|
22.Langkah
/ Cara/
Usaha Imperialis
Barat
Mengukuhkan
Kedudukan
|
Bagi mencapai matlamat imperialisme
untuk menguasai ekonomi negara jajahan, imperialis Barat telah berusaha untuk
mengukuhkan kedudukan mereka.
Langkah
pertama yang dilakukan adalah dengan mengubah sistem pentadbiran tempatan
kepada system politik barat / birokrasi barat. Jawatan-jawatan tertinggi dipegang oleh barat. Gabenor
Jeneral menguasasi eseluruhan pemerintahan negara yang dijajah. Hal ini
menunjukkan kuasa Raja sebagai pemimpin asal telah berkurangan.
Selain itu, pelantkan pegawai barat
untuk mengetuai biro atau jabatan yang dibentuk telah mengenepikan peranan
pembesar tempatan. Contohnya jawatan residen di Tanah Melayu yang berperanan
sebagai penasihat Sultan dalam semua perkara kecuali aspek agama Islam dan
kebudayaan Melayu telah menyingkirkan peranan Raja sebagai ketua negeri.
Barat juga memperkenalkan undang-undang
barat dengan memaksa pemimpin tempatan menerima undang-undang mereka.
Contohnya British memperkenalkan Akta Perkampungan Burma dan Akta Ulu
Burma.Kesannya pentadbiran tradisional telah lenyap.
Dalam bidang ekonomi, Imperialisme
Barat turut mengeksplotasi
ekonomi.Contohnya menguasai bijih timah di Tanah Melayu dan Indonesia.Selain
itu, imperialisme juga telah memperkenalkan Sistem Tanaman Paksa dan Sistem Polo
yang bertujuan untuk mengaut keuntungan dan secara tidak langsung telahh
menindas penduduk peribumi.
Seterusnya, imperialis Barat telah
memperkenalkan sistem pendidikan barat dengan mengutamakan sekolah yang
menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa pengantar. Contohnya di Indonesia,
golongan priyayi diasingkan daripada anak orang kebanyakan. Sikap pilih kasih
yang diamalkan oleh penjajah bertujuan untuk memecahkan perpaduan rakyat
tempatan. Di Tanah Melayu, lepasan sekolah Inggeris sahaja yang diberikan
peluang pekerjaan berbanding lepasan
sekolah Vernakular.
|
|
23.Adakah ekonomi
negara kita
masih
lagi
dijajah?
Beri Pendapat
anda
|
Bersetuju
Saya
bersetuju dengan kenyataan tersebut kerana lambakan barangan luar negara
di pasaran tempatan. Ini telah membuktikan mereka menguasai ekonomi negara.
Mereka mendirikan pasaraya besar
dan menguasai peniagaan borong dan runcit. Antara contoh ialah pasaran TESCO, AEON, IKEA dan
sebagainya telah tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Barangan Barat
seperti Pepsi, Milo, maggi dan sebagainya telah berada di seluruh stesyen
minyak dan kedai runcit tempatan. Situasi ini jelas telah menyebabkan
barangan tempatan tidak mampu bersaing.
Malah memberi kesan negatif kepada
peniaga tempatan.
Syarikat pemasaran asing turut menguasai pasaran negara.
Perkembangan ekonomi global telah menyebabkan mereka bebas menggunakan teknologi maklumat untuk menguasai pasaran
negara. Antara contohnya ialah penggunaan media
social facebook, Instagram, you tube dan sebagainya digunakan untuk menembusi pasaran
Malaysia. Hal ini telah menyekat
perkembangan industri kecil dan sederhana (IKS). Kesannya akan merugikan
peniaga tempatan.
Penguasaan teknologi maklumat turut membantu negara luar
memudahkan penguasaan ekonomi negara. Antaranya mereka menghasilkan aplikasi-aplikasi canggih untuk
mendapatkan keuntungan ekonomi daripada negara kita. Sebagai contoh UBER, GRAB, dan sebagainya. Tindakan tersebut
dengan mudah mendapat tempat di hati pelancong asing dan rakyat Malaysia. Kesannya ramai pemandu teksi di negara kita tidak dapat bersaing dengan
mereka. Malah telah menyekat sumber
pendapatan rakyat Malaysia. Hal ini telah membuktikan bahawa mereka telah menjajah secara tidak
langsung di negara kita.
Tidak
bersetuju
Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak berkata secara keseluruhannya, prestasi ekonomi negara bagi suku pertama 2017 kekal stabil dan
kukuh, . Sebagai contoh ekonomi
Malaysia berkembang 5.6 peratus. Malah
pelaburan langsung asing (FDI)
meningkat kepada RM17 bilion. Ini jelas membuktikan Malaysia mampu membangunkan ekonomi negara
dengan berkesan.
Malaysia mendapat banyak pengiktirafan antarabangsa. Ini membuktikan dasar yang kerajaan laksanakan untuk terus
mengukuhkan ekonomi negara adalah langkah yang tepat. Sebagai contoh
antaranya agensi antarabangsa Price water
House Coopers yang meletakkan Malaysia di kedudukan ke-25 kuasa besar
ekonomi dunia.
Selepas kemerdekaan, Malaysia juga telah berjaya memajukan ekonomi. Buktinya berlaku penurunanan kadar kemiskinan negara. Contohnya
penurunan kadar kemiskinan
mutlak di Malaysia daripada kadar 42.4% pada tahun 1976 kepada 5.1% pada
tahun 2010. Hal ini jelas menunjukkan
negara telah berjaya memajukan ekonomi
yang memberi manafaat kepada Malaysia.
|
|
24.Sebab/ Faktor/
Punca/ Semangat
Nasionalisme
Semakin Luntur
|
Daripada pemerhatian kita pada hari ini,
semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk di negara kita semakin
luntur.Hal ini disebabkan beberapa perkara. Antaranya
disebabkan sebahagian besar rakyat
tidak pernah mengalami dan merasai susah payah membebaskan negara daripada cengkaman
penjajah. Mereka tidak merasai pahit maung yang dialami oleh pejuang kemerdekaan seperti
Tok Janggut, Dato Bahaman, Dato Maharaja Lela, Rentap dan lain- lain lagi.
Justeru itu, mereka kurang menghargai kebebasan yang telah dikecapi ini.
Selain itu, mereka dilahirkan semasa
negara dalam keadaan aman damai. Keadaan ini menyebabkan mereka leka dan
lalai dalam menghayati semangat cinta kepada negara.
Penyalahgunaan teknologi moden dan
canggih yang dinikmati seperti kemudahan internet dan media sosial
menyebabkan semangat nasionalisme semakin berkurangan. Mereka mudah
memperoleh maklumat yang kurang tepat tentang negara dan pemimpin. Dengan
maklumat yang kurang tepat mereka mudah melenting dan menyalahkan pemimpin.
Hal ini kadang kala membawa kepada rosaknya perpaduan dalam kalangan penduduk
yang berbilang bangsa.
Negara kita telah mengalami pertumbuhan
ekonomi dan pembangunan yang amat pesat. Negara kita pada masa ini boleh
dikatakan duduk sama rendah,
berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di rantau ini. Oleh itu kemewahan dan kesenangan hidup
yang dialami inilah yang mengakibatkan generasi yang lahir selepas
kemerdekaan luntur semangat nasionalisme dalam diri mereka.
Selanjutnya ialah kurangnya pemahaman dan penghayatan terhadap
prinsip-prinsip Rukun Negara dalam kalangan rakyat Malaysia. Bacaan ikrar
yang dilafazkan hanya sekadar dibibir tanpa menjiwainya. Keadaan ini
menyumbang kepada sebab semangat nasionalisme semakin luntur.
Seterusnya ialah kemasukan pengaruh luar seperti budaya hendonisme
iaitu mengutamakan keseronokan yang bertentangan dengan norma kehidupan
contohnya arak, seks bebas sehingga menolak agama. Keasyikan dengan
keseronokan ini menyumbang kepada kurangnya semangat nasionalisme dalam
kalangan rakyat Malaysia.
Selain
itu kebanyakan rakyat Malaysia lebih mengutamakan kepentingan diri sendiri
berbanding dengan kepentingan kepada negara. Keadaan ini boleh dikaitkan
dengan pengaruh budaya Barat yang mengutamakan sifat individualistik. Rakyat
sibuk memikirkan hal masing-masing tanpa menghiraukan masyarakat dan negara.
Sementara itu, fahaman politik yang berbeza juga turut menjadi
penyumbang kepada kelunturan semangat patriotism. Fanatiknya terhadap
pegangan ideologi parti masing-masing mendorong mereka lebih mengutamakan
kepentingan agenda peribadi daripada mengutamakan kepentingan negara.
Pengaruh media sosial dan internet dalam kalangan rakyat terutama
golongan muda yang menyebarkan sesuatu isu dan cepat mempercayai, contohnya
isu berkaitan kepemimpinan negara, yang belum terbukti kebenarannya. Ini
menimbulkan kebencian terhadap pemimpin khasnya dan negara amnya sehingga
terhakis semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat.
Selain
itu, Institusi kekeluargaan kurang memainkan peranan mereka dalam proses
menyemai semangat patiotisme kepada anak-anak. Ibu bapa kurang mendedahkan
isu berkaitan sejarah negara kepada anak-anak.
Media
masa juga kurang memberi publisiti tentang kepentingan semangat nasionalisme.
Hanya beberapa rangkaian televisyen yang menyiarkan lagu-lagu patriotik atau
cerita-cerita patriotik.
Generasi muda juga terlalu leka dengan lambakan hiburan yang
menyeronokkan. Di samping itu,generasi muda turut terpengaruh dengan budaya
asing yang kini semakin berleluasa di negara kita. Seterusnya, kurang didikan
agama dan kesedaran sivik juga menyebabkan semangat nasionalisme semakin
luntur dalam jiwa generasi muda.
Oleh itu jelaslah bahawa semangat nasionalisme semakin luntur dalam
kalangan generasi muda hari ini adalah disebabkan generasi muda kini tidak
mempunyai semangat cinta akan tanah air . Mereka tidak memahami maksud
sebenar patriotism dan mudah
terpengaruh dengan anasir-anasir yang negatif dari media massa ataupun
internet.
Oleh
itu, semua pihak perlu bertanggungjawab bagi memastikan generasi
Malaysia mempunyai semangat
nasionalisme yang tinggi.
|
|
25.Semangat
Nasionalisme
Semakin Utuh/
teguh / Kukuh.
(Buktikan/
Ulaskan/
Bincangkan.
Beri Pendapat
Anda)
|
Kemerdekaan negara kita telah mencapai usia 60 tahun. Seiring dengan
usia matang tersebut, semangat nasionalisme semakin utuh dalam kalangan
masyarakat Malaysia hari ini.Hal ini dapat dibuktikan dengan beberapa
pencapaian Malaysia di peringkat negara dan antarabangsa.
Antara buktinya ialah pasukan Malaysia sentiasa berusaha memenangi
acara-acara sukan yang disertainya sama ada sukan di peringakat negara
mahupun peringkat antarabangsa. Contohnya
dalam acara Sukan Sea baru-baru ini.
Selain itu, rakyat Malaysia juga sentiasa menjaga imej negara di luar
negara termasuk Jemaah haji Malaysia yang sentiasa mendapat pujian daripada
kerajaan Arab Saudi. Selain itu juga semua warga Malaysia memastikan negara
aman dan hidup bersatu padu dan benci kepada keganasan dan kekejaman seperti
mana tindakan Israel ke atas Palestin.
Bukti seterusnya ialah rakyat
Malaysia sentiasa mengibar bendera negara semasa sambutan Hari Kemerdekaan
dan sentiasa menghormati dan menghayati Lagu Kebangsaan.
Di samping itu, rakyat Malaysia terus
menyokong dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan. Contohnya Gagasan 1
Malaysia yang dilancarkan oleh pemimpin negara.
Keutuhan semangat nasionalisme rakyat Malaysia juga dapat dilihat
dalam program sukan apabila semua kaum memberi sokongan yang padu kepada
pemain-pemain tanpa mengira latar belakang politik, agama dan kaum. Komitmen
yang tinggi dalam kalangan masyarakat Malaysia dalam memberi sumbangan kepada
pembangunan negara juga membuktikan semangat nasionalisme utuh dalam jiwa
rakyat Malaysia.
Keuntuhan juga dapat dilihat melalui pemberian bantuan derma kepada
mangsa-mangsa kebakaran, banjir dan bencana alam tanpa mengira kaum dan
agama. Hal ini menunjukkan rakyat Malaysia sentiasa mengamalkan semangat
bersatu-padu dan saling bekerjasama dalam apa-apa jua keadaan.
Di samping itu rakyat Malaysia tetap menghayati dan mengamalkan
prinsip Rukun Negara. Mereka juga membeli dan menyokong barangan buatan
Malaysia di samping melancong di negara sendiri.
Keuntuhan semangat nasionalisme juga ketara dalam kalangan rakyat
Malaysia melalui sokongan terhadap slogan semangat Malaysia Boleh.
Akhir sekali semangat nasionalisme rakyat Malaysia dapat dibuktikan
menerusi sambutan hari perayaan, sambutan tahun baru serta ambang kemerdekaan
yang melibatkan semua kaum.Keadaan ini dapat meningkatkan imej negara di mata
dunia.
|
PENAJA
Monday, 30 October 2017
PART 5 SET 2 : NASIONALISME DI ASIA TENGGARA - SPM KERTAS 3 TAHUN 2017
PART 4 SET 2 : NASIONALISME DI ASIA TENGGARA - SPM KERTAS 3 TAHUN 2017
15.
Pengenalan
birokrasi Barat
di Asia Tenggara
merupakan tipu
muslihat kuasa
barat
|
Birokrasi Barat di Asia Tenggara merupakan tipu muslihat kuasa Barat
di mana sistem birokrasi Barat. Dengan ini, kuasa pemimpin-pemimpin tempatan
semakin terhakis lantaran pelantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir
di tanah jajahan dibantu oleh penasihat British dan Residen Jeneral. Sebagai
contoh, semasa penjajahan Belanda institusi raja terus terhapus, di Tanah
Melayu kuasa raja terhad dalam hal ehwal agama dan adat. Residen Jeneral
bertanggungjawab terhadap Gabenor di Negeri-Negeri Selat.
Selain itu, penubuhan kerajaan pusat hasil penyatuan wilayah-wilayah
di tanah jajahan. Sebagai contoh, di Filipina daerah-daerah kecil yang
dikenali sebagai barangay telah di satukan di bawah sistem pentadbiran
berpusat. Tambahan lagi, pelaksanaan pentadbiran melalui biro (jabatan) telah
diperkenalkan antaranya jabatan pelajaran dan jabatan pertanian di Indonesia.
Jabatan-jabatan ini akan ditadbir oleh ketua biro mengakibatkan orang
tempatan tidak berpeluang menjawat jawatan dalam jabatan kerajaan.
Untuk melicinkan pentadbiran mereka di
tanah jajahan, penjajah telah memperkenalkan undang-undang Barat bagi
menggantikan undang-undang tradisional, dengan ini akan menyulitkan penduduk
tempatan.
|
16.Keberkesanan
Birokrasi Barat
terus diamalkan
setelah Negara
mencapai
kemerdekaan
|
Setelah Negara kita mencapai kemerdekaan, birokrasi Barat terus di
amalkan kerana keberkesanan sistem ini. Melalui sistem birokrasi, pentadbiran
Negara kita lebih sistematik dan licin. Hal ini kerana bidang kuasa dalam
pentadbiran Negara dipisahkan mengikut fungsi dan tugas tertentu. Ini
seterusnya membantu kelancaran pentadbiran dan tidak wujud pertindihan tugas.
Contohnya kuasa pemerintahan di Negara kita dibahagikan kepada tiga cabang
iaitu badan perundangan, badan pelaksana dan badan kehakiman. Badan ini harus
dipegang oleh pihak yang berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa.
Selain itu, birokrasi Barat turut memberi peluang kepada rakyat dalam
memili pemimpin. Ha ini dapat dilihat melalui proses demokrasi yang di
amalkan di Negara kita dimana pilihanraya akan menentukan kerajaan yang bakal
memerintah Negara. Melalui proses pilihanraya, rakyat akan terlibat secara
tidak langsung dalam pentadbiran Negara. Justeru itu, badan yang
bertanggungjawab dalam melaksanakan pilihanraya di Malaysia ialah Suruhanjaya
Pilihanraya. Oleh yang demikian, birokrasi Barat telah memberi kuasa kepada
rakyat menentukan hala tuju Negara.
Birokrasi Barat memberi manfaat kepada ekonomi Negara menjadi lebih
maju dan berdaya saing. Hal ini kerana, melalui kewujudan badan-badan yang
mengurus ekonomi Negara, dasar serta hala tuju dalam menuju Negara
berpendapatan tinggi akan dapat dicapai. Sebagai contoh badan berkanun yang
ditubuhkan oleh kerajaan seperti FELDA dalam membantu meningkatkan ekonomi
masyarakat di luar Bandar. Oleh itu, kewujudan sistem birokrasi mewujudkan
pembentukan badan berkanun yang akhirnya dapat memberi manfaat kepada rakyat
dan ekonomi Negara.
Seterusnya birokrasi Barat menyebabkan penubuhan kerajaan pusat.
Kerajaan pusat penting bagi mrngawal dan mengagihkan kuasa pentadbiran di
Malaysia. Hal ini dapat dilihat apabila wujudnya senarai persekutuan, senarai
negeri dan senarai bersama bagi melicinkan pentadbiran Negara. Kerajaan pusat
terdiri daripada Yang Dipertuan Agong di mana Jemaah Menteri adalah badan
yang menjalankan kuasa Eksekutif, contohnya pusat pentadbiran kerajaan
Persekutuan Negara Malaysia terletak di Putrajaya yang menjadi nadi utama
kelancaran pentadbiran Negara.
Birokrasi Barat turut memberi keberkesanan terhadap pengenalan sistem
Raja Berperlembagaan di Negara kita. Hal ini penting bagi mengekalkan sistem
beraja di Negara kita dan meletakkan perlembagaan sebagai undang-undang
tertinggi di egara kita. Sistem Raja Berlembagaan ini penting bagi memelihara
kesucian agama Islam dan menjaga hak istimewa orang Melayu.
|
17.
Kesan
pengenalan
sistem
birokrasi
Barat di
Asia
Tenggara
terhadap corak
pentadbiran
negara Malaysia
hari ini
|
Semasa penjajahan Barat pentadbiran Kerajaan
Pusat telah ditubuhkan. Malahan pentadbiran Malaysia masih meneruskan pentadbiran Kerajaan Pusat. Kerajaan Persekutuan
negara hari ini adalah dengan
menggabungkan pentadbiran 14 buah negeri di Malaysia. Contohnya, pusat
pentadbiran kerajaan pusat ini terletak
di Putrajaya. Manakala pentadbiran
di peringkat negeri adalah gabungan
pentadbiran daerah-daerah dalam negeri tersebut. Kesimpulannya
pembahagian pentadbiran tersebut mengelakkan
pertindihan tugas antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.
Seterusnya pentadbiran Barat
melalui biro (jabatan). Pada peringkat Malaysia, pentadbiran melalui biro
ialah penubuhan pelbagai kementerian.
Contohnya Kementerian Kesihatan.
Malahan kementerian ini mempunyai kuasa
di peringkat Persekutuan Biro. Sementara pada peringkat negeri, pentadbiran adalah di bawah jabatan dan pejabat pentadbiran. Contohnya
Jabatan Polis dikekalkan pada hari
ini. Kesimpulanya, pentadbiran
yang sistematik dapat diwujudkan.
Melalui sistem birokrasi Barat, penjajah telah melaksanakan undang-undang Barat. Malahan undang-undang Barat
telah digunakan sehingga ke hari ini.
Namun disesuaikan dengan keadaan budaya
tempatan. Contohnya selepas negara mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Malaysia atau Perlembagaan Persekutuan telah diperkenalkan. Kesannya negara
menjadi aman dan makmur.
Semasa
penjajahan Barat, Gabenor telah
dilantik sebagai ketua pentadbir di peringkat pusat. Dibantu oleh pegawai Barat. Fenomena ini diteruskan sehingga pentadbiran hari ini.
Dimana pentadbiran negara hari ini diketuai
oleh Perdana Menteri. Dibantu oleh
menteri-menteri, menteri tidak berportfolio dan Ketua Setiausaha Negara. Melalui pentadbiran yang tersusun ini telah
melahirkan pentadbiran yang mantap.
Malah semua dasar negara dapat
dilaksanakan. Kesannya imej
pentadbiran negara telah dikenali sehingga peringkat dunia.
|
18.
Semangat
nasionalisme
boleh menjamin
kedaulatan
negara
|
Semangat nasionalisme boleh menjamin kedaulatan negara kerana semangat
nasionalisme yang utuh akan melahirkan warganegara yang setia kepada bangsa
dan negaranya. Dalam hal ini, mereka akan rela berkorban demi menjaga
keamanan negara. Contohnya mereka sedia
mempertahankan negara jika diancam musuh.
Seterusnya, semangat nasionalisme yang tinggi juga akan melahirkan
rakyat yang berani menghadapi cabaran .Mereka akan berusaha menjaga
kestabilan politik dan memelihara
keamanan negara dari campurtangan kuasa luar.Mereka juga akan mengelakkan
berlakunya krisis politik dengan mengelakkan isu-isu sensitif yang membawa
kepada perselisihan kaum berlaku.
Warganegara yang mempunyai semangat nasionalisme akan berusaha untuk
mempertahankan kedaulatan negara daripada penjajahan.Mereka akan akur
terhadap pemerintahan demokrasi kerana ianya dapat menjamin keselamatan negara.
Contohnya semua kaum setia kepada negara dan mematuhi perlembagaan negara.
Seterusnya,pemimpin yang mempunyai semangat nasionalisme akan berusaha
memperkenalkan dasar ekonomi yang adil dan sistematik bagi kemajuan
ekonomi dan pembangunan negara.Beliau
akan merangka program yang akan dapat membantu meningkatkan pendapatan rakyat
seperti pembinaan kawasan perindustrian yang memberikan peluang pekerjaan
kepada rakyat.Oleh itu ianya dapat meningkatkan taraf hidup rakyat.
Semangat nasionalisme warganegara
Malaysia mampu mewujudkan semangat perpaduan yang dapat mengekalkan
kedulatan negara. Ini ditambah pula dengan konsep “1 Malaysia” yang
diuar-uarkan oleh pihak kerajaan yang Berjaya menyatupadukan seluruh rakyat
Malaysia. Contohnya dapat dilihat dalam program “Rumah Terbuka” yang dianjurkan
sempena sesebuah perayaan yang dianjurkan.
Selain itu, sekiranya semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat
terus kuat, negara kita tetap selamat walaupun negara mengalami krisis
ekonomi.Seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang kaum pasti berganding bahu memulihkan
ekonomi negara.
|
19.
Semangat
Nasionalisme
Dalam Kalangan
Rakyat Malaysia
Hari Ini
|
Tidak dapat dinafikan bahawa rakyat Malaysia mempunyai semangat
nasionalisme yang tinggi. Hal ini dapat dilihat daripada beberapa pencapaian
yang diperoleh Malaysia.
Dalam bidang sukan, atlet-atlet negara kita berjuang
bersungguh-sungguh untuk memenangi pertandingan dan seterusnya dapat
menaikkan nama negara di mata dunia. Contohnya dalam Sukan SEA yang diadakan
di Kuala Lumpur baru-baru ini, negara kita telah menjuarai keseluruhan Sukan
SEA.Semangat nasionalisme yang terdapat dalam jiwa kalangan atlet telah
Berjaya menaikkan nama negara ke peringkat dunia.
Selain itu, semangat ini juga dibuktikan melalui sikap saling
bekerjasama dalam membentuk perpaduan. Perpaduan kaum amat penting dalam
memastikan negara berada dalam keadaan aman dan harmoni. Walaupun negara kita
berbilang kaum, namun tidak wujud rasa perbezaan antara kaum lain. Contohnya
semasa menyambut hari-har perayaan. Kaum-kaum yang berlainana di negara kita
tetap meraikannya dan saling berkunjung ke rumah rakan-rakan yang berbilang
kaum. Dengan wujudnya perpaduan, sisitem poliitik negara kita akan menjadi
stabil dan ekonomi negara dapat berkembang dengan baik.
Seterusnya, semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia dapat
dibuktikan melalui peranan yang dimainkan oleh para pelajar. Mereka berusaha
bersungguh-sungguh bagi memperoleh keputusan yang cemerlang. Dengan
pencapaian cemerlang, mereka akan layak melanjutkan pelajaran ke peringkat
yang lebih tinggi seperti di universiti atau instituasi kemahiran. Ilmu dan
kemahiran yang diperoleh akan disumbangkan untuk memajukan negara.
Rakay negara kita juga mempunyai semangat setia kepada Raja dan
negara. Raja adalah simboll penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa
peribumi. Penderhakaan kepada Raja juga bermaksud penderhakaan kepada negara.
Rakyat seharusnya mentaati perintah daripada pemimpin negara. Contohnya,
negara kita masih mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi Berparlimen dan
raja Berperlembagaan sejak negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Hal ini dapat dibuktikan apabila tidak berlakunya pergaduhan atau perselisihan
faham antara pemimpin dengan rakyat.
|
20.Persiapan
Untuk
mempertahankan
Negara Daripada
Sebarang Bentuk
Penjajahan
Langkah/ Usaha/
Cara Untuk
mempertahankan
Negara Daripada
Sebarang Bentuk
Penjajahan
|
Persiapan yang perlu dilakukan untuk
mempertahankan negara kita daripada sebarang bentuk penjajahan ialah kita perlu bersedia berkorban untuk negara.
Sebagai warganegara, kita perlu
mempunyai persediaan dari segi fizikal dan mental bagi menghadapi sebarang
bentuk penjajahan. Antara persediaan yang perlu dihadapi adalah memupuk
perasaan cinta akan negara.
Selain itu, persiapan yang perlu
dihadapi ialah sentiasa mengekalkan jati diri bangsa. Apabila kita mempunyai
jati diri yang utuh, kita tidak akan mudah terpengaruh dengan segala bentuk
anasir luar yang negetif. Sebagai contoh, kita tidak akan terpengaruh dengan
budaya luar seperti budaya k-pop yang boleh merosakkan identiti diri dan
bangsa.
Seterusnya, persediaan yang ketiga
adalah memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat. Masyarakat perlulah
berkerjasama dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara setiap lapisan
masyarakat yang berlainan bangsa dan agama. Sebagai contoh, setiap kaum tidak
boleh menimbulkan isu-isu perkauman yang menyentuh sensitiviti kaum-kaum
lain.
Di samping itu, kita perlulah menguasai
pelbagai ilmu dan meningkatkan kemahiran bagi menghadapi persediaan untuk
mempertahankan negara kita daripada sebarang ancaman kuasa-kuasa luar. Dalam
hal ini, masyarakat yang berilmu dan mempunyai kemahiran yang tinggi akan
bijak memikirkan strategi bagi menyelesaikan masalah yang timbul.
Persediaan yang seterusnya ialah
mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan gejala-gejala yang negatif.
Setiap lapisan masyarakat perlulah mengamalkan gaya hidup sihat yang
berlandaskan agama masing-masing. Sebagai contoh, sentiasa berbuat baik dan
saling menghormati antara satu sama lain.
Akhir sekali, kita perlulah memupuk
sikap setia kepada negara serta taat kepada ibu bapa dan guru. Sebagai
pelajar, sikap hormat akan ibu bapa dan guru haruslah dipupuk sejak kecil
lagi. Selain itu, taat setia juga perlu disemai kepada raja dan pemimpin
setempat.
|
21.Langkah untuk
mengekalkan
keamanan
serantau
Menghalang
kuasa asing /
besar daripada
mengancam
keamanan
serantau di asia
tenggara pada
hari ini
|
Langkah yang perlu dilakukan untuk
mengekalkan keamanan serantau ialah dengan penubuhan Persatuan Negara-negara
Asia Tenggara (ASEAN). Penubuhan ASEAN dapat mewujudkan kerjasama yang baik
antara negara anggota dari segi politik, ekonomi dan sosial.
Demi keamanan dan kestabilan
politik di Asia tenggara, negara-negara Asia Tenggara melalui pertubuhan
ASEAN telah mengeluarkan deklarasi
bersama, iaitu melalui Deklarasi Kuala Lumpur yang bersepakat mengisytiharkan
negara-negara ASEAN sebagai Zon Aman,
Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN). Melalui pertubuhan ini, negara-negara di
Asia Tenggara tidak bersekongkol dengan mana-mana blok Barat dan blok Timur
bagi mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar dunia.
Selain itu, dalam mesyuarat
Menteri-menteri Luar ASEAN 1984 telah memutuskan bahawa ASEAN merupakan Zon Bebas Senjata Nuklear. Melalui
mesyuarat tersebut, ASEAN telah membuat ketetapan tidak akan membenarkan
mana-mana kapal menggunakan perairannya dan kemudahan pelabuhannya untuk
mengangkut bahan dan senjata nuklear.
Dalam mengekalkan keamanan serantau
juga, ASEAN mengiktiraf dan menghormati
undang-undang negara anggota dengan tidak mencampuri urusan politik
negara mereka. Sebagai negara anggota ASEAN, ahli-ahli perlu mengelakkan
isu-isu sensitif yang boleh mewujudkan ketegangan di antara negara-negara
anggota. Contohnya isu bendera Indonesia yang dicetak terbalik.
Keamanan serantau juga dapat
dikekalkan dengan cara perundingan antara negara-negara serantau tanpa
menggunakan kekerasan dan ketenteraan. ASEAN juga menghormati prinsip
menghormati hak asasi bersama bagi mengelakkan ketegangan antara
negara-negara anggota contohnya isu Rohingya.
|
PART 3 SET 2 : NASIONALISME DI ASIA TENGGARA - SPM KERTAS 3 TAHUN 2017
9.
Perbandingan /
Perbezaan/
Perkembangan /
Perubahan
Nasionalisme
Di Asia Tenggara.
(Secara umum)
|
Nasionalisme di Asia Tenggara boleh
dibahagikan kepada dua tahap. Tahap pertama nasionalisme di Asia Tenggara
lebih bersifat sederhana dan setempat. Contohnya, perjuangan Penghulu Dol Said berlaku di
Naning sahaja dan tidak menyeluruh ke seluruh Negeri Sembilan.
Manakala penentangan tahap kedua lebih radikal. Contohnya, di Filipina. Katipunan yang dipimpin Andres
Bonaficio mengadakan revolusi bersenjata menentang Sepanyol.
Selain itu, perkembangan nasionalisme tahap pertama di Asia Tenggara tidak berorganisasi. Penentangan pada
tahap ini lebih menunjukkan kepada penentangan individu. Contohnya
penentangan oleh Dol Said di Naning, dan penentangan Raden Adjeng Kartini di
Indonesia.
Sementara itu, pada tahap kedua corak
penentangan lebih berorganisasi. Sebagai
contoh, pada tahap kedua perkembangan nasionalisme, tertubuhnya parti
Katipunan di Filipina.
Nasionalisme tahap pertama juga lebih kepada menerapkan kesedaran
politik dalam kalangan penduduk tempatan.Pada tahap pertama, isu-isu yang
dimainkan pihak nasionalis adalah berkaitan isu-isu kebudayaan, agama dan pengembalian hak-hak peribumi. Contohnya Raden Adjeng Kartini melalui karyanya Habis Gelap Terbitlah Terang yang menggarapkan kemajuan
pendidikan untuk kaum wanita di Indonesia.Tujuannya hanya untuk memberi
kesedaran kepada masyarakat tempatan bahawa hak2 mereka telah dihakis sedikit
demi sedikit. Mereka tidak berniat untuk menghalau penjajah keluar dari tanah
air mereka.
Nasionalisme pada tahap kedua pula, mereka lebih kepada menekankan tindakan
politik. Contohnya Sarekat Islam, Parti Komunis Indonesia dan Parti
Nasionalis Indonesia yang lantang menuntut kemerdekaan Indonesia daripada
Belanda.
Kesimpulannya, gerakan nasionalisme di Asia Tenggara muncul akibat
tindakan penjajah Barat yang menghakis hak-hak penduduk peribumi,
mengeksploitasi hasil mahsul negeri
serta menjadikan pembesar-pembesar serta pentadbiran tradisional merosot dan
terhapus. Nasionalisme bertujuan menuntuk hak dan maruah mereka dikembalikan.
|
10.
Perbandingan /
Perbezaan/
Perkembangan /
Perubahan
Nasionalisme
Di Asia Tenggara
-Thailand
|
Tahap Pertama
Gerakan nasionalisme di Thailand agak berbeza daripada gerakan
nasionalisme yang berlaku di negara
lain di Asia Tenggara yang bersifat antipenjajah. Hal ini disebabkan Thailand
tidak pernah dijajah. Nasionalisme di Thailand pada tahap yang pertama merupakan rasa tidak
puas hati rakyat tempatan terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja dan
penentangan terhadap raja berkuasa mutlak.
Perkembangan pelajaran Barat terutamanya sejak pemerintahan Raja
Chulalongkorn telah melahirkan golongan intelek di Siam. Mereka yang mendapat
pelajaran Barat terutamanya di seberang laut telah terdedah kepada idea-idea
Barat seperti fahaman liberal, sistem demokrasi dan sistem raja
berperlembagaan. Kefahaman terhadap idea demokrasi ini menyebabkan mereka
berpendapat pemerintahan beraja mutlak telah menjadi penghalang kepada
pembentukan negara Thai moden.
Selain itu, kelemahan sistem pentadbiran dan sikap boros Raja
Vajiravudh telah membuatkan rakyat tidak berpuas hati.
Keadaan ini membawa kepada pertubuhan parti
rakyat oleh Nai Pridi Phanamyong dan Field Marshall Phibul Shongram pada
1932. Parti ini telah melancarkan revolusi Thai pada 1939 yang telah
menamatkan sistem raja berkuasa mutlak.
Tahap Kedua
Nasionalisme tahap kedua di
Thailand pula berlaku disebabkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap
cengkaman ekonomi oleh kapitalis barat dan orang Cina. Walaupun bilangan
orang Cina kecil, tetapi mereka telah menguasai ekonomi Siam. Kemarahan orang
Siam terhadap kerajaan adalah disebabkan kerajaan tidak mengambil langkah
untuk menyekat kegiatan orang-orang Cina yang menindas orang Siam.
Semasa
Phibul Songram menjadi Perdana Menteri, beliau telah meluluskan undang-undang
untuk menyekat kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang China. Phibul
Songram juga telah menutup sekolah-sekolah dan akhbar-akhbar Cina juga
diharamkan.
Penduduk peribumi turut digalakkan untuk melibatkan diri dalam
aktiviti ekonomi iaitu perdagangan dan perusahaan. Jawatan tertinggi pula
hanya diperuntukkan untuk penganut Buddha sahaja.
Pada tahun 1939, Phibul Songram nama Siam ditukar menjadi Thailand
yang bermaksud negeri atau tanah yang bebas. Tujuannya ialah untuk
menimbulkan semangat nasionalisme bangsa dalam kalangan orang-orang Siam kerana
negeri Siam merupakan satu-satunya negeri di Asia Tenggara yang tidak dijajah
oleh kuasa-kuasa Barat.
Hasil kerjasama dengan Jepun pada Perang Dunia Kedua, Thailand telah
berjaya mendapatkan kembali wilayah-wilayah Siam yang telah dikuasai oleh
British dan Perancis. menyatukan wilayah-wilayahnya di Indo China dan Tanah
Melayu.
|
11.
Perbandingan /
Perbezaan/
Perkembangan /
Perubahan
Nasionalisme
Di Asia Tenggara
-Filipina
|
Gerakan
nasionalisme di Filipina merupakan gerakan
terawal di Asia Tenggara. Gerakan ini
dapat dibahagikan kepada dua tahap
iaitu tahap pertama dan tahap kedua.
Tahap
Pertama
Tahap pertama gerakan ini merupakan gerakan dakyah yang dipimpin oleh
Jose Rizal yang mempunyai pengaruh kuat dan disokong oleh golongan
pertengahan yang berpendidikan Barat. Mereka menuntut supaya Filipina
dijadikan wilayah Sepanyol, bangsa Filipina diberikan hak yang sama seperti
yang diperoleh bangsa Sepanyol, dan bangsa Filipina diberikan kebebasan
bersuara.
Apabila tuntutan mereka kurang mendapat tindakbalas daripada Sepanyol,
Jose Rizal telah menubuhkan Liga Filipina pada tahun 1892. Tujuannya adalah
untuk mendesak Kerajaan Sepanyol melakukan pembaharuan politik, ekonomi dan
sosial.
Kerajaan Sepanyol berasa terancam dan menangkap Jose Rizal dan
membuangnya ke Dapitan di Mindanao.Jose Rizal dikenakan hukuman bunuh atas
tuduhan terlibat dalam gerakan pemberontakan.Walaupun gerakan dakyah ini
berakhir tetapi keadaan ini telah mencetuskan gerakan nasionalisme yang lebih
radikal pada tahap kedua.
Tahap
Kedua
Gerakan nasionalisme tahap kedua di Filipina bermula apabila Parti Kartipunan yang
ditubuhkan oleh Andres Bonifacio telah memulakan penentangan secara radikal
terhadap Sepanyol.Matlamat perjuangannya adalah untuk menyatukan bangsa
Filipina dan mencapai kemerdekaan Filipina melalui revolusi.
Kartipunan telah menggunakan media cetak untuk menyebarkan menyebarkan
fahaman revolusi kepada rakyat. Kalayan merupakan akhbar rasmi pertubuhan
tersebut.
Pada tahun 1896, Kartipunan melancarkan revolusi bersenjata untuk
menggulingkan pemerintahan Sepanyol tetapi gagal. Kartipunan semakin lemah
selepas Bonifacio dihukum mati oleh Emilio Aguinaldo pada tahun 1897.Aguinaldo
telah bekerjasama dengan Amerika Syarikat dan Berjaya mengusir Sepanyol pada
tahun 1898. Penyingkiran Sepanyol telah memulakan penguasaan Amerika Syarikat
terhadap Filipina.
Pengisyhtiharan kemerdekaan Filipina oleh Aguinaldo pada tahun 1899
tidak disahkan oleh Amerika. Dengan itu, revolusi diteruskan sehingga
Aguinaldo ditangkap pada tahun 1901. Kerajaan Amerika terpaksa membenarkan
penubuhan parti-parti politik sederhana. Sergio Osmena telah dilantik
mengetuai Dewan Perhimpunan selepas partinya iaitu Parti Nasional menang dalam
pilihanraya pada tahun 1907. Pada tahun 1930-an, nasionalis Filipina kembali
menuntut kemerdekaan melalui perlembagaan setelah pucuk pimpinan di Amerika
Syarikat bertukar kepada yang lebih liberal.
|
12.
Perbandingan /
Perbezaan/
Perkembangan /
Perubahan
Nasionalisme
Di Asia Tenggara
-Indonesia
|
Gerakan nasionalisme di Indonesia dapat dibahagikan
kepada 2 tahap iaitu tahap pertama dan
tahap kedua.
Tahap
Pertama
Para nasionalis di Indonesia memberikan sepenuh tumpuan terhadap
isu-isu pendidikan. Bagi mereka hanya pendidikan yang akan dapat mengubah
nasib rakyat Indonesia.Raden Adjeng Kartini telah menghasilkan karyanya Habis
Gelap Terbitlah Terang dan Penulisan Seorang Puteri Jawa. Karya ini telah
mendedahkan kemunduran rakyat Indonesia dan penindasan oleh penjajah Belanda.
Perjuangannya telah memberikan inspirasi kepada pejuang-pejuang selepasnya
untuk menubuhkan perhubungan yang lebih tersusun.
Selain itu Muhammadiyah merupakan pertubuhan yang terpenting pada
tahap ini. Matlamat pertubuhan ini
adalah untuk menyebarkan Islam yang sebenar dan menghindari ancaman sekularisme Barat serta agama Kristian. Pertubuhan ini
turut membina banyak sekolah, klinik dan masjid .
Tahap Kedua
Gerakan nasionalisme tahap kedua di Indonesia banyak memperlihatkan
perjuangan parti-parti politik radikal Sarikat Islam(SI), Parti Komunis
Indonesia (PKI) dan Parti Nasional Indonesia (PNI).
Pada tahap ini, parti-parti politik
begitu lantang menuntut kemerdekaan Indonesia walaupun dengan cara kekerasan.
PNI di bawah pimpinan Soekarno telah berjaya mempengaruhi rakyat
Indonesia.Hal ini menyebabkan Belanda bertindak balas dengan menangkap
pemimpin yang radikal termasuklah Soekarno dan seterusnya mengharamkan PNI.
|
13.
Perbandingan /
Perbezaan/
Perkembangan /
Perubahan
Nasionalisme
Di Asia Tenggara
-
Burma /
Myanmar
|
Gerakan nasionalisme di Burma bermula
apabila Burma
dikuasai oleh Britain. Gerakan
nasionalismme di sini dapat dibahagikan kepada 2 tahap iaitu tahap pertama
dan tahap kedua.
Tahap Pertama
Gerakan nasionalime tahap
pertama di Burma dicetuskan oleh golongan sami Buddha dan golongan elit
berpendidikan barat. Golongan sami Buddha telah menubuhkan Persatuan Belia
Buddha pada tahun 1906 yang bertujuan untuk mengekalkan tradisi Buddha dan
memajukan pendidikan dalam kalangan rakyat Burma.
Persatuan Belia Buddha menggunakan isu Kasut untuk membangkitkan
semangat nasionalime dalam kalangan rakyat Burma. Menjelang tahun 1916
Persatuan Belia Buddha dikatakan lebih bersifat radikal dibawah pimpinan U Ba
Pe.
Seterusnya, pada tahun 1920 pemimpin-peminpin Persatuan Belia Buddha
telah menubuhkan Majlis Persatuan Am Kesatuan-kesatuan Burma yang lebih
radikal.
Tahap
Kedua
Gerakan nasionalisme tahap
kedua di Burma dikatakan muncul hasil daripada Laporan Montagu Chelsford
yang mengatakan Burma masih belum bersedia untuk berkerajaan sendiri.Pada
tahun 1920 telah berlaku revolusi pelajar yang membawa kepada cadangan dan
tuntutan penubuhan sebuah Universiti untuk mereka.
Gerakan nasionalisme di Burma juga berlaku setelah wujudnya gerakan
Golongan Sami Buddha melalui Majlis AM Sangha Sametggi yang membawa kepada
tercetusnya Pemberontakan Saya San. Pemberotakan Saya San telah diketuai oleh
Saya San yang merupakan bekas Pongyi dan pemimpin di Tharawaddy.
Kebangkitan semangat nasionalisme di Burma juga berlaku setelah
munculnya Liga Antipemisahan yang mengatakan pemisahan dengan India akan
melambatkan kemerdekaan Burma.
Sementara itu pengenalan Perlembagaan Burma pada tahun 1935 telah
memberi ruang kepada rakyar Burma untuk menubuhkan kerajaan sendiri. Begitu
juga dengan kewujudan Golongan Thakin (siswazah university ) yang telah menuntut kemerdekaan Burma melalui
penubuhan Parti Dobawa Asiayone pada tahun 1935. Parti Dobama Asiayone
tersebut dipimpin oleh Aung San, Kyam Nein dan U Nu dengan mengelarkan diri
mereka sebagai “Tuan”.
Akhir sekali, kemenangan Dr Ba Maw dalam pilihan raya pada tahun 1937
telah membolehkan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri pertama Burma.
|
14.
Perbandingan /
Perbezaan/
Perkembangan /
Perubahan
Nasionalisme
Di Asia Tenggara
-IndoChina
|
Gerakan nasionalisme di Indo China
dibahagikan kepada
dua tahap.
Tahap Pertama
Gerakan nasionalisme tahap pertama di
IndoChina tertumpu di Vietnam. Gerakan ini dipelopori oleh golongan Bangsawan
dan pegawai daripada golongan Mandarin. Mereka berjuang untuk memulihkan sistem pemerintahan beraja.
Sementara itu, golongan menengah berpendidikan Barat pula
memperjuangkan pendidikan Barat dalam kalangan rakyat. Salah seorang ketua
gerakan ini, iaitu Phan Boi Chau telah memimpin satu gerakan revolusi
malangnya revolusi ini menemui kegagalan.
Beliau kemudiannya menubuhkan Viet Nam Quang Phu Hoi (VNQPH) dan
melancarkan beberapa pemberontakan iaitu pemberontakan di Tongkin serta
melancarkan gerakan dakyah di Vietnam. Phan Boi Chau kemudiannya telah
dipenjarakan dan VNQPH telah diharamkan oleh Perancis.
Tahap Kedua
Seterusnya gerakan nasionalisme berlaku
apabila parti-parti politik sederhana gagal untuk mendapatkan kerjasama
daripada Perancis. Gerakan nasionalisme pada tahap ini lebih radikal
Gerakan tahap kedua merupakan perjuangan
Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD) dan Parti Komunis Vietnam (PKV) yang bersifat radikal.
Perancis bertindak menangkap pemimpin VNQDD dan menjatuhkan hukuman bunuh
terhadap Nguyen Thai Hoc. Ho Chi Minh
pemimpin PKV telah Berjaya melarikan diri ke Hong Kong.
Sikap keras Perancis telah menyebabkan gerakan nasionalisme
kembali bercorak sederhana di bawah pimpinan Maharaja Bao Dai. Segala usaha
pembaharuan Maharaja Bao Dai telah disekat malah, baginda juga dilarang
melibatkan diri dalam gerakan nasionalisme.
Akhirnya, Ho Chi Minh telah
mengisytiharkan kemerdekaan Vietnam dan beliau dilantik menjadi Presiden
Vietnam Utara
|
Subscribe to:
Posts (Atom)