PENAJA

Saturday, 30 March 2013

kereta elektrik (EV) pertama di malaysia - i-MiEV

i-MIEV yang berwarna-warni ini milik Masaharu Iwata yang bertugas di Mitsubishi Corporation, Kuala Lumpur.


PENGEDAR kenderaan jenama Mitsubishi di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) baru-baru ini mencipta sejarah tersendiri apabila menawarkan pasaran tempatan kenderaan elektrik sepenuhnya (EV) iaitu Mitsubishi i-MiEV (Mitsubishi Innovative Electric Vehicle).
Pelancaran rasmi kenderaan tersebut diadakan di pusat EV pertama MMM, SAG Star yang terletak di Jalan Chan Sow Lin, Cheras Kuala Lumpur. i-MiEV ditawarkan pada harga RM136,118 seunit (di atas jalan, tidak termasuk insurans) dan hadir dalam dua pilihan warna iaitu putih dan dua tona putih merah.
Untuk makluman, projek EV Mitsubishi Motors Corporation (MMC) bermula seawal tahun 1969 menerusi model MINICAB EV. MMC kemudian meneruskan penyelidikan dan pembangunan (R&D) model EV dengan memberi perhatian khusus kepada aspek motor dan bateri.
Pada tahun 2006, MMC membangunkan i-MiEV.
Sebenarnya, i-MiEV bukanlah model yang terlalu asing. Dibina berasaskan kepada model kompak (dipanggil kei kar di Jepun) Mitsubishi i, MMC giat menguar-uarkan tentang jentera tersebut sejak empat tahun lalu.
i-MiEV dilancarkan pada Julai 2009 buat pertama kalinya di Jepun. Sejak itu, kereta comel tersebut mula mendapat perhatian dunia. Dalam tempoh beberapa tahun itu juga i-MiEV mengalami perkembangan yang memberangsangkan, sebelum ia diperkenalkan di pasaran Eropah pada akhir 2010 dan ke Amerika Utara setahun kemudian.
Di pasaran Eropah, i-MiEV tampil sebagai Peugeot iOn serta Citroen C-Zero, hasil kolaborasi antara MMC dan PSA Peugeot Citroen. i-MiEV yang khas untuk pasaran Amerika Utara, dikenali sebagai Mitsubishi i dikatakan bersaiz lebih besar dan memiliki banyak ciri berbanding i-MiEV standard.
i-MiEV terus mencatat pencapaian signifikan apabila Mitsubishi i berada di ranking pertama dalam senarai Garis Panduan Bahan Api Tahunan yang dikeluarkan oleh pihak Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) Amerika Syarikat pada tahun 2011.

ATAS: i-MiEV turut dikenali sebagai Peugeot iOn dan Citroen.


Mitsubishi i menjadi kenderaan paling cekap bahan api yang pernah dinilai oleh EPA, sebelum ia dikalahkan oleh model Honda Fit EV pada Jun 2012.
Sumber kuasa i-MiEV datang daripada pek bateri lithium-ion yang menggerakkan satu unit motor elektrik. Bateri berkapasiti 330V itu diletakkan di dek bawah lantai. Sementara motor elektrik diletakkan di bahagian bawah ruang kargo.
Motor elektrik berkenaan mampu menghasilkan kuasa mencecah 49kW dan tork 180Nm. Kelajuan maksimumnya ialah 130 kilometer sejam. Boleh tahan juga lajunya.
Meninjau bahagian kabin, i-MiEV dilengkap sistem hiburan double DIN dengan skrin sentuh bersama navigasi GPS.
Penjimatan Signifikan
Sehinga kini, MMC telah menghasilkan kira-kira 33,000 unit EV, selain membentuk kerjasama dengan 107 syarikat swasta dan awam di seluruh dunia. Kerjasama itu melibatkan pelbagai inisiatif seperti ujian bersama dan aktiviti pendidikan mengenai keperluan infrastruktur EV.
Kenapa anda perlu membeli i-MiEV? Alasan utama adalah penjimatan. Pertamanya dari segi kos minyak yang dapat dikurangkan dengan signifikan. Sebabnya, untuk mengecas penuh i-MiEV, caj yang dikenakan cuma RM3.50 berdasarkan kepada tarif elektrik semasa.
Dengan RM3.50 jarak yang boleh dicapai adalah sejauh 150 kilometer. Jadi, kosnya hanya 3 sen bagi setiap kilometer. Tidak cukup? Baiklah, cukai jalan untuk i-MIEV hanya RM10 setahun. Jumlah itu diperoleh selepas perbincangan dibuat antara MMM dan bahagian teknikal Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
MMM juga menyatakan bahawa syarikat insurans tidak ada masalah untuk menawarkan perlindungan insurans buat i-MIEV. Hasilnya, ia hanya dikenakan caj seperti kenderaan bersesaran 660cc. Memang murah!
Bagi memberi ketenangan fikiran buat pemiliknya, i-MiEV hadir dengan pakej penyelenggaraan percuma selama lima tahun. Selain jaminan selama lima tahun atau jarak perbatuan sehingga 100,000 kilometer (mana-mana tiba dahulu).

ODA (tiga dari kiri) menyerahkan cenderahati kepada pemilik pertama i-MiEV di Malaysia, saudara Iwata.


“Penyelenggaraan akan dilakukan pada setiap 20,000 kilometer dan apa yang ditukar cuma penapis pendingin hawa dan minyak brek. Itu sahaja. Selebihnya melibatkan pemeriksaan diagnostik bagi memastikan semua komponen elektronik dapat beroperasi dengan baik,” kata Perunding Teknikal MMM, Francis Tan.
Selain pembeli individu, MMM menyasarkan i-MiEV kepada syarikat korporat yang menggunakan kenderaan dalam jarak yang pendek dan peka terhadap alam sekitar.
Menyentuh tentang insentif cukai terhadap kenderaan hibrid dan elektrik yang akan tamat pada Disember 2013, Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tetsuya Oda yakin bahawa kerajan faham bahawa EV bukan lagi kenderaan untuk tujuan ujian. Tetapi sudah boleh ditawarkan kepada orang ramai secara meluas. Justeru, kerajaan pasti akan menimbang untuk meneruskan insentif tersebut.
Harus tahu juga bahawa harga yang ditawarkan untuk memiliki sebuah i-MiEV juga termasuk dengan pemasangan poin pengecasan.
“Kami bukan sekadar menjual kereta tetapi turut perlu memastikan poin pengecasan yang selamat. Jadi, setakat ini, lokasi pengecasan terbaik adalah di pusat EV.
“Bagi proses mengecas di rumah pula, ia mungkin agak sukar untuk mereka yang tinggal di kondominium atau atau pangsapuri. Melainkan anda mendapat persetujuan daripada pihak pengurusan kondo untuk menyediakan satu tempat mengecas khas,” kata Ketua Pemasaran dan Produk MMM, Shoen Saito.
Saito juga memberitahu, perancangan untuk mewujudkan stesen pengecasan pantas memang ada. Malah pihaknya sudah berbincang dengan beberapa pihak di Malaysia.
Sebagai permulaan, SAG Star menjadi pusat EV yang pertama dan menawarkan kemudahan mengecas secara percuma untuk semua pemilik EV dengan keutamaan diberikan kepada pemilik i-MiEV.
MMM merancang untuk menambah pusat EV kepada lima dalam tahun kewangan tahun ini. Dengan kos RM250,000 setiap satu, lokasi pusat EV itu bakal tertumpu di kawasan Lembah Kelang.
Persoalannya, adakah rakyat Malaysia sudah benar-benar bersedia untuk mengadaptasi teknologi ini sepenuhnya? Sama-sama kita nantikan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0330&pub=Kosmo&sec=Pemotoran&pg=pe_01.htm#ixzz2P1JZ71VP 
Hakcipta terpelihara 

Friday, 29 March 2013

Mahathir Dan Akhbar

Tajuk :  Mahathir dan Akhbar
Penulis : Mohd Safar Hasim
Penerbit : Utusan Publications
Tahun : 1996
Lokasi : Kuala Lumpur
Halaman : 228
Harga :

ULASAN

Buku ini merupakan himpunan lebih 16 ucapan Mahathir tentang akhbar sehingga 1996 yang dikumpul oleh penulis. Banyak ucapan-ucapan menarik boleh dibaca di dalam buku ini. Namun dia awal buku ini terdapat 4 bab tentang sejarah akhbar di malaysia dan ulasan awal tentang pemikiran Mahathir berkaitan akhbar di Malaysia dan dunia.

Apa yang menarik pada buku ini adalah keseluruhan buku ini. Ia bermula dengan sejarah akhabr di Malaysia yang mungkin ramai dalam kalangan kita tidak mengetahui dan menyedarinya. Kemudian ucapan-ucapan emas oleh Mahathir berkaitan akhbar dalam perjumpaan, persidangan dan konvenson yang beliau hadiri atau rasmikan.

Walaupun begitu ada beberapa kelemahan atau maklumat yang kurang releven untuk bacaan kita hari ini. Salah satunya adalah berkaitan tahun buku ini diterbitkan iaitu 1996. Politik Malaydia nyata telah banyak berubah terutamanya selepas peristiwa pemecatan Anuar dan kemajuan media elektronik yang membawa kemunculan Astro serta kemudahan media alternatif seperti blog dan laman sosial. Kadang kala anda merasakan isu yang dibincangkan di dalam buku ini telah basi.

Selain itu dalam 4 bab awal jika kita membaca buku ini kita boleh merasakan penulis telah bersikap tidak objektif. Beliau amat kuat menyokong dan cuba mempengaruhi anda untuk menyokong apa sahaja kerajaan lakukan terutamanya berkaitan akhbar. Namun anda akan rasa berpuas hati kerana beliau bukan seorang yang menyokong kerajaan secara pak turut, namun beliau ada alasan dan berdasarkan hujah serta bukti akademik. Teknik inilah yang perlu ada kepada setiap penulis. Menulis dengan bukti dan hujah yang ilmiah, bukan emosi dan taksub semata.

Jika menyentuh tentang pemikiran Mahathir berkaitan dengan kebebsan media, saya dapati ada 1 masalah besar yang dinafikan atau beliau sendiri tidak sedar. Masalah itu adalah, beliau tidak pernah menyentuh tentang pihak kerajaan yang cuba mempergunakan akhbar dan menyebarkan propaganda kerajaan melalui media. Ini sebenarnya yang menyebabkan massa kurang suka media yang terikat dengan kerajaan. Lazimnya media akan dijadikan alat untuk menyebarkan propaganda kerajaan dan menjadi pengampu kerajaan. Ini sebenarnya yang dituntut rakyat dalam amalan kebebasan media

MESTI BELI?
Amat menarik dimiliki walaupun buku ini agak lama diterbitkan. Segala buku tentang Mahathir jujurnya amat berharga!.

STAR
6/10

Monday, 25 March 2013

TOYOTA VIOS 2013 DI JUAL DI THAILAND

Ismail Ibrahim : Kembara Kehidupan Dari Atap Rumbia Ke Gedung Diplomat

TAJUK : ISMAIL IBRAHIM : KEMBARA KEHIDUPAN DARI ATAP RUMBIA KE GEDUNG DIPLOMAT
PENULIS : ISMAIL IBRAHIM
PENERBIT : YAYASAN ILMUAN
LOKASI : KUALA LUMPUR
TAHUN : 2010
HARGA : RM70.00
HALAMAN :347
ULASAN

Nama Ismail Ibrahim bukin agak kurang dikenali oleh sebahagian besar daripada kita. Saya sekalipun tidak mengetahui akan peranan beliau atau kepentingan beliau di Malaysia sehinggalah saya membaca buku Pemikiran Dr. Mahathir tentang Islam yang beliau tulis. Namun di dalam bahagian biodata penulis, buku ini hanya menyatakan tugus beliau sehingga tahun 1995. Melalui buku ini barulah saya dapat fahami kesinambungan kisah beliau sehingga 2010.

Buku ini adalah sebuah memoir tentang perjalanan kehidupan dan kejaya beliau. Bahagian yang paling banyak diceritakan oleh beliau adalah pengalaman beliau menjadi duta Malaysia Ke Arab Saudi. Ironinya beliau hanya menjadi duta hanya 2 tahun setengah berbanding menerajui IKIM selama 10 tahun.

Ismail Ibrahim pada saya adalah susuk yang patut diangkat lebih tinggi peranannya dalam arus perdana manusia manusia yang penting di Malaysia. Beliau banyak menyumbang tenaga ke arah lahirnya UIA, IKIM dan pernah menjadi pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan. Namun seperti yang beliau katakan, di Malaysia urusan agama sering dianggap mudah dan dianak tirikan.

Buku ini amat menarik di baca dan ada bahagianya agak santai dan ada sebahagian lagi agak berat terutamanya bila masuk isu Asia Barat. Bagi membaca yang tidak mengenali beliau seperi saya tidak perlu risau. Buku ini amat selesa dibaca dan difahami kerana bahasa dan gaya penyampaian yang mudah dan santai.

Gaya penulisan beliau amat bersahaja dan sedikit berbeza dengan penulisan autobiografi yang lain. Ini kerana beliau menulis dengan penulisan mengikut bab tanpa terlalu fokus kepada subtajuk. Saya kira beliau hanya masukan subtajuk selepas selesai menulis keseluruhan buku ini.

Saya agak gemar dengan gaya penulisan karya ini. Walaupun setiap bab agak panjang namun subtajuk agak ringkas dan pendek. Ini memudahkan anda membacanya tanpa rasa bosan. Dari aspek kesalahan juga boleh dianggap sempurna walaupun ada 2,3 kesalahann ejaannyang ketara di halaman yang sama.

Buku ini menarik dibaca kerana beliau adalah seorang anak kampung yang berjaya menjadi duta negara ke Aran Saudi. Siapa pernah menyangka seorang anak kampung boleh masuk ke dalam Kaabah dan bersolat serta berdoa di dalamnya?. Mungkin duta dari negara lain juga perlu menulis kerana setiap negara ada bermacam ragam dan kisah menarik untuk dikongai dan dijadikan pengajaran.

MESTI BELI
buku ini relatif mahal namun menggunakan kertas kilat berkualiti. Sesuai untuk dijadikan sebahagian koleksi istimewa di rak buku anda.

STAR
7/10

Friday, 22 March 2013

Wajah puteri sulung En. Asmawi dan Pn. Munaliza

Nama : Marissa Humaira (Belum didaftarkan)
Maksud : Seseorang Yang Bersopan Santun Berpipi Merah
Tarikh Lahir : 20 Mac 2013
Tempat : Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah
Cita-cita : PTD / Ustazah Pilihan








Bagaimana rupa bayi baru lahir

Apa yang boleh diharapkan

Bayi baru lahir mempunyai kepala besar, kaki pendek dan badan besar dan mengembang. Pendek kata, mereka kelihatan seperti makhluk asing. Oleh sebab bayi baru lahir sudah mengambil masa lebih kurang 12 jam untuk keluar dari kanal lahir dalam keadaan tersepit, kepala mereka agak meruncing. Bayi dilahirkan secara pembedahan caesarean lazimnya beruntung dari segi paras rupa, sebab kepala mereka tidak perlu keluar melalui kanal lahir secara tersepit. Jangan bimbang dengan lekuk-lekuk lembut atas kepala bayi anda, diberi nama fontanel, yang membenarkan kepala bayi mengecil supaya dapat muat dan melalui kanal lahir. Fontanel di belakang mengambil masa lebih kurang empat bulan untuk tutup rapat, manakala yang di depan mengambil masa antara sembilan hingga 18 bulan. Anda boleh menduga yang genital bayi anda agak bengkak akibat hormon perempuan yang berlebihan yang diperolehi dari anda sejurus sebelum dilahirkan; muka dan mata mungkin kelihatan bengkak juga. Bibirnya adalah merah jambu dan tangan dan kaki biru selama beberapa jam selepas dilahirkan. 

Kulit bayi anda

Kulit bayi baru lahir berbeza mengikut jumlah minggu anda hamil semasa dia dilahirkan. Bayi pramatang mempunyai kulit yang nipis dan telus dan mungkin diselaputi lanugo, rambut seperti bulu halus. Bayi dilahir pramatang juga akan berlumuran dengan verniks, bahan putih berminyak yang melindungi kulitnya daripada cecair amnion. Bayi penuh bulan dan bayi terlewat lahir hanya mempunyai sedikit bekas-bekas verniks di kelipat kulit mereka. Bayi lewat bulan juga mempunyai kulit yang berkedut sedikit dan jika adapun lanugo, ianya amat sedikit. Tanda-tanda lahir - yang merangkumi tompok-tompok kelabu yang sementara kepada tompok-tompok yang kekal – adalah biasa. Hampir setengah bayi dilahirkan dengan milia, bintik-bintik putih atas muka mereka yang kelihatan seperti jerawat halus. Semua ini akan hilang di suatu masa kelak. 

Adakah dia mempunyai rambut?

Setengah ibubapa merasa amat kecewa sebab bayi mereka botak. Sebenarnya, rambut bayi baru lahir tidak menentukan warna rambut yang dipunyainya kelak. Jika bayi dilahirkan dengan rambut halus, tidak bermakna dia akan mempunyai rambut halus apabila dia besar kelak. 

Bagaimana rupa matanya?

Kebanyakan bayi Asia dan Afrika selalunya mempunyai mata berwarna kelabu atau coklat semasa kelahiran, dan mata menjadi betul-betul coklat atau hitam selepas enam bulan pertama atau selepas setahun. Kanak-kanak kacukan bangsa mempunyai banyak variasi dalam warna mata mereka. Bayi juga berkemungkinan dilahirkan dengan kedua mata berlainan warna, walaupun ini jarang berlaku. Ramai bayi Kaukasia dilahirkan dengan mata biru gelap dan warna mata sebenar - samada coklat, hijau, perang atau biru - tidak akan menjelma untuk beberapa bulan. Warna mata bayi anda beberapa minit selepas dilahirkan tidak akan kekal - pendedahan kepada cahaya menukar warna mata bayi yang asal. 

Perkembangan bayi anda yang baru lahir

Tangan dan kaki masih melengkuk

Bayi anda yang baru lahir mungkin kelihatan "mengerekot" dengan tangan dan kakinya belum betul-betul lurus. Ini adalah normal, dan tangan dan kakinya akan melurus apabila dia bertambah selesa dengan keadaan di luar perut anda. Jika kakinya kelihatan melengkung bengkok, jangan bimbang. Ini adalah sebahagian proses meregang dan akan membetul dengan sendirinya apabila dia berusia limaatau enam bulan. Menjelang akhir bulan, bayi anda akan dapat mengangkat kepalanya untuk seketika apabila dia berbaring atas perutnya dan mungkin boleh memusingkan kepala dari sisi ke sisi. Pergerakan yang tersentak-sentak akan menjadi lebih lancar apabila sistem urat sarafnya menjadi lebih matang. Namun begitu, refleksnya yang masih primitif, seperti menghisap dan mengunyahkan tangannya, masih dominan. Bayi baru lahir masih sedang mengubahsuaikan diri kepada dunia baru yang sangat berbeza daripada keadaan dalam rahim yang selesa hangat dan selamat, dan inilah sebabnya kebanyakan bayi amat gemarkan bedungan -- dibalut selamat dalam selimutnya. 

Dikuasai oleh kelaparannya

Makanan adalah perkara yang amat penting dalam kehidupan bayi baru lahir, dan tidur adalah yang kedua penting. Kebanyakan bayi baru lahir akan menyusu dua atau tiga jam sekali siang dan malam. Pola tidur bayi seperti itu juga. Kebanyakan bayi baru lahir tidur sejumlah 16 hingga 17 jam dalam masa 24 jam, tetapi ini meliputi jumlah tidur yang tidak panjang masanya sebanyak lebih kurang lapan kali. Menjelang akhir bulan, bayi anda akan dapat menunjukkan satu pola menyusu dan tidur yang agak tetap. Namun begitu, anda mungkin tidak mendapati sebarang pola yang tetap untuk beberapa bulan lagi. 

Menangis bentuk komunikasi utama

Kini, bayi anda belum lagi menunjukkan sebarang personaliti -- atau apa yang kita boleh kenali sebagai personaliti. Tetapi dia giat mengekspresikan dirinya dengan cara yang paling diketahuinya: menangis. Dia menghabiskan masanya dengan melalui dan merentasi beberapa alam mengantuk, berjaga senyap dan berjaga aktif. Sesudah melalui trauma kelahiran, dia sekarang sedang cuba menguruskan kebanjiran pelbagai rangsangan. Pada bulan ini bayi anda akan menjadi senyap dan tenang apabila anda bercakap dengannya dengan suara lembut dan apabila anda menegakkan badannya. Dia mungkin juga mengeluarkan bunyi "ah" apabila dia mendengar suara anda dan melihat muka anda. Kebanyakan bayi suka dipeluk, dibelai, dicium, diusap, diurut dan didukung. Sentuhan adalah cara penting bagi anda berkomunikasi dengan bayi anda. 

Dia hanya melihat wajah anda

Penglihatan bayi anda masih kabur dan samar-samar. Muka anda adalah yang paling menarik baginya pada masa ini, selain dari objek yang berkontras. Inilah sebabnya mainan hitam dan putih,dan mainan gantungan dikenalkan. Sebenarnya, jangkauan penglihatan bayi baru lahir hanya dalam lebih kurang 12 inci/30 sentimeter. Dalam erti kata lain, bayi anda dapat melihat muka orang yang mendukungnya dengan jelas, tetapi tak boleh nampak lebih jauh dari itu. Kajian menunjukkan bahawa bayi lebih suka melihat muka orang daripada lain-lain pola atau warnaan. Oleh itu, letakkan muka anda berhampiran dengan dengan bayi anda supaya dia boleh mengkaji raut muka, hidung, mata dan mulut anda, dan bercakaplah dengannya. 

Pembelajaran bermula dengan serta-merta

Anda mungkin memerhatikan ada masa tertentu di mana bayi anda yang baru lahir itu senyap dan berjaga. Ini adalah masa yang prima untuk pembelajaran. Gunakan masa-masa ini untuk bermain dan bercakap dengan bayi anda. Tetapi, jika anda cuba berinteraksi dengannya dan dia tidak begitu responsif, dia mungkin terlalu mengantuk atau telah berganjak masuk ke alam berjaga aktifnya. Dari saat awal ini lagi, bayi telah boleh mengecam muka dan gerak isyarat secara intuitif -- dan ada kalanya dia mengajuk gerak-geri ini. Berilah bayi anda yang baru lahir peluang untuk meniru dan mencontohi ekspresi muka anda dengan meletakkan muka anda dekat dengan mukanya dan menjeler lidah atau meninggikan alis mata anda beberapa kali. Kemudian ulangi. Berikan dia sedikit masa untuk meniru ekspresi anda. Dia mungkin tidak memberi respon dengan serta merta, atau mungkin dia tidak berbuat apa-apa, tetapi, anda tak perlu ragu sebab dia pasti memerhatikan anda. 

Bermain dengan bayi baru lahir anda

Mainan gantungan yang mempunyai pola berkontras tinggi dan buku-buku bergambar yang mempunyai lukisan berlakar terang akan menakjubkan bayi anda. Tapi, awasilah reaksi bayi anda terhadap rangsangan dan interaksi. Walaupun memang baik bagi anda membantu dia mempelajari tentang dunianya, setengah bayi hanya boleh menmanfaatkan interaksi untuk masa yang pendek sahaja, atau rangsangan terhadap satu deria sahaja pada sesuatu masa. Bayi anda akan menunjukkan yang dia dirangsang berlebihan dengan menguap, mengalih pandangannya, melengkuk badannya, memusing kepalanya, meragam atau menangis. Dia juga akan memberitahu anda apa yang disukainya, dan percayalah, anda akan memahami isyarat-isyaratnya dalam sedikit masa sahaja. Bayi kagum akan refleksi mereka sendiri. Anda boleh menghiburkannya dengan meletakkan cermin bayi yang tidak boleh pecah di katilnya untuk dia bertatapan. Dia belum lagi dapat mengenali dirinya sendiri tetapi akan memerhatikan pergerakan dalam cermin pada masa-masa tertentu. Gim mainan yang dilengkapi dengan barang yang mampu menambat minat, barang yang boleh dipukul dan mengeluarkan bunyi membolehkan bayi anda melatih kemahiran mengkoordinasikan lengan, tangan dan jarinya -- dan dapat mengurangkan kebosanan berbaring. Pada bulan-bulan pertama, dia belum lagi boleh mengerakkan tangannya secara sedar untuk mencapai objek tertentu – pergerakan seperti ini datangnya kemudian, pada usia empat atau lima bulan. 

Adakah bayi saya berkembang secara normal?

Harus diingat bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian fizikalnya mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Semua di atas hanya merupakan garis panduan am mengenai potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda -- jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi. Dan sekiranya bayi anda dilahirkan pramatang, anda mungkin mendapati bahawa dia memerlukan masa yang lebih lama untuk melakukan sesuatu yang telah dapat dilakukan oleh bayi sama usia dengannya. Sebab itu, kebanyakan bayi yang dilahir pramatang diberi dua kiraan usia oleh pakar pediatrik – usia mengikut kronologi (dikira dari tarikh lahir) dan usia yang diubahsuai (dikira dari tarikh dia dijangka lahir). Anda harus mengukur perkembangan bayi anda berdasarkan usia yang telah diubahsuai, bukan usia kronologinya. Jangan bimbang, kebanyakan doktor menilai perkembangan bayi pramatang berpandukan tarikh dia sepatutnya dilahirkan dan menilai tahap pencapaian kemahirannya dari tarikh itu. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan perkembangan bayi anda, sila bertanya dengan doktor anda. 
Sumber - babycenter

16 Fakta Menakjubkan Bayi Baru Lahir

1# Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan

2# Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.

3# Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

4# Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

5# Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.6# Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

7# Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

8# Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-bunyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan

9# Deria rasa bayi masih tidak terbentuk sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

10# Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

11# Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

12# Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

13# Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.

14# Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.

15# Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

16# Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

Sumber-
http://faktapelik.blogspot.com/2013/01/16-fakta-menakjubkan-bayi-baru-lahir.html

Sunday, 17 March 2013

Pemikiran Dr. Mahathir Tentang Islam

Tajuk : Pemikiran Dr. Mahathir Tentang Islam
Penulis : Ismail Ibrahim
Penerbit :  Utusan Publications
Tahun : 2002
Lokasi : Kuala Lumpur
Harga : RM 7.00
Halaman : 65
ULASAN

tidak banyak yang boleh diulas akan buku setebal 65 muka surat ini. agak ironi apabila idea pemikiran Mahathir tentang ISlam hanya diterjemahkan dalam buku setelbal ini sahaja (atau senipis ini lebih tepat). buku ini pada asalnya adalah sebuah kolokium yang dikembangkan pengisisanya. 

untuk makluman buku ini tidak mempunyai subtopik. tajuk itulah satu-satunya tajuk dan subtajuk buku ini. oleh itu jika anda mahu baca buku ini anda harus fahami bahawa buku ini bercerita akan pemikiran Mahathir tentang Islam di samping ulasan dan pengembangan yang dilakukan oleh penulis.

buku ini pada saya kandunganya hanya apa yang dilakukan oleh Mahathir sepanjang 22 tahun kerjaya beliau sepanjang menjadi Perdana Menteri. namun pada saya penulis hanya menyentuh beberapa aspek dan isu yang disentuh hanya isu muktahir semasa buku ini ditulis.

saya kurang pasti buku ini adalah buku yang membodek atau mengangkat diri penulis itu sendiri. sepanjang saya baca buku ini saya dapati penulis mempunyai hubungan yang agak panjang dengan Mahathir. hubungan yang agak peribadi ini mungkin menjadikan buku ini sedikit memuji. kadang kala pula penulis cuba mempamerkan hubungan dan kaitan beliau dengan mahathir.

MESTI BELI?
sebenarnya tiada apa yang menarik dalam buku ini. kepada pengumpul buku. boleh dibeli dengan harga RM 7.00!!

STAR
4/10

gambar mirip pemimpin tertinggi pembangkang tersebar ?


Gambar hubungan songsang terbongkar

KUALA LUMPUR - Sebanyak 11 keping gambar memaparkan aksi lelaki mirip seorang pemimpin pembangkang sedang melakukan hubungan songsang dengan seorang lelaki di sebuah bilik hotel tersebar di internet.
Ia mula dimuat naik di sebuah blog rajagoyang360.blogspot pada pukul 11.53 malam, tiga hari lalu.
Beberapa blog lain selepas itu turut menyiarkan gambar sama seperti www.papagomo.com, jkkkkotasarangsemut.blogspot.com, http://agendasemasa.com dan www.suarabloggers.com.
Kesemua gambar tersebut dipercayai dirakam melalui dua televisyen litar tertutup yang dipasang di bahagian tepi pintu bilik dan di hadapan katil.
Gambar awal menunjukkan kelibat lelaki mirip pemimpin pembangkang itu masuk ke bilik tersebut sebelum dipeluk seorang lelaki yang memakai baju-T berwarna putih dan tuala dalam gambar kedua.
Gambar ketiga dan keempat pula menunjukkan kedua-duanya berpelukan mesra sebelum lelaki mirip pemimpin pembangkang itu kelihatan seakan-akan menyentuh alat sulit pasangannya sambil asyik bercium.
Lelaki mirip tokoh pembangkang itu kemudiannya menanggalkan baju dan seterusnya berjalan ke katil dalam keadaan bogel.
Gambar seterusnya memaparkan kedua-dua mereka seperti sudah selesai melakukan hubungan songsang. Lelaki mirip pemimpin pembangkang itu berdiri dalam keadaan lengkap berpakaian, sementara pasangannya kelihatan menutup badan dengan selimut.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0317&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2NlO2s9UH 
Hakcipta terpelihara 


SHINICHIPEDIA: hasil carian di google admin menemui gambar2 ini









Pelukan MESRA dua KEKASIH INTIM

 
errmmmmm..... RAJA GOYANG sedang GONCANG
 










http://rajagoyang360.blogspot.com/

Tuesday, 12 March 2013

Peradaban Melayu

Tajuk : Peradaban Melayu
Penulis : Mohd. Koharuddin Mohd. Balwi
Penerbit :  UTM
Tahun : 2005
Lokasi : Skudai
Harga : RM 23.00
Halaman : 216

Sejarah Johor : Kaitanya dengan Negeri Melayu

Tajuk : Sejarah Johor : Kaitanya Dengan Negeri Melayu
Penulis : Shaharom Husain
Penerbit :  Fajar Bakti Sdn Bhd
Tahun : 1995
Lokasi : Shah Alam
Harga : RM 27.00
Halaman : 194

Coin of North Malaya

Tajuk : Coin of north Malaya
Penulis : William Shaw dan Mohd Kassim Haji Ali
Penerbit :  Muzium Negara Malaysia
Tahun : 1971
Lokasi : Kuala Lumpur
Harga : RM 2.00
Halaman : 64

Tempat-Tempat Bersejarah : Perak

Tajuk : Tempat-Tempat Bersejarah : Perak
Penulis : N.A. Halim
Penerbit :  Jabatan Muzium Malaysia
Tahun : 1981
Lokasi : Kuala Lumpur
Harga : RM 10.00
Halaman : 252

Malaysia : Warisan dan Perkembangan

Tajuk : Malaysia : Warisan dan perkembangan
Penulis : Zainal Abidin Abdul Hamid
Penerbit : DBP
Tahun : 1996
Lokasi : Kuala Lumpur
Harga : RM 25.00
Halaman : 473

Masalah perpaduan Nasional

Tajuk : Masalah Perpaduan Nasional
Penulis : Chew Hock Thye
Penerbit :  DBP
Tahun : 1979
Lokasi : Kuala Lumpur
Harga : RM 5.00
Halaman : 225

Pemberotakan Tani 1928 di Terengganu

Tajuk : Pemberontakan Tani 1928 di Terengganu
Penulis : Timah Hamzah
Penerbit :  DBP
Tahun : 1981
Lokasi : Kuala Lumpur
Harga : RM 5.00
Halaman : 141

Pengembaraan Ke Kedah, Perlis dan Kelantan

Tajuk : Pengembaraan Ke Kedah, Perlis dan kelantan
Penulis : Za' ba
Penerbit :  DBP
Tahun : 2008
Lokasi : Kuala Lumpur
Harga : RM 12.00
Halaman : 63

Sejarah perkembangan Pendidikan dan Persekolahan

Tajuk : Sejarah Perkembangan pendidikan dan persekolahan
Penulis : Musa Bin Daia
Penerbit :  Pustaka Aman Press
Tahun : 1966
Lokasi : Kelantan
Harga : RM 3.20
Halaman : 36231

Sunday, 10 March 2013

Taiping : Ibukota Perak


Tajuk : Taiping : Ibukota Perak
Penulis : Khoo Kay Kim
Penerbit :  Persatuan Muzium Malaysia
Tahun : 1981
Lokasi : Kuala Lumpur
Harga : RM 5.00
Halaman : 36

Teluk Anson (Teluk Intan)


Tajuk : Teluk Anson (Teluk Intan)
Penulis : Khoo Kay Kim
Penerbit :  persatuan Muzium Malaysia
Tahun : 1982
Lokasi : Kuala Lumpur
Harga : RM 5.00
Halaman : 48

Dr. Burhanuddin Al Helmy : Pemikir Dan Perjuangan


Tajuk : Dr. Burhanuddin Al Helmy : Pemikir Dan Perjuangan
Penulis : Kamarudin Jaffar
Penerbit :  IKDAS SDN BHD
Tahun : 2000
Lokasi : Kuala Lumpur
Harga : RM 20.00
Halaman : 247

Syed Syeikh Al-Hadi : Sasterawan Progresif Melayu


Tajuk : Syed Syeikh Al-Hadi : Sasterawan Progresif Melayu
Penulis : Talib Samat
Penerbit :  DBP
Tahun : 1992
Lokasi : Kuala Lumpur
Harga : RM 12.00
Halaman : 205

Galileo


Tajuk : Galileo
Penulis : Stillman drake
Penerbit :  DBP
Tahun : 1993
Lokasi : Kuala Lumpur
Harga : RM 6.50
Halaman : 93

Kepercayaan Orang Melayu Berhubung Dengan Pertanian


Tajuk : Kepercayaan Orang Melayu Berhubung Dengan Pertanian
Penulis : Amat Juhari Moain
Penerbit :  DBP
Tahun : 1990
Lokasi : Kuala Lumpur
Harga : RM 10.00
Halaman : 155

Sejarah Revolusi Thai


Tajuk : Sejarah Revolusi Thai
Penulis : Thawatt Mokarapong
Penerbit :  DBP
Tahun : 1997
Lokasi : Kuala Lumpur
Harga : RM 15.00
Halaman : 212

Abdullah Munsyi dan Masyarakat Melayu

Tajuk : Abdullah Munsyi dan Masyarakat Melayu
Penulis : Siti Aishah Murad
Penerbit : DBP
Tahun : 1996
Lokasi : Kuala Lumpur
Harga : RM 10.00
Halaman : 148

Maktab Melayu Melaka : 1900 - 1922

Tajuk : Maktab Melayu Melaka : 1900 - 1922
Penulis : Ramlah Adam
Penerbit :  DBP
Tahun : 1991
Lokasi : Kuala Lumpur
Harga : RM 6.50
Halaman : 139

perwira Malaysia (Sabah) dibunuh kejam?



saya tidak sanggup copy/paste artikel tersebut kerana bimbang ianya satu tuduhan atau maklumat palsu yang boleh mengundang polimik. namun menurut Astro Awani pihak polis mengesahkan bahawa perwira negara dibunuh dengan kejam. dan ada kaitan dengan amalan ilmu hitam dan dadah.

saya juga mempunyai sebuah video yang didakwa video penyiksaan tentera malaysia yang dikerat jari semasa hidup dan lehir di kelar hidup-hidup. menurut artikel dibawah mangsa terselemat dan masih hidup. benarkah video itu adalah tentera/polis Malaysia. sebab suara yang di denganr seakan2 bahasa latin.

jika benar perbuatan kejam ini dilakukan oleh pengganas sulu mereka sepatutnya tidak boleh diabiar terlepas tanpa pembalasan.

kita doakan perjuang kita selamat dan peperangan dapat ditamatkan segera.

klik di bawah untuk artikel

http://nizar-coretanku.blogspot.com/2013/03/pengganas-sulu-bunuh-polis-dengan-kejam.html