Tajuk : Mahathir dan Akhbar
Penulis : Mohd Safar Hasim
Penerbit : Utusan Publications
Tahun : 1996
Lokasi : Kuala Lumpur
Halaman : 228
Harga :
ULASAN
Buku ini merupakan himpunan lebih 16 ucapan Mahathir tentang akhbar sehingga 1996 yang dikumpul oleh penulis. Banyak ucapan-ucapan menarik boleh dibaca di dalam buku ini. Namun dia awal buku ini terdapat 4 bab tentang sejarah akhbar di malaysia dan ulasan awal tentang pemikiran Mahathir berkaitan akhbar di Malaysia dan dunia.
Apa yang menarik pada buku ini adalah keseluruhan buku ini. Ia bermula dengan sejarah akhabr di Malaysia yang mungkin ramai dalam kalangan kita tidak mengetahui dan menyedarinya. Kemudian ucapan-ucapan emas oleh Mahathir berkaitan akhbar dalam perjumpaan, persidangan dan konvenson yang beliau hadiri atau rasmikan.
Walaupun begitu ada beberapa kelemahan atau maklumat yang kurang releven untuk bacaan kita hari ini. Salah satunya adalah berkaitan tahun buku ini diterbitkan iaitu 1996. Politik Malaydia nyata telah banyak berubah terutamanya selepas peristiwa pemecatan Anuar dan kemajuan media elektronik yang membawa kemunculan Astro serta kemudahan media alternatif seperti blog dan laman sosial. Kadang kala anda merasakan isu yang dibincangkan di dalam buku ini telah basi.
Selain itu dalam 4 bab awal jika kita membaca buku ini kita boleh merasakan penulis telah bersikap tidak objektif. Beliau amat kuat menyokong dan cuba mempengaruhi anda untuk menyokong apa sahaja kerajaan lakukan terutamanya berkaitan akhbar. Namun anda akan rasa berpuas hati kerana beliau bukan seorang yang menyokong kerajaan secara pak turut, namun beliau ada alasan dan berdasarkan hujah serta bukti akademik. Teknik inilah yang perlu ada kepada setiap penulis. Menulis dengan bukti dan hujah yang ilmiah, bukan emosi dan taksub semata.
Jika menyentuh tentang pemikiran Mahathir berkaitan dengan kebebsan media, saya dapati ada 1 masalah besar yang dinafikan atau beliau sendiri tidak sedar. Masalah itu adalah, beliau tidak pernah menyentuh tentang pihak kerajaan yang cuba mempergunakan akhbar dan menyebarkan propaganda kerajaan melalui media. Ini sebenarnya yang menyebabkan massa kurang suka media yang terikat dengan kerajaan. Lazimnya media akan dijadikan alat untuk menyebarkan propaganda kerajaan dan menjadi pengampu kerajaan. Ini sebenarnya yang dituntut rakyat dalam amalan kebebasan media
MESTI BELI?
Amat menarik dimiliki walaupun buku ini agak lama diterbitkan. Segala buku tentang Mahathir jujurnya amat berharga!.
STAR
6/10
No comments:
Post a Comment