PENAJA

Saturday 2 March 2013

PM Lancar Nombor Plat 1M4U


SUBANG JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan nombor plat 1M4U bersempena dengan Persidangan Antarabangsa Mengenai Belia dan Kesukarelawanan (1M4U).
Terdapat 9,999 nombor plat untuk dimiliki, dengan Najib antara yang pertama memperolehinya.
Beliau akan memperoleh nombor plat 1M4U 11 memandangkan 11 merupakan angka kegemarannya.
Berucap pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Belia dan Kesukarelawanan (1M4U) di Taylor's Universiti di sini pada Sabtu, beliau berkata wang yang diperoleh menerusi penjualan nombor plat itu akan digunakan untuk membiayai aktiviti 1M4U.
Nombor plat tersebut akan mula dijual menerusi bidaan secara dalam talian bermula 11 Mac.
-mstar

No comments:

Post a Comment