PENAJA

Sunday 8 July 2012

GERAKAN FREEMANSONARY: musuh dalam mengahncurkan Islam


Tajuk : Gerakan Freemansonry : Musuh Dalam Menghancurkan Islam
Penulis : Hj. Nik Azran Muhamed dah Hj. Mohd Mahadi Hj. Isa
Penerbit : Hijjaz Records
Lokasi : Selangor
Page : 215
Harga : RM35.90
SINOPSIS
Naskah ini cuba menghuraikan tentang gelakan Freemanson di dunia dan strategi mereka untuk memnguasai dunia dengan banyak cabang. antara cabang yang digunakan adalah ekonomi, kebajikan, media dan agama. turut disertakan adalah apa yang dimaksudkan dengan freemanson dan zionis. negara haram Israil. peranan kuasa besar dalam membentuk negara haram Israil. simbol-simbol yahudi dan freemanson. tokoh-tokoh freemanson. dasar-dasar freemanson dan lain-lain.
terdapat juga fatwa menyertai pertubuhan ini. freemanson di Asia Tenggara. pemerintahan Khalifah Uthamaniyah sehingga Turki moden. dikaitkan dengan pemodenan Turki dan anasir yahudi menghancurkan Islam dan zaman Khalifah Islam.
ULASAN
bagi anda yang mahu mengenali freemanson, buku ini amat sesuai untuk anda kerana pengisisan agak minima dan banyak gamba-gambar bagi memudahkan anda membaca dan menahami gerakan ini. banyak maklumat yang anda boleh dapat melalui buku ini yang dibahagikan setiap bab dengan baik dan berkesan.
buku ini adalah satu terjemahan buku berbahasa arab tetapi ditulis oleh rakyat Malaysia yang belajar di Mesir. oleh itu buku ini agak berorentasi suasana di sana dan sedikit jauh dengan budaya Malaysia dan pandangan Malaysia.
Jika anda seorang yang suka akan kajian ilmiah dan ada pengetahuan asas tentang freemanson buku ini mungkin kurang sesuai untuk anda. kerana banyak maklumat yang ditulis adalah satu bentuk pengulangan. mungkin anda boleh cari di internet. tiada kajian sumber prime digunakan hanya ambil maklumat dari kajian perpustakaan sahaja. saya secara jujur mengaku tidak mengabiskan pembacaan buku ini. ini kerana timbul rasa bosan akan perbincangan buku ini yang saya sudah sedia amaklum.tiada pendedahan yang mengejutkan. mungkin kerana sumber yang ada tidak banyak. maklumlah freemanson atu adalah gerakan rasia bawah tanah!.
penulis dilihat terlalu mencuba meyakinkan pembaca untuk mempercayai freemanson adalah satu usaha Yahudi menguasi duni. mungkin itu yang telah diset sebelum buku ini ditulis. oleh itu penulisan ini tidak objektif.anda akan disogokan dengan anasih fremanson dalam semua bidang dan ada sikap prajudis. hampir semua syarikat atau insitusi berkaitan/dimilikan oranh yahudi ada nait jahat. bagi yang tidak pernah mengetahui perkara ini, ia adalah pendedahan yang mengejutkan. namaun bagai yang sudah mengetahui maklumat ini, ianya agak membosankan.
namun buku ini adalah usaha yang baik untuk memberitahu masyarakat muslihat yang menular secara senyap dan mengamcam agama Islam. harus diberi pujian atas usaha ini.
kualaiti buku agak baik kerana pengunaan kertas kilat dan bewarna warni. ini akan mendatangkan minat membaca dalam kalangan masyarakat. tetapi pada saya ianya satu pembaziran dan kerugian. kerana ilmu itu lebih menilai dari kualiti kertas dan grafik!.
MESTI BELI?
bagi yang baru mengenali gerakan yahudi ini, anda perlu beli dan baca.bagi yang sudah mengetahui, anda tidak perlu beli buku ini.sebab harganya agak mahal dan kurang kualiti isi malah isinya pula berulang. bagi kajian ilmiah kertas kilat dan warna warni tidak diperlukan!. ianya pembaziran dan tidak memeprlihatkan kajian ini serius!.
STAR: 3/10







No comments:

Post a Comment