PENAJA

Friday, 22 March 2013

Bagaimana rupa bayi baru lahir

Apa yang boleh diharapkan

Bayi baru lahir mempunyai kepala besar, kaki pendek dan badan besar dan mengembang. Pendek kata, mereka kelihatan seperti makhluk asing. Oleh sebab bayi baru lahir sudah mengambil masa lebih kurang 12 jam untuk keluar dari kanal lahir dalam keadaan tersepit, kepala mereka agak meruncing. Bayi dilahirkan secara pembedahan caesarean lazimnya beruntung dari segi paras rupa, sebab kepala mereka tidak perlu keluar melalui kanal lahir secara tersepit. Jangan bimbang dengan lekuk-lekuk lembut atas kepala bayi anda, diberi nama fontanel, yang membenarkan kepala bayi mengecil supaya dapat muat dan melalui kanal lahir. Fontanel di belakang mengambil masa lebih kurang empat bulan untuk tutup rapat, manakala yang di depan mengambil masa antara sembilan hingga 18 bulan. Anda boleh menduga yang genital bayi anda agak bengkak akibat hormon perempuan yang berlebihan yang diperolehi dari anda sejurus sebelum dilahirkan; muka dan mata mungkin kelihatan bengkak juga. Bibirnya adalah merah jambu dan tangan dan kaki biru selama beberapa jam selepas dilahirkan. 

Kulit bayi anda

Kulit bayi baru lahir berbeza mengikut jumlah minggu anda hamil semasa dia dilahirkan. Bayi pramatang mempunyai kulit yang nipis dan telus dan mungkin diselaputi lanugo, rambut seperti bulu halus. Bayi dilahir pramatang juga akan berlumuran dengan verniks, bahan putih berminyak yang melindungi kulitnya daripada cecair amnion. Bayi penuh bulan dan bayi terlewat lahir hanya mempunyai sedikit bekas-bekas verniks di kelipat kulit mereka. Bayi lewat bulan juga mempunyai kulit yang berkedut sedikit dan jika adapun lanugo, ianya amat sedikit. Tanda-tanda lahir - yang merangkumi tompok-tompok kelabu yang sementara kepada tompok-tompok yang kekal – adalah biasa. Hampir setengah bayi dilahirkan dengan milia, bintik-bintik putih atas muka mereka yang kelihatan seperti jerawat halus. Semua ini akan hilang di suatu masa kelak. 

Adakah dia mempunyai rambut?

Setengah ibubapa merasa amat kecewa sebab bayi mereka botak. Sebenarnya, rambut bayi baru lahir tidak menentukan warna rambut yang dipunyainya kelak. Jika bayi dilahirkan dengan rambut halus, tidak bermakna dia akan mempunyai rambut halus apabila dia besar kelak. 

Bagaimana rupa matanya?

Kebanyakan bayi Asia dan Afrika selalunya mempunyai mata berwarna kelabu atau coklat semasa kelahiran, dan mata menjadi betul-betul coklat atau hitam selepas enam bulan pertama atau selepas setahun. Kanak-kanak kacukan bangsa mempunyai banyak variasi dalam warna mata mereka. Bayi juga berkemungkinan dilahirkan dengan kedua mata berlainan warna, walaupun ini jarang berlaku. Ramai bayi Kaukasia dilahirkan dengan mata biru gelap dan warna mata sebenar - samada coklat, hijau, perang atau biru - tidak akan menjelma untuk beberapa bulan. Warna mata bayi anda beberapa minit selepas dilahirkan tidak akan kekal - pendedahan kepada cahaya menukar warna mata bayi yang asal. 

No comments:

Post a Comment