PENAJA

Tuesday 10 July 2012

WARNA-WARNA PEGALAMAN SEORANG GURU

Tajuk : Warna-Warna Pengalaman Seorang Guru
Penulis : Tan Sri Dato' Dr. Awang Had Salleh
Penerbit : Utusan Publications
Tahun : 1993
page : 255
Harga : RM5.00


SINOPSIS
buku ini merupakan sebahagian daripada penulisan Awang Had dalam sebuah akhbar harian. beliau mempunyai sebuah ruangan yang dutulis secara mingguan. hasil daripada koleksi tulisan beliau berkiatan pengalaman hidup beliau itu, maka buku ini telah dihasilkan. senang cerita buku ini adalah hasil gabungan penulisan beliau yang dijadikan buku. dari aspek sebuah buku ianya adalah sebuah Memoir atau Autobiografi.

buku ini mengisahkan perjalanan hidup seorang tokoh pendidikan yang terkenal di Malaysia. beliau merupakan seorang bekas naib Canselor UPSI dan pernah menjadi Ahli Lembaga Eksekutif UNESCO.

buku ini mengandungi 64 tema dan setiap tema tidak terlalu panjang, hanya 2-5 page sahaja. ini menjadikanya mudah, menarik dan tidak membosankan dibaca. bermula dengan view guru di Malaya tahun 40an, berkembangan dengan zaman persekolahan beliau, pegalaman dan perjalanan ke SITC dan sesi pembelajaran di sana. kerjaya beliau sebagai guru, memasuki Universiti Malaya, pengalaman belajar di Amerika, keluarga, dan sekembalinya beliau dari Amerika.

ULASAN
buku ini amat menarik sekali untuk dibaca. saya berterima kasih kepada Utusan Pablication kerana menerbitkan buku ini dan mengumpulkan semua penulisan beliau di dalam akhbar, ini kerana jika buku ini tidak diterbitkan ganerasi seperti saya tidak dapat membaca dan mengenali Beliau. buku ini mempunyai sejarah sendiri kepada saya, inilah buku pertama yang saya beli dan baca. jika anda perasan harganya adalah RM5.00 sahaja. walaupun harga asalnya adalah RM10.00. diakaun buku ini bukan kerana kulitnya yang sudah rosak tetapi memag dijual pada harga demikian di Koperasi UPSI. buku ini juga yang terakhir dijual. walaupun kulitnya sudah rosak namun penjual buku ini tetap tidak mahu memberikan diskaun!.


kepada pelajar-pelajar UPSI buku ini perlu dibaca, terutamanya kepada pelajar Sejarah, sebab anda akan dapat mebanyangkan UPSI semasa zaman SITC. penulis menceritakan pegalaman beliau semasa di SITC. anda akan mengetahui dimana lokasi asrama pelajar,pokok-pokok besar disekitar pagar UPSI hari ini, apa yang dipelajari pelajar SITC, dan lain-lain. penceritaan agak santai dan penuh nostagia kepada bekas pelajar SITC,MPSI, IPSI dan UPSI.

banyak juga pejalanan hidup beliau yang boleh dijadikan tauladan dan panduan, terutamanya guru-guru hari ini. jadi guru-guru perlu baca buku ini. walaupun perbezaan tugas guru dahulu dan kini boleh dikatakan berubah 500% namun boleh dijadikan inspirasi pegalaman beliau.

Awang Had sebenarnya hanya mengetahui nama sebenar beliau selepas menghabiskan persekolahan. semasa bersekolah beliau dikenali sebagai KHALID. bagaimanakah beliau mengetahui nama sebanar beliau? dan apakah reaksi beliau? sila baca buku ini.

MESTI BELI?.
dengan harga semurah ini dan kenagan-kenangan yang amat menarik dibaca dan dibeli.amat berbaloi untuk dimiliki terutamanya guru-guru dan pelajar UPSI. namun untuk mendapatkan buku ini mungkin sukar.

STAR : 8/10







No comments:

Post a Comment