PENAJA

Monday 25 March 2013

Ismail Ibrahim : Kembara Kehidupan Dari Atap Rumbia Ke Gedung Diplomat

TAJUK : ISMAIL IBRAHIM : KEMBARA KEHIDUPAN DARI ATAP RUMBIA KE GEDUNG DIPLOMAT
PENULIS : ISMAIL IBRAHIM
PENERBIT : YAYASAN ILMUAN
LOKASI : KUALA LUMPUR
TAHUN : 2010
HARGA : RM70.00
HALAMAN :347
ULASAN

Nama Ismail Ibrahim bukin agak kurang dikenali oleh sebahagian besar daripada kita. Saya sekalipun tidak mengetahui akan peranan beliau atau kepentingan beliau di Malaysia sehinggalah saya membaca buku Pemikiran Dr. Mahathir tentang Islam yang beliau tulis. Namun di dalam bahagian biodata penulis, buku ini hanya menyatakan tugus beliau sehingga tahun 1995. Melalui buku ini barulah saya dapat fahami kesinambungan kisah beliau sehingga 2010.

Buku ini adalah sebuah memoir tentang perjalanan kehidupan dan kejaya beliau. Bahagian yang paling banyak diceritakan oleh beliau adalah pengalaman beliau menjadi duta Malaysia Ke Arab Saudi. Ironinya beliau hanya menjadi duta hanya 2 tahun setengah berbanding menerajui IKIM selama 10 tahun.

Ismail Ibrahim pada saya adalah susuk yang patut diangkat lebih tinggi peranannya dalam arus perdana manusia manusia yang penting di Malaysia. Beliau banyak menyumbang tenaga ke arah lahirnya UIA, IKIM dan pernah menjadi pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan. Namun seperti yang beliau katakan, di Malaysia urusan agama sering dianggap mudah dan dianak tirikan.

Buku ini amat menarik di baca dan ada bahagianya agak santai dan ada sebahagian lagi agak berat terutamanya bila masuk isu Asia Barat. Bagi membaca yang tidak mengenali beliau seperi saya tidak perlu risau. Buku ini amat selesa dibaca dan difahami kerana bahasa dan gaya penyampaian yang mudah dan santai.

Gaya penulisan beliau amat bersahaja dan sedikit berbeza dengan penulisan autobiografi yang lain. Ini kerana beliau menulis dengan penulisan mengikut bab tanpa terlalu fokus kepada subtajuk. Saya kira beliau hanya masukan subtajuk selepas selesai menulis keseluruhan buku ini.

Saya agak gemar dengan gaya penulisan karya ini. Walaupun setiap bab agak panjang namun subtajuk agak ringkas dan pendek. Ini memudahkan anda membacanya tanpa rasa bosan. Dari aspek kesalahan juga boleh dianggap sempurna walaupun ada 2,3 kesalahann ejaannyang ketara di halaman yang sama.

Buku ini menarik dibaca kerana beliau adalah seorang anak kampung yang berjaya menjadi duta negara ke Aran Saudi. Siapa pernah menyangka seorang anak kampung boleh masuk ke dalam Kaabah dan bersolat serta berdoa di dalamnya?. Mungkin duta dari negara lain juga perlu menulis kerana setiap negara ada bermacam ragam dan kisah menarik untuk dikongai dan dijadikan pengajaran.

MESTI BELI
buku ini relatif mahal namun menggunakan kertas kilat berkualiti. Sesuai untuk dijadikan sebahagian koleksi istimewa di rak buku anda.

STAR
7/10

No comments:

Post a Comment