PENAJA

Tuesday 5 March 2013

IBNU KHALDUN : RIWAYAT HIDUP & KARYANYA


TAJUK : IBNU KHALDUN DAN KARYANYA
PENULIS : MOHAMMAD ABDULLAH ENAN
PENERBIT : ITNM
TAHUN : 2012
LOKASI : KUALA LUMPUR
HARGA : RM25.00
MUKA SURAT : 140


ULASAN
ini adalah sebuah buku kecil yang agak bernilai. mungkin anda tidak mampu atau boleh mendapatkan karya agung Ibnu Khaldun, namun sekurang-kurangnya anda boleh membaca buku ini. ia adalah ringkasan kepada Mukadimah atau barat menyebutnya Prolegomena.

buku ini terbahagi kepada 2 bahagian. bahagian pertama adalah berkaitan kehidupan Ibnu Khaldun dan bahagian kedua bertajuk Kecendakiawan dan warisan sisoal Ibnu Khaldun. 

buku ini pada saya amat menarik. ini kerana saya sering mendengar nama tokoh ini dan amat biasa dengan karya yang bernama Mukadimah. namun saya tidak pernah membaca malah melihat karya agung itu. namun dengan adanya buku ini dapat saya memahami apa yang terdapat pada buku hebat tersebut. 

pada saya buku ini boleh dijadikan pendahuluan kepada akrya Mukamidah. ini kerana buku ini ibarat ringasan setiap bab dalam Mukadimah dan ditambah sedikit kajian dan hujah-hujah yang menarik. pada saya buku ini agak ilmiah dan hampir objektif. sebenarnya amat jarang memperoleh sebuah buku bahasa melayu yang mempunyai  keobjektifan terutamanya apabila membaca buku berkaitan seseorang tokoh. dan buku ini adalah antara yang amat hampir. saya memuji penulis buku ini. tahniah!. ini kerana dalam buku ini penulis tanpa ragu-ragu dan berselindung untuk menceritakan tentang sikap kurang baik Ibnu Khaldun dalam buku ini. contohnya sikap yang suka berpaling tadah untuk mencapai cita-cita, gila pangkat dan kuasa dan banyak lagi. penulisan yang serupa inilah yang harus diperbanyakan. jika anda membaca buku ini anda akan mendapati bahawa Ibnu Khaldun bukanlah seorang manusia suci atau ilmuan yang amat baik dan alim. beliau adalah manusia biasa yang amat bercita-cita dan akan melakukan apa sahaja untuk mencapainya. jika saya tidak membaca buku ini mungkin saya akan terus membayangkan Ibnu Khaldun yang terkenal itu sebagai manusia suci seperti tokoh-tokoh Islam yang lain

jika anda merupakan seorang yang suka "mencari tulang dalam telur", pasti anda akan berjumpa dengan beberapa kelemahan dalam buku ini. pada saya kelumahan ketara adalah kandungan yang tidak banyak. seperti saya katankan, ia seakan-akan pendahuluan kepada sebuah kajian. hanya membuat ulasan dari Mukadimah cuma ditambah sedikit kajian dan maklumat lain. pada saya buku ini bila dibaca kurang seronok kerana banyak nama-nama dan lokasi yang diceritakan agak asing untuk saya. ini memnyebabkan saya gagal berimaginasi dan teruja semasa membaca. walaupun buku ini agak nipis namun tulisan agak kecil dan bagi anda yang tidak suka membaca buku ini akan membosankan kerana tida sebarang gambar dan hanya tuliusan yang berjela.

MESTI BELI
kepada mereka yang minat baca dan tidak mampu membeli Mukadimah buku ini amat bernilai dimiliki. mungkin anda  bukan orang sejarah jika tidak memiliki sebuah buku berkaitan IBnu Khaldun!

STAR
6/10


2 comments:

  1. nak beli cmne buku ni?

    ReplyDelete
  2. Boleh beli online d web mph online...mph publication

    ReplyDelete