. mungkin sebab-sebab ini mereka tidak berkempen. maka anda perlu faham bahawa dalam berjuta pengguna FB hanya sebahagian sahaja yang rajin berkempen. berapa ramai yang lebih suka berdiam dan tukang tonton (dan meluat)?

ramalan ke dua, BN juga akan bentuk kerajaan. apa beza dengan ramalan pertama?. menang dan bentuk kerajaan adalah perkara berbeza. jika dilihat undi popular pada PRU12, BN hanya mendapat 51% sahaja. ini adalah amat-amat getir. dijangkakan adalah agak mudah PR mendapat undi popular yang lebih banyak dalam PRU13.oleh itu dalam ramalan ini dijangka PR akan menang tipis. namun hasil pengalaman PRU12 akan ada wakil rakyat PR akan melompat parti. Bn sudah pasti bersedia dengan kekalahan. dan mereka juga sudah bersedia dengan wang untuk beli kerusi parlimen. lompat si katak lompat akan berlaku. andai kata usaha membeli wakil rakyat ini gagal saya jangkakan PAS dan BN akan membentuk kerajaan campuran. saya rasa dengan pengalaman di beberapa negeri sebelum ini, PAS sentiasa menjadi orang ke3 terutamanya di Penang, Selangor dan Perak. oleh itu mereka amat yakin matlamat menubuhkan negara Islam akan gagal dengan adanya DAP. jika PAS kembali kepada BN saya rasa inilah kemenangan paling besar umat melayu (orang Melayu dalam perlembagaan mestilah Islam).

kesimpulanya BN akan kekal memerintah walaupun mungkin dengan cara katak si katak lompat ataupun mewujudkan kerajaan campuran. kemenangan PRU13 pada saya 50:50!.

peringkat negeri pula dijangka pengaruh PR akan tersebar luas. banyak kerusi DUn yang akan jatuh kepada PR dan amat sukar BN mahu menang kerusi yang dimenangai PR sebelum ini. BN harus bersedia kalah di beberapa kerusi DUN mereka!. Penang, Selangor, Kelantan  dan Kedah dijangka terus menjadi milik PR. rakyat Terengganu tetap dengan kelicikkan mereka bermain politik dengan kekal di bawah kuasa BN. jika ada negeri yang jatuh kepada PR sudah pasti Perlis, Perak dan mungkin Melaka. Pahang, negeri Sembilan, Sabah, Pahang dijangka akan kekal milik BN. Johor pula masih kubu BN namun akan ada beberapa kubu yang akan roboh!. rakyat Sarawak yang tidak membuang undi DUn dijangkan memperlihatkan bantahan terhadap kerajaan negeri dengan tidak menyokong Bn dalam undi parlimen. dijangka semua kawasan bandar akan jatuh ke tangan PR manakala kawasan pedalaman akan terus menyokong BN.

ini hanyalah ramalan. mungkin ianya tidak tepat dan jauh tersasar. namun itulah ramalan. saya masih baru menjadi pemerhati politik yang neutral. mungkin masih banyak yang perlu saya pelajari. saya bertangunggjawab sepenuhnya dengn penulisan artikel ini. jika anda tidak bersetuju saya sedia menerima pandangan anda. terima kasih kerana sudi membaca.

ramalan ini tidak termasuk isu-isu kempen yang bakal berlaku. mungkin jika ada isu besar dan diluar jangkaan mungkin ramalan ini akan berubah!.



6 comments:

  1. saya bersetuju dengan ramalan saudara... walaubagaimanapun saya berharap agar BN akan berjaya menang 2/3 berbanding PR didalam PRU 13 ni...didalam alam maya memang saya lihat PR lebih hebat dari BN namun harus diingat kebanyakan yang menulis dalam alam maya hanya kelompok pengundi tegar parti politik sahaja... kelompok pengundi atas pagar yang jumlahnya jauh lebih besar dari pengundi tegar lebih berminat tengok dan nilai sahaja.. dan ini boleh dikatakan mewakili pengundi muda... lepas itu faktor penyumbang kekalahan BN pada PRU 12 juga harus dilihat semula..adakah faktor2 tersebut masih ada pada BN sekarang.. bagi saya ini yang mempengaruhi keputusan pengundi tua..

    ReplyDelete
  2. Saya secara peribadi merasakan untuk mendapat 2/3 agak sukar dan hampir mustahil. Ini kerana ketika pru12 BN hanya mendapat undipopular 51% sahaja. Saya jangka angka itu sukar untuk ditingkatkan dengan mendadak. Saya lihat kempen di media sosial amat berkesan dan memberi persepsi bahawa PR amat kuat dan pasti menang. Ini menyebabkan pengundi atas pagar merasakan mereka harus menyertai perubahan yang mereka di momokan itu. Namun dalam pru12 ramai pengundi BN yakin BN menang mudah.oleh itu mereka tidak mengundi. Jadi dalam keadaan kritikal ini mereka akan keluar mengundi. Kesimpulanya, siapa yang akan menang bergantug pada undi atas pagar dan mereka yang tidak keluar mengundi dlm pru12. Ibarat metafora kek ekonomi, kek pilihanraya ajan menjadi lebih besar. Siapa yang berjaya dapat perubahan saiz kek akan menang

    ReplyDelete
  3. YES.
    SETUJU DENGAN MAWI....
    PRU 13-THE TRUE WAR BEGINS!
    PRU YANG MEMBUATKAN KEGHAIRAHAN TINGGI UNTUK MENGETAHUI SIAPA MAJORITI.
    FACEBOOK - ORANG MUDA - PR - PERUBAHAN, MATANG DAN CELIK.
    TV3, UTUSAN , METRO - ORANG TUA - BN - KONVENSIONAL, PENGALAMAN DAN PERCAYA.
    KERAJAAN CAMPURAN - BEST DENGAR BENDA NI, PAS DAN BN BERSATU - KURANGKAN PENGUASAAN MEDIA MASSA (I.E MACAM SEKARANG, MEDIA MASSA DIKUASAI BN)
    KERAJAAN NEGERI - MELAKA - TAK RASA PR BOLEH MENANG, SEBAB KETUA MENTERI DIA ORANG KUAT BN. HOHO.
    PERLIS DAN PERAK - ADA PERUBAHAN. INI KALILAH....
    TERENGGANU - 50/50
    AKU SENDIRI TAK TAHU , NAMA CALON PARLIMEN DAN DUN. TENGAH STUDY LAGI..HAHAHAHHAA....

    ReplyDelete
  4. 5may ni akan jadinpenentuk corak masa depan negara.inikalilah atau lain kalilah kita tungu.perubahan lazimnya baik dan diperlukan. Malaysia yang memilih...jom pilih Malaysia yang anda mahukan

    ReplyDelete
  5. Mawi, camne nak claim duit/elaun perjalanan bagi student macam saya? hehehe..jauh melaka...

    ReplyDelete
  6. erm tdi tanya AJK sebuah parti politik ni dia cakap g jumpa en yaacob blok8. dekat uma wapaat. tetapi bayaran maybi ciput. U ko xd sediakan bus ke mcm UPM?.ko tunjuk tiket bus la nt jgn buang lak

    ReplyDelete