Meraikan pengeluaran unit kereta yang ke-100, syarikat pengeluar supercar Koenigsegg telah memperkenalkan model istimewa dalam satu projek one-off - Koenigsegg Agera S Hundra, bertempat di Geneva Motor Show 2013.
Merupakan satu-satunya di dunia, Agera S Hundra dikatakan telah ditempah khas oleh seorang pengumpul kereta dari Malaysia, di mana model tersebut tampil dengan material emas 24 karat dan kerja tangan berasaskan carbon fiber.
Kuasa 1,030hp dengan tork maksimum 1,100Nm pada Agera S Hundra dihasilkan dari enjin V8 twin-turbo bersesaran 5.0 liter. Persoalannya kini adakah supercar tersebut bakal menjadi milik Sultan Johor?
Sumber : Worldcarfans
- Arena kereta
No comments:
Post a Comment