PENAJA

Tuesday 17 July 2012

SAYA PUN MELAYU

Tajuk : Saya Pun Melayu
Penulis : Zaid Ibrahim
Penerbit : ZI Publication
Lokasi : Selangor
Tahun :  2009
Halaman : 320
Harga : RM35.00


PREVIEW
Saya Pun Melayu merupakan nukilan seorang peguam terkenal di Malaysia dan pemilik syarikat guaman ZICO. beliau merupakan ahli UMNO selama lebih 30 tahun. dalam tempoh itu beliau pernah mewakili BN dalam pilihanraya untuk Parlimen Kota Bharu. Beliau juga merupakan menteri tersingkat di Malaysia hanya 5bulan sebelum meletak jawatan atas kapasiti integriti.

Naskah ini dibahagikan kepada 3 bahagian. bahagian pertama sepanjang 70 halaman menerangkan perletakan jawatan beliau sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang). selain itu, bahagian ini juga diselitkan isu ketuanan Melayu, apa itu Melayu dan Isu Melayu dan Raja. Bahagian Kedua pula merupakan pejalanan hidup beliau dari awal kehidupan sehingga menyertai politik dan menjadi peguam. bahagian ini sepanjang 70 mukasurat. bahagian ketiga adalah bahagian yang terpanjag hampir 100 mukasurat mempamerkan kefahaman beliau terhadap politik Malaysia dahulu dan semasa.

Kata penghantar buku ini ditulis oleh KU LI.

ULASAN 
Naskah ini merupakan naskah yang baik untuk dibaca  dan ianya menarik. buku ini cuba menjawab alasan kenapa beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri dan menjadikan beliau menteri paling singkat dalam sejarah Malaysia. melihat juga alasan kenapa beliau meninggalkan UMNO yang disertai beliau lebih 30 tahun. inilah yang menjadi penarik kepada anda untuk membaca buku ini.

menarik juga untuk diketahui bagaimana seorang anak kampung di Kelantan boleh menjadi seorang peguam dan memiliki sebuah syarikat guaman terbesar di Malaysia dan mempunyai cawangan di rantau Asia Tenggara. amat menarik untuk dijejaki pejalanan hidup beliau.

lebih menarik untuk memahami pemikiran beliau dan pandangan beliau terhadap UMNO selepas keluar dari ogranisasi itu. sebagai seorang peguam, definisi dan pandangan beliau tentang konsep Melayu dan ketuanan Melayu perlu diberi perhatian kerana beliau melihat Melayu dari aspek teknikal dan perundangan. 


buku ini secara umumnya bermanfaat dan menarik, namun saya agak kurang pasti adakah naskah ini sebuah Biografi atau hanya cacatan. ini kerana hanya tergapat 70 muka surat sahaja cerita tentang riwayat beliau secara jelas. bahagian lain hanya pendangan dan pendapat beliau tentang politik dan Melayu. oleh itu sukar untuk dipastikan status buku ini.


sepanjang pembacaan saya, saya dapati Zaid Ibrahim seorang yang berintegriti, seorang yang tahu apa yang mahu dilakukan dan mempunyai jiwa reformasi. jika tidak masakan ada orang yang meletak jawatan menteri yang baru diduduki 5bulan!. namun bila beliau sudah berada diluar UMNO, beliau terus melihat UMNO itu amat jijik. adakah sebab-sebab tertentu yang tidak diceritakan di dalam buku ini yang menjadikan beliau amat tidak menyukai UMNO/BN sebaliknya banyak menyokong (menyokong penuh pemimpin dan dasar) Pakatan Rakyat.


selain itu, saya berpendapat ZI seorang yang idealis. berfikiran matang dan jauh. beliau tidak melihat MAlaysia hanya milik Melayu dan bumiputera, sebaliknya Malaysia adalah milik semua. beliau tidak langsung ada rasa prajudis terhadap bangsa-bangsa lain seperti kebanyakan rakyat negara ini berfikir. beliau membanyagkan bagaimana rakyat negara ini harus hidup dengan aman dan harmoni. namun pada saya beliau terlalu idealis. sebagai seorang guru saya melihat generasi Y hari  ini amat prajudis terhadap bangsa lain. mereka sentiada mahu menjaga komuniti,imiuniti dan kedaulatan bangsa mereka masing-masing. Orang Melayu sentiasa anggap diri mereka tuan di Malaysia dan orang cina inggt mereka bos di negara ini!. oleh itu dari mata saya sebagai seorang guru, realiti kehidupan harmoni memg belum lagi terjadi di Malaysia. mungkin akan datang dengan sistem pendidikan yang bersesuaian!.


saya harap Zi akan menulis lagi kerana gaya penulisan beliau amat cemerlang dengan bahasa yang baik, ada falsafah dan banyak ilmu yang beliau miliki. ia akan jadi bahan yang bermanfaat. saya sebenarnya mahu tahu lebih banyak lagi perihal beliau dan pejalanan hidup beliau dengan lebih rinci. mungkin boleh dijadikan panduan dan motivasi generasi Y Malaysia hari ini.


MESTI BELI?.
jika anda peminat politik terutamanya politik Malaysia buku ini amat memberangsangkan untuk dimiliki. namun jika anda bukan peminat politik tegar kamu mungkin boleh pinjam di perpustakaan atau kamu baca sahaja Malaysia Kini.


STAR : 7/10




No comments:

Post a Comment