PENAJA

Monday, 31 December 2012

selamat tahun baru 2013

2012 akan berlalu dan 2013 akan tiba. SHINICHIPEDIA  dengan rasa rendah hati mengucapkan jutaan terima kasih diatas sokongan pembaca. dalam masa kurang 6bulan penubuhanya, blog ini sudah mencapai 25k pageview. pada saya ini amat luar biasa. saya tidak pernah menjangkakan blog ini boleh berjaya dan sampai tahao ini. agak malu untuk mengaku bahasa saya adalah seorang blogger. mungkin belum cukup layak.

di tahun 2013 SHINIHIPEDIA menetapkan sasaran untuk menambah baik isi blog dengan hasil penulisan sendiri di tambah disamping mengutip isu2 menarik dari blog lain. selain itu tahun 2013 blog ini menyasarkan 100 000 pageview. maksudnya blog ini memerlukan gampir 75k pageview lagi.angka yang amat banyak namaun saya positif dak optimis. jumlah followr juga dapat ditambah sehingga 50 followr. dari segi rank, blog ini akan mencapai rank dibawah 5 juta diseluuh dunia.

hope azamnini akan tercapai. TERIMA KASIH

Ford Fiesta versi van Januari 2013


Dari sumber blog Paultan, Ford akan melancarkan Ford Fiesta versi van. bunyinya agak pelik sebab fiesta lazimnya lebih terkenal dengan versi Hactback. bayangkan Foesta jadi van. boleh bayangkan. namaun itulah hakikatnya. so jom kita lihat dulu sebelum keluar pasaran tahun depan. tidak pasti sama ada masuk pasaran Malaysia atau tidak. rasanya tidak. sebab kurang releven dengan citarasa pasaran Malaysia.

ffvan 1



ff van 2

Sunday, 30 December 2012

Bekas Pengacara Bakal Tinggalkan Suami VIP Untuk Kahwin Kerabat?


Melopong juga kami tidak percaya apabila membaca diskusi akan gossip ini yang sedang hangat di’beberapa buah forum hiburan tempatan. Terlalu panas rasanya.
Bekas pengacara ini sudah mendirikan rumahtangga lebih 10 tahun bersama seorang VIP yang usianya hampir 2 kali ganda & kini khabarnya sudah failkan penceraian.
Si isteri menuntut  untuk bercerai kerana mendakwa suami’nya yang mempunyai pengaruh besar itu sudah pun beberapa kali curang sepanjang tempoh perkahwinan mereka selama ini.
Dek kerana tidak tahan hidup dalam tekanan, bekas pengacara TV ini nekad untuk tinggalkan suami’nya bersama anak anak yang masih kecil untuk kehidupan lebih baik.
Di’sini kisah mula menjadi lebih menarik. Wanita ini yang masih muda & kelihatan cantik ini khabarnya sudah pun di’intai oleh seseorang bergelar kerabat dari negara seberang.
Negara sebelah mana kami sendiri tidak berani untuk menyebut memandangkan pengaruhnya yang bukan calang calang tetapi mereka berdua kini hanya menunggu masa untuk berkahwin.
Kadang kadang kami terfikir juga, adakah benar bercerai kerana si suami kaki perempuan atau bekas pengacara TV ini tidak puas hidup dalam kemewahan yang sedia ada dan mahukan lebih dari sekadar gaya hidup seorang VIP.- rotikaya
SHINICHIPEDIA : cerita gosip sikit. ikutkan dari bulan 10 gosip ni dah bertiup. menurut cakap2 blogger si perempuan merupakan seorang bekas pengacara dan kini menjadi usahawan. husband dia anak orang ada2 di Malaysia dulu. boleh kata orang2 elit Malaysia. kerabat 2 pulak orang ada3, banyak sikit ada2 dia haha. pernah kahwin dengan pesonaliti tv station tv sama dgn bekas pengacara tersebut. pandai2 la teka. kebenaran berita ini  masa sje akan tentukan. doa2kan lah tidak akan berlaku. tak baik doakan rumah tangga orang lain runtuh. betol tak...

agama utama dunia 2012

mengikut catatan daripada wikipedia, penduduk dunia berjumlah 7.1Bilion. ini bermaksud secara purata 1 daripada 7 penduduk dunia pernah menontoh Gangnam Style. erm tiada kaitan dengan tajuk. untuk makluman sahaja.

no. 1 Agama Kristian
agama utama di dunia dengan jumlah penganut 2.1 bilion


no. 2 Agama Islam
penganut agama Islam adalah berjumlah 1.57 bilion di seluruh dunia


no. 3 Agama Hindu
jumlah penganut agama Hindu adalah sebanyak 900 juta umat. mejoritinya terletak di Asia Selatan


no. 4 Agama Buddha
jumlah penganut adalah seramai 350 juta penganut

no. 5 lain-lain

note: di mana agama Yahudi. berapa ramai penganut mereka. jumlah penganut Yahudi 13.2 juta penganut. manakala 5.3 juta di Israil dan 5.3 juta di USA. jadi 1.57 umat Islam kenapa perlu takut dan paranoid dengan bangsa Yahudi?.


SHINICHIPEDIA mengikut rank Alexa


menurut kajian ALEXA, shinichipedia (bukushinichi.blogspot.com) berada pada kedudukan 6,016,386 web paling dikunjungi sehingga 30/12/2012. facebook berada pada kedudukan ke-2 dan youtube di kedudukan ke-3. tempat pertama milik Google. twitter di tempat ke-10 manakala wikipedia kedudukan ke-6

30 video paling banyak ditonton di YOUTUBE

 


 CUBA ANDA CARI VIDEO PALING BANYAK DITIONTON DI MALAYSIA. HASILNYA AMAT2 MENGECEWAKAN.


32 MANUSIA PALING BERKUASA DI DUNIA 2012 - FORBES



daripada 71 senarai yang dikeluarkan, tiada seorang pun rakyat Malaysia dalam senarai  tersebut.

20 manusia terkaya di dunia 2012 - forbes



ROBERT KUOK ADALAH MANUSIA KE-64 TERKAYA DI DUNIA DENGAN ASET SEBANYAK 12.4 B USD


40 manusia paling kaya di Malaysia 2012 - forbes



Friday, 28 December 2012

10 Blog Carian Tertinggi Google 2012


  1. Beautifulnara 
  2. Rotikaya 
  3. Oh Bulan 
  4. Papagomo 
  5. Blog Serius 
  6. Malaysia Chronicle 
  7. Paultan 
  8. Anak Sungai Derhaka 
  9. Kari Ngeri 
  10. Media Malaya

Sumber Asal: 10 Blog Carian Tertinggi Google 2012 http://www.hasrulhassan.com/2012/12/10-blog-carian-tertinggi-google-2012.html#ixzz2GK7RXTVF

shinichipedia:

kedudukan pertama hingga ketiga milik blog hiburan paling berpengaruh di Malaysia. ini membuktikan rakyat Malaysia ketandusan maklumat hiburan, dan mereka yang buka internet untuk tujuan santai bukan tujuan nak peningkan kepala. di tangga ke 10 juga adalah bloh hiburan artis Malaysia terkini Media Malaya.

selain itu blog politik juga menjadi sasaran carian rakyat Malaysia. Papagomo blog pro kerajaan. pelik juga blog pro kerajaan lebih mendapat perhatian daripada blog pro pembangkang. adakah pelawat papagomo adalah pro pembangkang yang nak spy tindak tanduk blogger kerajaan. mungkin juga sebab tidak banyak blog pro kerajaan di alam maya. mana kedudukan Malaysia Kini? Malaysia Chronicle pula adalah blog berita berbahasa Inggeris. manakala Anak Sungai derhaka adalah blok pro pembangkang yang mendahului carian dari blog2 seumpamanya.

turut menjadi carian adalah blog2 yang mengamalkan konsep santai seperti Blog serius. walaupun namanya serius namun blog ini agak santai pengisianya. dikatakan memunyai 117 juta pageviews. WOW!!...

blog permotoran no.1 di Malaysia adalah Paultan yang menduduki tangga ke-7. blog permototran berbahasa Inggeris. menarik untuk dilawati.

tangga ke-9 milik blog yang menyeramkan iaitu Kari Ngeri. walaupun nama macam makanan namun kandunganya adalah mayat2 yang mati dalam keadaan seram dan dasyat dari seluruh dunia.

kesimpulanya, rakyat malaysia suka 2 benda, pertama hiburan dan politik. sekian


10 Carian Paling Popular Google Malaysia 2012


10 Carian Paling Popular Google Malaysia 2012



  1. SAPS 
  2. Gangnam Style  
  3. 9GAG  
  4. Proton Preve 
  5. Zalora 
  6. Zerg Rush  
  7. Rotikaya  
  8. Adam Dan Hawa  
  9. SPLG  
  10. Bersih 3.0


Di tangga pertama adalah SAPS atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah, iaitu sebuah sistem penyemakkan peperiksaan pelajar bagi sekolah rendah dan menengah di Malaysia. Ia menjadi popular mungkin kerana keprihatinan kebanyakkan ibubapa yang mahu melihat pencapaian anak-anak mereka dalam peperiksaan di sekolah.

Di tangga kedua ialah Gangnam Style yang memang mencetuskan fenomena luar biasa, bukan setakat di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Ramai yang nampaknya nak tahu apa yang istimewanya Gangnam Style ini.

Manakala 9GAG pula popular kerana ramai yang mungkin mahu mencari bahan lawak ketawa untuk pengisian hari-hari suram. Blog HH pun selalu dapat trafik kerana 9GAG ini, dan pernah beberapa kali laman web 9GAG menjadi antara penyumbang trafik terbanyak di blog.

Proton Preve yang menjadi antara model kereta nasional terhangat di pasaran automotif Malaysia juga banyak dicari oleh orang ramai dalam carian Google pada tahun 2012 ini. 

Termasuk dalam senarai pencarian paling popular Google Malaysia adalah Zalora, serta Adam dan Hawa.

Satu lagi carian paling popular adalah sistem SPLG iaitu satu sistem untuk guru-guru Malaysia. Ia merupakan sistem online untuk latihan guru Malaysia.

Tapi paling menarik antara banyak-banyak kata kunci carian popular di Google Malaysia ialah Zerg Rush. Kalau anda tak tahu apa itu Zerg Rush ... anda klik pautan berikut: Zerg Rush 

Ok. Dah nampak kata kunci paling popular tak nih? Jadi bolehlah anda jadi satu trending pula untuk blog anda bagi mendapatkan trafik akhir tahun!

Sumber: Zeitgeist 2012


Sumber Asal: 10 Carian Paling Popular Google Malaysia 2012 http://www.hasrulhassan.com/2012/12/10-carian-paling-popular-google.html#ixzz2GK5pxbeK

SHINICHIPEDIA: siapa ibubapa yang bukak SAPS?. hehe. silap ulasan 2

syarat rebat RM200 telefon pintar

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan bahawa rebat RM200 untuk telefon pintar  yang diumumkan dalam Bajet 2013 hanyalah untuk telefon pintar yang berharga maksimum RM500.

SKMM telah menerbitkan kriteria berikut dalam lamanwebnya:
  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun.
  • Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah.
  • Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500.
  • Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baru.
  • Hanya satu telefon pintar untuk seorang belia.

Menurut notis yang disiarkan semalam, program rebat di bawah Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI) telah diperuntukkan sejumlah RM300 juta oleh kerajaan yang akan memberi manfaat kepada 1.5 juta belia.

Permohonan untuk rebat adalah terbuka dari 1 Januari hingga 31 Disember 2013 dan para belia yang berminat boleh memohon melalui lamanweb SKMM.

NONESetem biru kelihatan di sudut kanan laman web yang bertulis 
Janji Ditepati, Mulai 1 Januari 2013, Bajet 2013.

Dalam kenyataan akhbar lewat petang ini, pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata had harga adalah perlu kerana dasar itu direka untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan para belia untuk memiliki telefon pintar sendiri.

-malaysiakini

kembara 4 hari 3 malam di bangkok part 4


HARI KE-2 DI BANGKOK
Ok selepas chek in hotel baru kami pun bersiap2 nak keluar jalan la. Tetapi sebelum 2 kena pergi makan dulu sebab bila keluar tak tahu mana tempat yang boleh makan. So dalam mencari2 tempat makan, kami adalah bertanyakan kepada beberapa rakyat tempatan lokasi makanan halal. So kena cari perempuan yang bertudung sebab sure dia Islam hehe. Kami berjumpa seorang penjaja pakaian di kaki lima. Menurut beliau KFC di Thailand adalah halal, dan terdapat sebuah kedai sebuah kedai nasi ayam yang agak murah dan halal. Lokasinya jalan Si Lom 8. So kami ke sana. Rupanya gerai tersebut terletak di dalam sebuah pasar. So inilah kedai makanan halal tersebut. Sebelum beli kami Tanya terlebih dahulu penjual tersebut Islam atau tidak. Bimbang konsep halal di Bangkok ni berbeza. Mereka ingt tiada babi dan haiwan disembelih kira halal.




inilah kedai makan tersebut. sebelah kedai ni tak jual makanan halal pun. yang pentang yakin


Tidak banyak pilihan kecuali nasi ayam warna kuning. Namun terdapat pilihan lauk seperti ayam, daging dan ikan. Setiap pinggan berharga RM4.00 atau 40 Bath. Ok la berpatutan juga. Rasanya amat la sedap. Saya memilih nasi berlauk daging. Daging amat lembut dan rasanya sempurna. Makan sakan la kami selepas semalamnya tidak menjamah nasi. Air ambil air miniral sahaja. Untuk makluman air miniral di sini masih menggunakan botol kaca. Dan harganya 10Bath. Amat berpatutan. Sepanjang di sana kami hanya minum air miniral atau air botol yang dijual di 7E yang ada tanda halal sahaja. Air kegemaran saya adalah Red Bull sebab ada halal dan harganya amat murah. Jika di Malaysia Red Bull botol kaca dijual rm2, di sana hanya RM1 sahaja. Kerana Red Bull berasal dari Thailand. Peliknya tiada botol Red Bull dalam tin. Puas saya cari.

Selepas makan kami memulakan program meronda di Bangkok. Lokasi pilihan kami adalah Grand Palace. Grand Palace adalah sebuah istana lama yang di dalamnya terdapat sebuah wat suci. Kami ke sana dengan menaiki tuk tuk. Bayaran 150Bath. Murah juga sebab perjalanan agak jauh.

Sepanjang perjalanan kami mendapati terdapat banyak gambar2 raja thai di sepanjang jalan dan bangunan2. Kami kurang pasti pada awalnya. Hanya ada 2 kemungkinan, sama ada mereka amat memuliakan raja mereka ataupun mereka sedang merayakan sesuatu. Selepas pulang baru saya tahun bahawa raja thai akam menyambut ulangtahun keputeraan. Sebab itu gambar beliau ada di merata tempat. Selain itu kami juga perhatikan Bandar Bangkok agak berkabus. Seakan2 jerebu. Mungkin akibat pencemaran udara. Jika di Indonesia jalanraya bising dengan bunyi hon, di Bangkok mereka bising dengan bunyi wisel. Kenapa wisel. Sebab penjaga jalan/lalulintas (bukan polis rasanya) mereka meniup wisel sepanjang masa. Lazimnya di Malaysia wisel jika keadaan kurang terkawal. Tetapi di sini tanpa sebab pun wisel dibunyikan. Amat bising!!

Maka kami pun sampai di Grand palace. Amat menarik tempat ni. Kompleksnya agak besar dilihat dari luar. Kami ke sini sebab ada rakan yang syorkan tempat ni. So kami cuba ke sini. Bila sampai disana kami lihat amat banyak orang yang datang melawat. Tetapi rakyat tempatan tidak kelihatan. Penuh sesak dengan pelancong asing. Sure menarik tempat ni. Kami agak tidak sabar untuk masuk. Bila nak masuk je keterujaan kami terbantut, sebab ada tiket masuk dan jumlahnya 400Btah atau RM40. Mak ai mahal giler. Patotlah orang tempatan tak ada. Saya perhatikan warga asing pun agak berkira2 nak masuk sebab harganya yang agak mahal. Positifkan diri kami masuk juga sebab dah terlanjur datang dan bila lagi nak datang pas ni.ini je peluang yang ada. So masuk.layan!!

Kami sampai agak lewat dalam jam 3 petang. So kami tidak sempat masuk ke beberapa bangunan. So agak rugilah sebab dah bayar mahal. Tempat ni ditutup jam 5 petang. Kesimpulanya bila masuk dalam ni saya bagi 5/10 markah je. Apa yang best adalah senibina yang amat luarbiasa.amat teliti pembuatanya. Anatara yang menarik masuk dalam kuli suci dimana terdapat sebuah patung Buddha di buat daripada jed hijau. Hanya raja boleh tukar dan bersihkan patung tersebut. Erm kenapa manusia yang kena bersihakan tuhan?. Dan menarik juga di dalam kompleks tersebut terdapat sebuah replikan Angkor Wat yang amat besar. Wow.

Yang tak best harga tiket mahal, banyak bangunan2 menarik tidak boleh masuk.agak pelik apa tujuan bayar tiket mahal2 tapi hanya lihat binaan luar. Tiada apa2 pengisisan. Buat lagi xbest kami tak sempat ke semua tempat sebab muzium2 tertentu tutp awal. Pengajaranja jika mahu ke Grand Palace sila datang awal. Mungkin lebih berbaloi.

Selepas kami keluar kami singah di gerai cendera hati di hadapan pintu utama. Harga di sini lebih murah dari di pasar malam atau di kaki lima di jalanan Bangkok. Sempat la beli untuk rakan2. So kami dah penat dan mahu pulang. Kami ambil teksi. Menarik di sini teksi2 adalah Altis dan Lancer. Jika di Indonesia Vios, di Malaysia, saga, iswara, waja.ermm. kami dihantar terus ke hotel. Untuk makluman di sini walaupun ada meter mereka tidak menggunakan meter.untuk makluman, di Bangkok hari sabtu semua teksi cuti sebab jalan amat sesak. Jadi cari kenderaan lain di hari sabtu. Tetapi di hari ahad amat lancar sebab semua mereka berehat untuk bekerja di hari Isnin. Jadi elak ke Bangkok pada hari sabntu. Sebab jalan sesak. Menurut pemandu teksi la. Sebab kami pergi hari bekerja.

Ok selepas pulang dari Grand Palace kami berehat untuk berjalan malam hari pula. Erm walaupun hotel ni agak ok tetapi tiada jugkittle. So payah nak masak megi. Terpaksalah masak di dalam microwave. Bolehlah nk alas perut sebelum makan malam.
Lepas magrib kami pun keluar cari makan, kami terus ke kedai makan siang tadi. Tetapi tutup. So amat la lapar. So kami ambil MRT dan terus ke MBK mall. Mall yang amat besar dan bertingkat2. Macam Time squre rasanya. Untuk makluman MBK mall terletak sebelah dengan national stadium. Station MRT pun Natonal Stadium.
Mula2 kami hanya windo2 shja. Kami ke tempat barang cenderahati. Harga disini lebih ok dari dipasar pak phong. Mudah nak beli dan xperlu tawar menawar ektrem sangat. Di sini layanan agak hampeh.sebab sebelum anda beli layanan elok. Kalau tak jadi beli layanan hampeh. So sempat la beli beberapa barang. Nak cari baju tetapi banyak dah nak tutup. Di sini jam 9malam dah tutup mall. Selain itu baju 1 LUV Bangkok di sini agak pelik sebab kedai2 tertentu hanya jual saiz2 tertentu je. So bila nak beli Tanya ada x saiz baru pilih.
Tujuan asal nak makan. So kami cari kedai makan. Ada beberapa pilihan di sini. Di foodcourt, restoran dan foodcourt yang sedikit eksklusif. Disebabkan foodcourt biasa dh tutp so kami pilih yang eksklusif. Memag mahal. Nasi gereng harga 160Bath. Giler tol. Tapi layan je la sebab kami dah masuk kedai ni.air macam biasa air miniral sahaja. Nasib makanan tidak mengecewakan. Tapi stil tidak sepadan dengan RM16 hehe. Sori tiada gambar.
Di luar MBK terdapat bazzar so kami ke sana juga. Barang2 agak murah. Namun tiada yang berkenan di hati. Kami ambil MRT dan pulang ke hotel. Masuk tidur dengan agak penat.

BERSSAMBUNG....

Wednesday, 26 December 2012

KAWASAKI Z800 : RM47,989


Huruf keramat dari model motosikal Kawasaki kembali mengaum
Sememangnya kecantikan itu sesuatu yang subjektif, dan tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa model terbaru Kawasaki ini adalah sesuatu yang samada dsukai ataupun dibenci.Kawasaki Malaysia telah melancarkan jentera genre kesatria jalanan (streetfighter) ini di Subang Jaya, Selangor pada Oktober lepas. Ianya nyata pengganti model terdahulu iaitu Z750 yang cukup dikenali dalam barisan siri Z dari pembuat motosikal Jepun tersebut.
Siri Z ini bermula dengan pengenalan Kawasaki Z1 empat puluh tahun lalu iaitu pada 1972. Ianya sinonim dengan gambaran superbike pertama di dunia, seiring dengan model Honda CB750 dalam tahun 1969 yang mula menawarkan konfigurasi enjin empat silinder melintang dengan brek cakera untuk pemilikan awam. Z1 menampilkan banyak elemen teknologi yang sebelum ini hanya digunakan pada motosikal perlumbaan.
Sekilas pandang, model 800cc baru ini nyata memenuhi daya tarikan radikal siri ‘Z’ semasa. Namun ia bukanlah setakat penampilan berbeza mahupun penambahan sesaran sahaja. Z800 ini dikuasai enjin 806cc empat silinder DOHC serba baru, yang mampu menjana 111hp pada 10,200 rpm dan 83Nm tork maksimum.
Ia sebuah enjin responsif dan mampu berputar laju dan cepat. Peningkatan bar penunjuk rpm hingga ke tahap 10,000 pusingan dengan mudah akan menujah motosikal 231kg ini melebihi 200 kilometer se jam, dengan 2,000 rpm berbaki sebelum ia sampai ke tahap garis merah pada angka 12.
Skrin instrumen LCD memapar maklumat dengan jelas termasuklah tolok bahan api, jarak perjalanan berbaki dan penunjuk penunggangan ekonomi. Memang motosikal ini kurang perlindungan angin dan cuaca, tapi tentunya ia satu penilaian yang kurang adil bagi genre streetfighter yang sememangnya togel atau naked seperti siri Z ini. Lihat bahagian ekornya, dan cahaya LED berbentuk Z akan membuat anda tersenyum.
Kerangka tiub nya telah dikaji semula untuk posisi penunggangan yang lebih menunduk ke hadapan agar kelihatan lebih agresif basikal dan bergaya. Sokongan bahagian hadapannya merupakan penyeraphentak KYB 41mm terbalik (USD) yang digabungkan dengan gantungan monoshock belakang. Pilihan ABS ada ditawarkan di luar negara, dan dirasakan perlu dipertimbangkan di negara ini, sekurang-kurangnya sebagai satu opsyen keselamatan ya ng terbukti walaupun ia akan meningkatkan harga.
Pengendalian jentera ini adalah hebat dan lincah, malah dirasakan ringan seumpama jentera yang jauh lebih kecil. Enjinnya amat berdayakilas, dan keyakinan penunggang ditingkatkan dengan kuasa brek yang amat mencukupi. Z baru ini amat berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Model ini dipasang di Thailand, seperti yang dapat dilihat dengan jelas pada plet di tengkuknya.
Pada kadar RM60 tiap cc, Kawasaki Malaysia telah menetapkan satu tanda aras baru bagi keseluruhan senario harga dalam pasaran motosikal di negara ini. Pada harga RM47,989 ia adalah sebuah jentera yang amat harus dipertimbangkan oleh penunggang tegar; tambahan pula, harganya mampu membuatkan anda tersenyum. -Salihin Abd Rahim
Spesifikasi Kawasaki Z800
Enjin 806cc 4-lejang 4-selinder DOHC 16-injap sejukkan cecair
Kuasa maksimum: 111hp @ 10,200rpm
Tork maksimum: 83Nm @ 8,000rpm
Sistem bahan api: suntikan Keihin 34mmø pendikit dwi-injap
Transmisi: 6-kelajuan, berputar
Berat basah: 231kg
Kapasiti tangki petrol: 17 liter
Komen BH Auto: “Jentera mengujakan berbaloi harga.”
Info
200kmj
Pada 10,000rpm
40 Tahun
Ulang tahun siri Z
34mmø
Saiz badan pendikit
150 mm
Kelegaan bumi
834mm
Tinggi pelana

BH AUTO

kembara 4 hari 3 malam di Bangkok Thailand part 3


KEMBARA BERMULA
Selepas mendapatkan maklumat yang dirasa cukup dari information kuanter, kami pun bergerak untuk mencari bas ke lokasi yang dikehendaki. Rupanya maklumat yang diperolehi salah. Nasib ada seorang staff airport yang kebetulan juga tunggu bas bersama kami. Dia mengatakan lebih mudah naik van. So kami naik van ke Victory Monumen. Jarak agak jauh dalam 25 mint pejalanan. Tambanya 60Bath atau RM6 untuk 3 orang.amat berpatutan.

Sebelum sampai di lokasi di tuju. Pemandu van singgah sebentar di petrol station untuk buang air. Menariknya mereka memilih station Petronas. Rasa bangga menjadi rakyat Malaysia bila jumpa brand Malaysia di sini. Untuk makluman harga petrol di sini ikut harga semasa. Semasa kami di sana harga seliter petrol adalah 32.++ Bath. Atau RM3.2/liter. Mahalnya, tapi tambang van stil berpatutan.

inilah petronas tersebut

ini lokasi yang dinamakan Victory monumen.
kami tidak sempat melawat kerana kesuntukan masa


Selepas sampai di Victory monument kami bergegas mencari hotel sebab hari dah lewat. Kami sangkakan usaha ini mudah, rupanya amat mencabar kerana kami mencari hotel bajet yang harganya kurang 100Bath. Bukan harga menjadi masalah tetapi tiada hotel bajet di tengah bandaraya Bangkok. Selepas beberapa jam dan berhujan kami sedia dengan plan B. kami ke Bandar Si Lom. Kami menaiki Tuk Tuk ke Si Lom. Bayaran 150Bath untuk jarak 10 minit pejalanan. Agak mahal rasanya berbanding menaiki van. Ibarat naik beca di Melaka bayaran lebih mahal. Namun beca menggunakan tenaga manusia sedangkan Tuk-Tuk enjin motosikal!.

Sesampainya kami di Si Lom kami bergegas mencari hotel sebab dah 10 malam dan gak penat. Puas juga mencari hotel.tidak kunjung tiba. Akhirnya kami ketemu sebuah hotel yang juga pusat pelacur membawa pelangan mereka untuk menginap. Harga 800Bath dan still dalam bajet kami. nama hotel tersebut Eve House Guest Hotel.

pintu masuk hotel. kelakar bila ada wifi namun
 hanya boleh guna komputer yang terdapat di kuantr sahaja.



ini pemandangan dalam bilik

selepas letak2 barang kami keluar ambil angin. baru kami sedar rupa2nya disebelah hotel yang kami masuk ada sebuah hotel yang amat2 la elok dan stil bajet. hanya 1200Bath sahaja. amat2 la nyesal, macam mana tidak perasan tadi huhu. so kami plan untuk tukar hotel esok. nasib baru bayar semalam untuk hotel yang kami stay tadi. selepas itu kami keluar untuk mencari makan.pusing2 maka kami jumpa sebuah kedai halal konsep Lubnan.

nampak lazat bukan hehe. tapi rasanya seakan2 ayam yang 
simpan dalam aisbox sebulan pas 2 korang masak.macam 2 la rasanya.


sebelum masuk tido kami keluar bilik dan sempat berborak dengan seorang warga Sepanyol. Daneal namanya. so kne speking la haha. dia pn broken english so tak ada hal la hehe...

esok paginya kami bangun agak lemat sebab amat penat. tengah hari baru bangun dan berkemas untuk pindah hotel sebelah. dan kami bertiga amat2 berpuas hati dengan hotel ini walalupun mahal sedikit.

talai Suites. mungkin tak tulis hotel sebab 2 kami tak perasan




RM120 untuk hotel ini rasanya agak berbaloi


BERSAMBUNG....





Friday, 21 December 2012

jadual pembayaran gaji kakitangan awam 2013

takwim cuti sekolah 2013



Kembara 4 hari 3 malam di Bangkok, Thailand part 2


PENERBANGAN
Seperti biasa , kami perlu melalui alat pengesan oleh pihak imigresen. Beberapa barangan dilarang dibawa di dalam penerbangan. Terutamanya dadah dan barang2 barang lain yang boleh mengundang risiko. Ini bukanlah kali pertama saya menaiki pesawat jadi saya agak biasa dengan prosedur. Mungkin yang berbeza adalah sebab ini kali pertam saya ke luar Negara. Semasa melaui mesin pengimbas saya telah ditegur oleh seorang kakitangan yang bertugas. Beruniform biru. Masalahnya disini adalah  wanita ini agak biadap. Terpekik2 dan meninggikan suara kepada para penumpang termasuk saya. Bukankan dia boleh bersikap lebih bersopan?. Ini amat memalukan kerana beliau mencerminkan rakyat Malaysia. Malu dengan warga asing yang melihat gelagat beliau. Ini yang saya sering cakap bila yang itdak berpelajaran mendapat kuasa. Sama juga dengan pengawal keselamatan di universiti di Malaysia termasuk UPSI. Biadap dan melampau. Harap pihak yang berkaitan dapat mengambil tindakkan. Ini mencemarkan maruah negara. Tambahan pula itu adalah penerbangan antarabangsa bukan domestik.

Sebelum kami ke pesawat tetiba hujan turun agak lebat. So kami tidak dibenarkan menaiki pesawat lagi. Dalam 15 minit baru kami dibenarkan menaiki pesawat. Ikut jadual jam 2.20 ptg penerbangan, namum selepas jam tiga baru berlepas.

Ini gambaran dari dalam pesawat sebelum berlepas

Seperti biasa sebelum berlepas ada demonstrasi dari anak kapal. Cantik2 mereka ni hehe. Pesawat selamat berlepas, dan kebetulan awan agak tebal. Maka gegaran agak kuat di dalam pesawat seakan2 rollercoster. Saya yang gayat ni agat takut sebab tiada tempat untuk berpaut. Seram.

Saya cadangkan kepada yang jarang2 naik pesawat baik oder makan semasa beli tiket. Bukan selalu boleh makan dalam flight kn. Kebetulan time 2 kami tidak oder so kami xbeli makanan sepanjang hampir 2jam penerbangan tersebut. Tidak la lapar tapi duduk dalam 2 membosankan. Tiada apa yang menarik selain melihat awan2 dan garisan jalanraya di bumi. Ini kerana jika anda oder makanan di dalam pesawat harganya amat mahal.sebagai contoh harga nasi lemak adalah rm13.00. air miniral rm3.00. jika beli dalam talian anda akan mendapat diskaun sehingga 60%.

Perjalanan kami berjalan lancar dan kami selamat mendarat di Don Muang Airport Bangkok. Untuk makluman airport ni adalah airport kedua. Airport pertama adalah survannabumi. Namun di airport ni banyak terdapat jet2 persendirian. Pegawai2 imigrasen di sini agak sopan dan pakaian mereka juga segak. Bagi yang wanita mereka amat manis. Seakan2 tenggok orang jepun dan korea.

Saya rasa Don Muang Airport lebih selesa dari LCCT walaupun ia juga airport kedua untuk bangkok. Sering digunakan untuk penerbangan domestik. Sebelum keluar dari bangunan sila ke kuater pertanyaan untuk mendapatkan peta dan bertanya beberapa soalan tentang lokasi yang anda tuju.

TIPS:
-          oder makanan semasa membeli tiket. Jika tidak anda pasti akan terpengaruh dengan mereka yang memebeli makanan di sekeliling anda. Memang boleh beli terus namun harganya amat la mahal.
-          Jika menggunakan Air Asia pastikan anda tahu dimana pesawat anda akan mendarat dan bertolak. Bayangkan anda terlewat dan salah airport?.
-          Scan bagasi anda sebelum melintasi imigrasen seban takut apa2 yang tidak di ingini berlaku terutamanya dadah
-          Pastikan beg anda dalam kawalan anda sepenuhnya.
-          Jangan membawa cecair yang melebihi 100ml, senjata, pisau, gunting, dan lain2 yang boleh dijadikan senjata. Sila buang sebelum melalui pemeriksaan
-          Di atas flight anda boleh menggunakan matawang malaysia atau matawang negara ayang anda mahu pergi
-          Jjjangan buka alat komunikasi semasa pesawat mahu berlepas dan mendarat.
-          Sebelum berlepas boleh beli simkad prepaid di lapangan terbang untuk penggunaan antarabangsa atau boleh belia simkad Negara lain di airport anda mendarat. Ini memudahkan anda berhubung dengan mereka yang berada di Malaysia.
-          Sila dapatkan peta lokasi yang anda mahu tuhu di kuanter pertanyaan dan inaya percuma. Tanya juga di mana dan bagaimana untuk ke lokasi yang anda mahu tuju. Ini lebih memudahkan anda dan tidak membuang masa. Minta cadangan kenderaan yang paling sesuai digunakan untuk elak ditipu

BERSAMBUNG.......


Gangnam Style dikaitkan dengan berlakunya KIAMAT


NEW YORK: Apakah hubungan antara ramalan kiamat akan berlaku esok dengan fenomena Gangnam Style milik penyanyi Korea Selatan, Psy?
Menurut ramalan kontroversi Nostradamus, jika angka klip video Gangnam Style mencecah satu bilion penonton, maka kiamat akan berlaku.

Siapa sebenarnya Nostradamus? Dia ialah penyair, peramal astrologi yang lahir di Perancis pada 1503. Namanya sangat terkenal selepas beberapa ramalannya menjadi kenyataan.
Beberapa ramalannya yang terkenal dan terbukti tepat ialah Revoulsi Perancis, Kebakaran di London, kematian Puteri Diana, kematian John F Kennedy dan tragedi pengeboman di Nagasaki, malah tragedi serangan 11 September di New York.

Berdasarkan turutan rekod itulah, dunia mulai cemas dengan ramalan dunia akan berakhir atau kiamat yang dijangka berlaku ketika penonton Gangnam Style di YouTube mencecah angka satu bilion. Mengapa Gangnam Style dan mengapa angka satu bilion? Berikut ialah ramalan Nostradamus mengenai akhir zaman.

“From the calm morning, the end will come when of the dancing horse the number of circles will be nine,” Nostradamus, 1503.
“From The Calm Morning dirujuk oleh peramal sebagai negara Korea Selatan sebagaimana negara itu mendapat jolokan Calm Morning dalam bahasa Inggeris.

“Dancing Horse? Jelas sekali yang dimaksudkannya ialah Gangnam Style yang sememangnya berasal dari Korea Selatan. Bagaimana dengan maksud “Circle Will Be Nine?” Ungkapan ini masih diperdebatkan. Beberapa peramal berkata maksudnya ialah angka kosong iaitu jumlah penonton YouTube yang mengakses klip video Gangnam Style. Ia bermakna angka satu bilion yang memiliki sembilan kosong (bulatan) sama dengan ungkapan Nostradamus. Dalam erti kata lain apabila diterjemahkan kesimpulannya dalam bahasa Melayu, ramalan Nostradamus bermaksud: “Dari Korea Selatan, kiamat akan berlaku ketika tarian kuda menunjukkan bulatan hingga sembilan.” Jadi, apakah ramalan Nostradamus bakal terbukti? Apa pun, ketika ini klip video Gangnam Style sudah ditonton sebanyak 971,518,818 dan kelihatan terus bertambah. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/20 - metro

shinichipedia: agak menarik apa yang mereka cuba kaitkan. boleh la baca sebagai pengetahua. berguna tak berguna 2 terpulang. ari ni 21.12.2012 jam 8.18 pagi masih belum kiamat....

Thursday, 20 December 2012

asal usul nama Felda Linggiu : suatu pemerhatian

sejak kecil saya sering diberitahu bahawa nama Felda linggiu berasal daripada gabungan 3 kaum iaitu Melayu, Cina dan India kerana felda Linggiu adalah antara sebahagian kecil felda di malaysia yang mempunyai 3 kaum tersebut sebagai peneroka. sehingga dewasa saya masih percaya kepada perkara itu walaupun saya tidak pernah nampak kaitan antara LINGGIU dengan MELAYU, CINA dan INDIA jika digabungkan. 

oleh itu di kesempatan ini saya ada membuat sedikit kajian, namun bukanlah kajian lapangan, hanya kajian pembacaan dan kajian lisan. mungkin kajian ini boleh mengubah pandangan umum terhadap asal usul nama Linggiu.

mengikut kajian lisan daripada peneroka di felda ini, saya diberitahu bahawa sebelum felda ini dikenali sebagai LINGGIU nama asalnya adalah FELDA LUBUK AJAL. ini kerana dikatakan (saya hanya dengar cerita ini sejak kecill) di kawasan ini terdapat 1 kolam pusaran air (saya tidak pernah jumpa) yang pernah dijadikan lokasi tentera jepun memenggal kepada semasa pendudukan Jepun. dikatakan mereka yang dipenggal akan dicampak ke dalam pusaran air tersebut. maka munculah nama LUBUK AJAL. namun nama itu tidak jadi digunakan kerana bimbang tiada peneroka yang akan datang ke felda ini. untuk makluman tidak ramai mereka yang mahu duduk di felda masa itu sebab lokasi di dalam hutan tebal. oleh itu kombinasi felda dan nama yang ngeri itu mungkin akan menjadikan felda ini gajah putih. inilah alasan kenapa nama FELDA LUBUK AJAL telah diubah kepada FELDA LINGGIU. persoalanya, dari mana datangnya nama Linggiu. benarkah dari gabungan nama kaum?.

saya mengatakan nama Linggiu tiada kaitan dengan gabungan nama 3 kaum yang menetap di sini. ada beberapa alasan saya mengatakan demikian. pada saya ia adalah salah tanggapan semata-mata. mungkin atas alasan lisan yang sering diberikan apabila ada yang bertanya dari mana datangnya nama LINGGIU. mungkin disebabkan tiada maklumat mereka mengambil jalan mudah mengatakan bahawa LINGGIU datang dari gabungan nama 3 kaun yang menetap di sini. ini kerana di daerah Kota Tinggi hanya felda ini yang ada 3 kaun peneroka. jika nama Linggiu tidak datang dari gabungan kaum, dari mana munculnya nama LINGGIU?.

jika kita melihat kembali sejarah, kita akan sedar dari mana datangnya nama linggiu. menurut Sejarah Melayu, selepas kemunculan Kerajaan Melayu Melaka, terdapat sebuah kerajaan Melayu yang terkenal yang disebut GANGGAYU: 

"Setelah berapa lamanya dijalan, datanglah kepada negeri Ganggayu.Shahadan dahulu kalanya negeri itu negeri besar, kotanya daripada batu hitam, datang sekarang lagi ada kotanya itu di hulu Sungai Johor. Ada pun asal namanya Klang Kio, iaitu bahasa Siam,ertinya perbendaharaan permata; oleh kita tiada tahu menyebut dia, jadi Ganggayu. Adapun nama rajanya Raja Chulan; adalah akan baginda itu raja besar, segala raja-raja di bawah angin dalam hukumnya." (W.G.Shellabear:1975:10) - wikipedia

dikhabarkan di kerajaan Ganggayu terdapat sebuah kota yang hebat mungkin setanding dengan Angkor WAt dan Candi Boroboddur yang dibina dengan batu hitam. kota itu dinamakan Klang Kio atau Gelanggi atau Linggiu. kerajaan Ganggayu dikatakan muncul pada abad ke 17 masihi.

ini gambaran Kota Klang Kio tersebut

dari sejarah kerajaan inilah nama LINGGIU itu muncul, namun hingga hari ini tiada bukti bahawa kerajaan dan kota batu hitam itu wujud.

satu lagi bukti bahawa nama Linggiu itu muncul dari sejarah kerajaan silam tersebut dikukuhkan dengan sebuah peta yang dihasilkan pada tahun 1907. peta tersebut merupakan peta negeri Johor pertama yang dilukis secara teliti dan tepat sehingga mendapat pengesahan kerajaan british tika itu. peta ini dilukis oleh Dato Bentara (Bintara) Luar iaitu Muhamad Salleh Perang. tokoh penting dalam sejarah Johor. apa kaitan Linggiu dengan peta tersebut?.


ini adalah peta negeri Johor pertama dilukis secara terpeinci.

tarikh peta ini dilukis dan nama pelukis

jika kita memerhatikan peta tersebut kita akan mendapati bahawa terdapat sebatang sungai yang dinamakan Sungai Langgiu (ejaan asal). ianya terletak di hulu Sungai Johor.

di sinilah Sungai Langgiu dalam peta tersebut

oleh itu kesimpulanya, nama Felda Linggiu diambil dari nama sebatang sungai iaitu Sungai Langgiu (kini Linggiu) yang tidak berapa jauh dari perkampungan ini. buktinya nama sungai itu muncul sejak abad ke 17 masihi dan tertulis dalam peta sejak 1907. lebih awal dari wujudnya felda ini. so terang lagi bersuluh nama Linggiu itu datangnya dari nama sungai. bukan nama sungai itu Linggiu sebab terletak di Felda Linggiu. Felda yang ambil nama sungai itu, bukan sungai itu ambil nama Linggiu.

selepas ini jika ada orang tanya apa maksud LINGGIU atau mana datang nama LINGGIU, jawablah ianya datang dari nama Sungai Linggiu dan maksud Linggiu itu adalah sebuah kota purba kerajaan Melayu abad ke-17. sekian

kereta kabel paling seram di dunia

ini kesan dari pergi langkawi ari 2. amat2 la gayat. serius xboleh tengok. tutup mata je time naik ats 2. aku tgok mak aku yang dh umo 62 rilek je naik benda 2.aku lak yang serang. serius aku memang gayat. sebelum nak berita pasal benda lain nak cerita dulu semasa aku g langkawi nak naik kereta kabel ada benda yang hampeh. benda 2 adalah terpaksa tunggu selama 2 jam sebelum nai. sejam selepas beli tiket kne tunggu di panggil untuk berlepas. pas dah chek in beratur sejam lagi. 2 la yang buat jadi bosan dan tak ada mod.kalau nak cepat kena tambah lagi seratus setiap orang. bapak dia bayar rm115 untuk naik benda ni. cekik darah. kalau banyak duit ok je bayr hehe. 1 lagi yang xbest skybridge di tutup. apa barang time cuti sekolah tutup. tiket bayar tetap sama.so harap pihal langkawi cable car ambil tindakkan.

so kat sini aku jumpa dari 1 blog lain n aku nak kongsi la kereta kabel antara paling ektrem di dunia.sure aku  tak berani nak naik.


Kereta Kabel Yang Paling Menyeramkan didunia

Bila tengok gambar ni pun dah ada perasaan gayat dah.Ingatkan yang dekat Genting Highland tu dah gayat.Ni lagi dasyat gayatnya.
China’s Tianmen Chan atau Heaven’s Gate Mountain

 

Lagi gambar...

Masada cableway di Masada, Israel

 


nie Haifa ’s Stella Maris cable

 


Mont Blanc Massif of the French Alps
 

 


Hong Kong ’s Skyrail cable car ride

 


French dan German

 


Rio de Janeiro ’s Sugarloaf Mountain
 

 


Pulau Langkawi di Malaysia

 


Yellow Mountain atau Huang Chan di China

 

 

 
http://apakehei.blogspot.com/2011/11/kereta-kabel-yang-paling-menyeramkan.html