PENAJA

Sunday 8 July 2012

Fail Sulit Presiden Amerika

Tajuk : Fail Sulit Presiden Amerika
Penulis : Muhd nur Iman Ramli
Penerbit : PTS Millenia
Tahun : 2012
Page : 248
Harga : RM20.00

SINOPSIS
Buku ini terbahagia kepada 8 bab yang amat menarik dibaca. bermula dengan Isu Presiden Amerika sebagai pemimpin dunia bebas. penulis cuba membuktikan fakta ini dalam dunia lalu dan kini. sistem pemerintahan Amerika juga diulas ringkas. bab ke-2 pula bertajuk kuasa Politik dan Pengaruh POTUS. mengandungi unsuk-unsur konspirasi, sulit dan teori-teori. lambang-lambang negara dan presiden juga dijadikan bahan kajian.

bab ke-3 fenomena Obama menjadi tumpuan. banyak cerita tentang proses perlantikan beliau ke mercu kuasa dunia. biodata dan kaitan dengan dunia Islam juga turut di catat. bab ke-4 pula menceritakan proses perlantikan presiden dan proses pilihanraya di Amerika.

Bab 5 menyenaraikan 44 orang presiden dan biodata ringkas mereka. terdapat gambar POTUS serta cacatan tentang wanita Pertama dan Naib presiden. kehidupan POTUS pula diceritakan dalam bab 6 dan bab ini antara paling menarik. sebain bab 6, bab 7 juga cukup menarik kerana mistik dan misteri kehidupan POTUS dijelaskan. bab akhir kesimpulan kehidupan sekitar persona POTUS dibuat.

ULASAN
Lazimnya saya kurang menggemari buku-buku yang dihasilkan oleh PTS. ini kerana PTS pada saya jarang hasilkan buku-buku ilmiah yang berkualiti. ini kerana mereka adalah penerbit yang mementingkan jualan, oleh itu buku-buku yang merkea hasilkan agak santai dan tajuk buku mereka agak provokasi, kontroversi dan propaganda. buku ini juga saya dapati sedemikian, tajuk yang gempak kulit buku seakan-akan fail, tulisan yang agak besar digunakan, kertas sedikit tebal (kualiti baik) dan reka bentuk page yang agak unik. namaun buku ini agak saya gemari dan ada keghairahan untuk membacanya.

kandungan buku ini saya akui sangat menarik.ditulis dengan gaya santai dan maklumat-maklumat yang agak segar (banyak maklumat yang saya tidak tahu/sudah lupa) dan grafik yang menarik dan berkesan. penulis cuba untuk tidak terpengaruh dengan teori konspirasi dan menjadi berkecuali dan objektif. ini menjadikan penulisan ini baik kerana anda tidak terlalu dimomokan!. bab 6 dan 7 adalah paling mengujakan saya, anda akan diberi maklumat tentang White House dan isi dalamnya, Kapal terbang kegunaan presiden, kereta kalis peluru dan helikopter yang digunakan. banyak maklumat tentang kenderaan kegunaan presiden dihuraikan (mungkin ini sahaja maklumat yang umum ketahui dan tiada rahsia besar yang didedahkan). menarik juga bahawa terdapat juga istilah "Haiwan Pertama". POTUS dalam media popular juga diterangkan.mungkin sebahagianya anda pernah lihat dan tidak sedar!. juga menarik adalah misteri-misteri sekitar kehidupan presiden. misteri rumah putih, hantu-hantu presiden, sumpahan-sumpahan dan fakta misteri tentang kehidupan presiden.

kelamahan penulisan ini mungkin tidak banyak. pada saya kelemahan adalah kurang rujukan yang digunakan mungkin ini bukan kajian ilmiah dan hanya bahan bacaan ringgan tetapi penuh maklumat. penggunaan Nota Hujung menjadikan ianya bukan kajian ilmiah yang baik pada saya. saya juga dapati terdapat kelamahan dari aspek biodata presiden. ini keranan ianya terlalu ringkas. sedangkan kita mahu tahu banyak lagi maklumat, dasar dan isu berkaitan presiden yang 44 itu. mungkin atas faktor kekurangan maklumat

MESTI BELI?.
harga berpatutan dan agak berbaloi untuk dibeli. tetapi jika anda rajin buka Wikipedia saya rasa anda tidak perlu buku ini. kerana di dalam Internet terdapat kandungan buku ini yang diulang-ulang oleh semua laman sesawang. namun jika anda ingin sesuatu untuk disimpan dikenang dan kibaca berulang, buku ini harus dibeli.

STAR : 7/10





2 comments:

  1. Salaam, tuan. Terima kasih atas ulasan-ulasan tuan, yang saya kira amat membina. Melalui ulasan, komen dan kritikan para sahabat pembaca, saya sentiasa cuba memperbaiki skil penulisan dan penyampaian saya. Dengan harapan maklumat yang ingin dikongsi sampai kepada para pembaca budiman. Semoga tuan terus aktif membangunkan blog tuan ini. Saya dapati ia sangat berfaedah. Terima kasih. Wassalam.

    ReplyDelete
  2. w'slm...trima kasih kerana tuan memberi respon terhadap komen saya. saya harap komen dan ulasan saya tidak menguris hati tuan.saya iklas dalam ulasan dan harap ulasan saya dapat membantu tuan menghasilkan terbitan yang lebih baik.saya amat teruja mendapat respon dari tuan...thanks kerana melawati blog saya...salam...

    ReplyDelete