PENAJA

Sunday 8 July 2012

Doktor Umum: Memoir Tun Dr Mahathir mohamad


Tajuk : Doktor Umum: Memoir Tun Dr Mahathir mohamad
Penulis : Tun Dr Mahathir Mohamad
Penerbit : MPH publishing
Tahun : 2012
Page : 982
Harga : RM59.90
PREVIEW:
Menceritkan perjalanan seorang pemimpin yang maha terkenal di malaysia. tokoh yang penuh visi (wawasan), tegar, kontoversi dan unik. kenali kenapa beliau digelar Bapa Wawasan Negara, dikecam media antarabangsa kerana lantang bersuara. menjadi kebenci dan dkesayangi rakyat Malaysia. mendapat gelaran Mahafiraun, anti-yahudi,ultra Melayu, kronisme, oder lama dan banyak lagi.
banyak kisah-kisah menrik hidup beliau yang dikongsi untuk bacaan, tatapan dan pendedahan masyarakat. menjelaskan pejalanan hidup dari kecil sehingga bersara. menjawab beberapa isu kontroversi yang melanda beliau dan hubungan beliau dengan individu tertentu. kejayaan dan kesilapan yang beliau lakukan semasa pemerintahan lebih 2 dekat. dasar-dasar pemerintahan beliau. penglibatan beliau dalam pegerakan nasiaonal dan antarabangsa serta perjuangan dan krisis dalam UMNO/BN
jika anda ingin tahu akan pandangan dan hubungan TUN M dengan tokoh-tokh seperti Lee Kuan yew, eric chia, Daim, Pak Lah, Anwar, Hasma dan anak-anak buku ini perlu anda baca.
Buku ini bermula dengan Malaysia hari ini sebelum masuk kepada pejalanan hidup DR.M. banyk kisah-kisah menarik untuk dibaca dan hihayati.mungkin untuk menilaian umum. gaya bahasa yang santai dan agak mudah. tidak terlalu tinggi tahap bahsa namun tetap berada dalam kelasnya yang tersendiri.
Namun masih terdapat beberapa yang masih boleh diperbaiki (anda isu yang tidak diulas). jika anda pernah membaca Malay Dilema anda akan dapati beberapa bahagian terdapat gaya bahasa yang agak sama iaitu pengulangan yang kadang-kadang sedikit menjemukan. kadang-kadang rasa beliau sedang berceramah kepada anda kerana penjelasan yang diberikan. buku ini ungkin dijadikan satu cara membela diri beliau dan menjawab segala tuduhan kepada beliau. sudah pasti beliau akan sentia betul.itu mungkin anda sudah jangka!. terdapat beberapa kesalahan ejaan namun ianya bukan isu besar kerna agak menakjubkan buku setebal ini hanya terdapat kurang 10 sahaja kesalahan ejaan.
Saya mengharapkan akan ada jilid ke-2 untuk buku ini. sebab saya mahu tahu cerita-cerita selepas persaraan beliau. sebab kita sering baca cerita manusia yang berkuasa dan kematian dalam kuasa, kita mahu tahu cerita apabila seorang pemimpin agung yang sudah “hilang kuasa”!.
MESTI BELI?.
sebuah buku yang harus anda baca terutama bagi mereka yang meminati beliau seperti saya. membesar diera pemerintahan beliau menjadikan saya ganerasi era Mahathir. juga sesuai kepada mereka yangtidak mengemari beliau atau yang baru mahu mengenali beliau. Amat berbaloi untuk anda beli, dengan harga relatif murah untuk sebuah buku setebal ini.
STAR : 9/10

2 comments:

  1. wah..ckgu pun baca buku ne jgak eh..
    buku ini mmg sgt menarik utk dibaca..:)
    walaupun kadang2 agak bosan kerana penjelasan yg terlalu panjang..:)
    tpi sgt teruja utk baca sampai habis..
    lagi seronok rase nye klw saya dapat baca sebelum STPM .. hee

    ReplyDelete
  2. hehe tau xpe.sya abis baca 2mgu cuti skolah ari 2.dh abis baca lom...dh follow lom blog ni.ajak kwn2 lain k hheehe

    ReplyDelete