PENAJA

Sunday, 17 March 2013

Pemikiran Dr. Mahathir Tentang Islam

Tajuk : Pemikiran Dr. Mahathir Tentang Islam
Penulis : Ismail Ibrahim
Penerbit :  Utusan Publications
Tahun : 2002
Lokasi : Kuala Lumpur
Harga : RM 7.00
Halaman : 65
ULASAN

tidak banyak yang boleh diulas akan buku setebal 65 muka surat ini. agak ironi apabila idea pemikiran Mahathir tentang ISlam hanya diterjemahkan dalam buku setelbal ini sahaja (atau senipis ini lebih tepat). buku ini pada asalnya adalah sebuah kolokium yang dikembangkan pengisisanya. 

untuk makluman buku ini tidak mempunyai subtopik. tajuk itulah satu-satunya tajuk dan subtajuk buku ini. oleh itu jika anda mahu baca buku ini anda harus fahami bahawa buku ini bercerita akan pemikiran Mahathir tentang Islam di samping ulasan dan pengembangan yang dilakukan oleh penulis.

buku ini pada saya kandunganya hanya apa yang dilakukan oleh Mahathir sepanjang 22 tahun kerjaya beliau sepanjang menjadi Perdana Menteri. namun pada saya penulis hanya menyentuh beberapa aspek dan isu yang disentuh hanya isu muktahir semasa buku ini ditulis.

saya kurang pasti buku ini adalah buku yang membodek atau mengangkat diri penulis itu sendiri. sepanjang saya baca buku ini saya dapati penulis mempunyai hubungan yang agak panjang dengan Mahathir. hubungan yang agak peribadi ini mungkin menjadikan buku ini sedikit memuji. kadang kala pula penulis cuba mempamerkan hubungan dan kaitan beliau dengan mahathir.

MESTI BELI?
sebenarnya tiada apa yang menarik dalam buku ini. kepada pengumpul buku. boleh dibeli dengan harga RM 7.00!!

STAR
4/10

No comments:

Post a Comment