PENAJA

Tuesday 31 July 2012

Pesawat MAS dirampas dan terhempas di Johor (1977)


Pesawat MAS dirampas dan terhempas di Johor (1977)

Pada 4 Disember 1977 lebih kurang jam 8.15 malam dilaporkan bahawa sebuah pesawatMAS (Malaysian Airlines) telah meletup dan terhempas semasa dalam penerbangan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur dan Singapura. Dua puluh minit sebelum kemalangan ngeri itu, juruterbang terbabit dikatakan telah memberi amaran kepada menara kawalan di lapangan terbang Subang (Kuala Lumpur) bahawa pesawat jenis Boeing 737 yang sedang dipandunya itu telah dirampas oleh kumpulan pengganas Japanese Red Army yang membawa bahan letupan. Pesawat yang membawa seramai 100 orang penumpang itu juga terpaksa membatalkan pendaratan di Subang dan meneruskan penerbangan ke Singapura. Bangkai pesawat yang terhempasitu dijumpai di Tanjung Kupang, Johor. Laporan akhbar 2 hari kemudian memberitahu bahawa perampas pesawat itu hanya terdiri daripada seorang sahaja, dan nama serta kewarganegaraannya tidak dapat dipastikan.

Dalam satu laporan lain diberitahu bahawa kesemua93 penumpang dan 7 krew penerbangan telahterkorban dalam tragedi udara yang dikatakan terburuk di Malaysia itu. Salah seorang mangsa yang terkorban ialah Menteri Pertanian, Dato' Seri Ali Haji Ahmad. Oleh kerana tiada saksi yang terselamat, maka kaitan kejadian itu dengan kumpulan Japanese Red Army tidak dapat dipastikan, dan penyiasat hanya berharap kepadakotak hitam (perakam suara dan maklumat penerbangan) yang hanya dijumpai beberapa minggu kemudian. Selain itu timbul juga masalah untuk mengebumikan semua mangsa kerana identiti mereka yang sangat sukar untuk dikenal pasti akibat daripada kemalangan yang terlalu dahsyat di mana tiada satu pun mayat dalam keadaan sempurna. Beberapa orang ketua pelbagai agama telah berbincang dan mencapai kata sepakat bahawa kesemua 100 mangsa (yang terdiri daripada pelbagai agama) akan dikebumikan secara serentak di sebuah tapak perkuburan khas yang terletak di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru. Pengebumian besar-besaran itu dilakukan 5 hari selepas kejadian.

Hasil siasatan ke atas kotak hitam pesawat terbabit telah didedahkan dalam satulaporan rasmi 9 bulan selepas kejadian. Laporan itu menyatakan bahawajuruterbang dan seorang pegawaipenerbangan telah ditembak oleh perampas (tidak diketahui berapa orang) beberapa minit sebelum pesawat itu menjunam jatuh ke negeri Johor. Rakaman suara itu memperdengarkan bunyi tembakansebanyak 3 kali, dan juruterbang bernama G.K. Ganjoor sempat merayu "No, please, don't" sebelum dia ditembak. Data lain menunjukkan bahawa kejadian itu berlaku semasa pesawat berada pada ketinggian 4,000 kaki di mana pesawat itu sedang dalam keadaan menurun untuk mendarat di lapangan terbang Paya Lebar, Singapura. Sebelum bunyi tembakan itu, terdapat jugasuara seseorang yang tidak dikenali berkata "You bluff us". Terdengar juga percakapan dalam bahasa asing dalam rakaman itu tetapi laporan rasmi menyatakan bahawa kewarganegaraan perampas itu tidak dapat dikenal pasti. Kotak hitam itu juga mendedahkan bahawa seseorang cuba memandu atau mengawal pesawat itu selepas juruterbang ditembak. Sebaik sahaja tembakan berlaku, pesawat itu mula menjunam dan terhempas ke bumi pada kelajuan450 knots. Laporan rasmi itu juga menyatakan bahawa tiada kejadian letupan yang berlaku di atas pesawat terbabit.

No comments:

Post a Comment