PENAJA

Saturday 21 July 2012

PENJAJAHAN PORTUGIS DAN SEPANYOL KE ATAS ASIA TENGGARA

Tajuk : Penjajahan Portugis dan Sepanyol Ke Atas Asia Tenggara: Satu penilaian Semula
Penulis : Maruwiah Ahmat
Penerbit :  Karisma Publication
Tahun : 2006
Lokasi : Shah Alam
Page : 203
Harga : RM 25.00


PREVIEW
Penulisan ini merupakan sebuah TESIS yang berjaya diterbitkan sebagai sebuah buku. Buku ini dibahagikan kepada 3 bahagian. bahagian atau bab pertama adalah Etimologi dan Kerajaan-kerajaan era Penjajahan. dalam bab ini definisi penjajahan dan penerokaan, dunia Islam abad ke-15, kuasa penjajah, faktor penjajahan dan Asia Tenggara juga menjadi bahan kajian. oleh itu pengenalan buku ini adalah lengkap dan pembaca akan dapat memahami apa yang mahu dihujahkan oleh penulis.

Bab 2 pula, faktor-faktor yang menyebabkan kuasa Eropah melakukan penjajahan dijelaskan dan proses penjajahan berlaku menjadi tumpuan penulis. manakala dalam tema 3 penulis mengkaji penjajahan portugis dan Spanyol di Asia Tenggara. kesan-kesan penjajahan turut dikaji dalam tema ini.

ULASAN
Sebagai pelajar dan guru sejarah saya dapati buku ini adalah amat baik dibaca kerana kajian buku ini boleh digunakan dalam proses P&P. ianya sesuai untuk digunakan oleh guru tingkatan 1 dan tingkatan 6. oleh itu guru-guru harus memilikinya jika mahu menambah ilmu dan memberi nilai tambah kepada guru. kepada yang lain buku ini juga agak baik jika anda mahu menambah ilmu.

buku ini cuba membuktikan kepada pembaca tentang wujudnya faktor baru atau faktor utama penjajahan dan penerokaan kuasa Eropah. jika sebelum ini kita sering mendengar tentang 3G jika kita mahu mengaji faktor-faktor penjajahan kuasa Eropah, namun dalam kajian ini FAktor agama diberikan tumpuan dan juga mahu dijadikan sebagai faktor utama penjajahan.

saya dapati penulis amat arif tentang kajianya dan banyak pembacaan dilakukan untuk menghasilkan kajian ini. saya harus memberi pujian kepada usaha beliau yang baik ini. penulis amat berusaha untuk membuktikan faktor agama adalah faktor utama penjajahan walaupun kelihatan agak dangkal dengan sejarah arus perdana.
namun jika terlalu berusaha kita akan dapati kajian ini terlalu cenderong untuk membuktikan dan mempercayai faktor yang menjadi tumpuan penulis. penulis dilihat tidak menjadi seseorang yang neutral untuk menjadikan penulisan ini lebih berkualiti. semasa saya belajar dahulu, pensyarah saya pernah berpesan suapa kajian ilmiah kita tidak memberi kita hanya 2 pilihan inikan pula 1 pilihan dalam membuat kajian. mungkin penulisan tesis sedikit berbeza.

pada saya, agama  bukanlah faktor utama kerana secara amnya masyarakat kristian bukanlah penganut agama yang tegar seperti Yahudi. oleh itu ianya sukar dibuktikan untuk menjadikan faktor agama adalah faktor utama. saya secara peribadi, gagal diyakinkan tentang faktor utama yang baru ini.

kualiti buku amat baik dan kandunganya menarik dengan peta dan gambar. ini akan menarik minat kalangan pembaca bukan aliran sejarah/sosial untuk membacanya

sekali lagi saya ucapkan terimakasih kepada penulis kerana menghasikan tulisan ini dan mengisis kekosongan sejarah yang mudah ditemui tetapi tiada kajian mendalam untuk dijadikan rujukan yang berkualiti.

MESTI BELI?.
jika anda guru sejarah mesti beli kerana sesuai untuk anda, kepada masyarakat massa anda juga boleh memilikinya, harganya juga berpatutan dan pengisianya segar.


STAR : 6/7















No comments:

Post a Comment