40.Iktibar
/Nilai/
Unsur
Patriotisme
yang diperoleh
berdasarkan
tajuk yang dikaji
|
Antara iktibar yang diperoleh ialah kita hendaklah sentiasa
menunjukkan kecintaan kepada negara untuk mengekalkan kedaulatan negara.
Selain itu, kita haruslah bekerjasama dalam mencapai matlamat negara.
Kita juga perlu berganding bahu untuk membangunkan negara supaya negara kita
setanding dengan negara-negara maju. Seterusnya, kita mestilah berani dan
tabah menghadapi cabaran.
Di samping itu, kita haruslah setia kepada pemimpin dan berhati-hati
dengan orang asing supaya negara kita tidak lagi dijajah semula.
Antara nilai yang kita perlu amalkan ialah sentiasa menunjukkan
semangat kekitaan dan kesamarataan dalam apa-apa jua tindakan yang dilakukan.
Selain itu, kita perlu menunjukkan kerjasama dan hidup saling
hormat-menghormati di antara pelbagai kaum di Malaysia. Kita juga perlu
menunjukkan nilai menghargai dan menghormati agama kaum lain. Kita juga
sentiasa saling memahami dan bertoleransi dalam apa - apa jua perkara yang
dilakukan.
Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai unsur patroitik, kita
perlu bersifat terbuka dengan menyokong perubahan dari semasa ke semasa untuk
ke arah kebaikan. Selain itu, perpaduan harus diamalkan sepanjang masa supaya
keamanan negara dapat dikekalkan. Sebagai rakyat juga, kita perlu berbangga
dengan kejayaan dan keunikan negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan
budaya.
Akhir sekali kita juga wajar menunjukkan penghormatan terhadap
kepimpinan negara dan sentiasa bersyukur dengan kemerdekaan Malaysia yang
sudah berusia 60 tahun.
|
41.Rumusan
|
Antara Pengetahuan yang saya perolehi ialah imperialisme Barat
di asia Tenggara telah mencetuskan gerakan nasionalisme dalam kalangan rakyat
tempatan. Saya juga dapat mengetahui usaha masyarakat tempatan menentang
penjajahan. Penentangan didorong oleh hasrat membebaskan negara daripada
kuasa penjajah. Abad ke-19 dan abad ke-20 mengetengahkan ramai pemimpin
tempatan daripada pelbagai latar belakangan bangkit menentang penjajah.
Perubahan pentadbiran penjajah mendatangkan pelbagai kesulitan kepada
penduduk tempatan. Penjajahan British telah meninggalkan pelbagai impak dalam
aspek politik, ekonomi dan sosial.
Antara nilai murni yang dapat diterapkan ialah semangat
juang yang kental dalam mempertahankan tanah air. Selain itu mempertahankan
kedaulatan negara dengan memiliki sikap berani menentang musuh.
Di samping itu, memiliki jati diri yang tinggi agar tidak mudah
menerima pengaruh luar. Selanjutnya tidak mudah berputus asa dengan
menunjukkan semangat setia negara yang tinggi.
Akhirnya kesanggupan bekorban demi agama, bangsa dan negara
dengan mengetepikan kepentingan diri.
Antara unsur patriotik yang boleh diterapkan dalam diri ialah cinta
akan negara yang tinggi dan berkorban nyawa. Contohnya penentangan
Tok Janggut. Selain itu, bersatu padu dan mempunyai semangat
kekitaan bagi mewujudkan keharmonian negara.
Di samping itu setiap rakyat perlu bertanggungjawab menjaga
kedaulatan dan kemerdekaan negara
Harapan saya agar rakyat Malaysia dapat memperkukuh semangat
nasionalisme yang tinggi. Hal ini juga, supaya dapat pertahan negara
daripada campur tangan kuasa asing dan seterusnya dapat mengekalkan
kedaulatan negara. Akhir sekali semoga rakyat Malaysia saling
menghormati antara satu sama lain untuk mewujudkan negara yang
cemerlang, gemilang dan terbilang di mata dunia
|
PENAJA
Monday, 30 October 2017
PART 8 SET 2 : NASIONALISME DI ASIA TENGGARA - SPM KERTAS 3 TAHUN 2017
PART 7 SET 2 : NASIONALISME DI ASIA TENGGARA - SPM KERTAS 3 TAHUN 2017
32.Langkah untuk
mengekalkan
keamanan
serantau
Menghalang
kuasa asing /
besar daripada
mengancam
keamanan
serantau di asia
tenggara pada
hari ini
|
Langkah yang perlu dilakukan untuk
mengekalkan keamanan serantau ialah dengan penubuhan Persatuan Negara-negara
Asia Tenggara (ASEAN). Penubuhan ASEAN dapat mewujudkan kerjasama yang baik
antara negara anggota dari segi politik, ekonomi dan sosial.
Demi keamanan dan kestabilan
politik di Asia tenggara, negara-negara Asia Tenggara melalui pertubuhan
ASEAN telah mengeluarkan deklarasi
bersama, iaitu melalui Deklarasi Kuala Lumpur yang bersepakat mengisytiharkan
negara-negara ASEAN sebagai Zon Aman,
Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN). Melalui pertubuhan ini, negara-negara di
Asia Tenggara tidak bersekongkol dengan mana-mana blok Barat dan blok Timur
bagi mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar dunia.
Selain
itu, dalam mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN 1984 telah memutuskan bahawa
ASEAN merupakan Zon Bebas Senjata
Nuklear. Melalui mesyuarat tersebut, ASEAN telah membuat ketetapan tidak
akan membenarkan mana-mana kapal menggunakan perairannya dan kemudahan
pelabuhannya untuk mengangkut bahan dan senjata nuklear.
Dalam mengekalkan keamanan
serantau juga, ASEAN mengiktiraf dan menghormati
undang-undang negara anggota dengan tidak mencampuri urusan politik
negara mereka. Sebagai negara anggota ASEAN, ahli-ahli perlu mengelakkan
isu-isu sensitif yang boleh mewujudkan ketegangan di antara negara-negara
anggota. Contohnya isu bendera Indonesia yang dicetak terbalik.
Keamanan serantau juga dapat
dikekalkan dengan cara perundingan antara negara-negara serantau tanpa
menggunakan kekerasan dan ketenteraan. ASEAN juga menghormati prinsip
menghormati hak asasi bersama bagi mengelakkan ketegangan antara
negara-negara anggota contohnya isu Rohingya.
|
33.Ciri-Ciri / Sifat
Warga Malaysia
Yang Mempunyai
Semangat
Nasionalisme
Yang Tinggi.
|
Antara ciri warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme yang
tinggi adalah mempunyai semangat cinta akan negara yang kental. Perasaan
sayang akan negara diterjemahkan dengan mematuhi undang-undang negara.
Malahan perasaan bangga menjadi warga Negara Malaysia melangkaui semangat
perkauman dan kenegerian.
Selain itu , menghormati tokoh-tokoh negarawan yang banyak berjasa
sebelum dan selepas kemederkaan perlu dipupuk sebagai tanda penghargaan
kepada mereka. Jasa dan pengorbanan mereka perlu diingati dan dihargai serta
dijadikan sumber inspirasi terutama kepada generasi muda.
Seterusnya, setiap warga Malaysia mesti berpegang teguh dengan prinsip
Rukun Negara yang menjadi panduan kepada semua warga. Nilai agama dan budaya
perlu diamalkan demi memperkukuhkan jati diri sebagai rakyat Malaysia yang
baik. Warga Malaysia seharusnya berani,bijak dan yakin dalam sebarang
tindakan demi menjaga nama baik negara sama ada di dalam dan di luar
negara.
Di samping itu, mempunyai semangat juang untuk mempertahankan
kedaulatan negara daripada ancaman penceroboh atau anasir asing. Ini penting
untuk mengekalkan keharmonian dan kemakmuran negara.
Warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi akan
mengutamakan perpaduan dan sanggup bekerjasama dengan pelbagai kaum untuk
memastikan kesejahteraan dan keamanan negara.Warga Malaysia juga sewajarnya
mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai melambangkan
penyatuan bangsa.
Seterusnya, warga Malaysia juga mesti menguasai pelbagai cabang ilmu
pengetahuan seperti teknologi dan kemahiran ICT untuk menjadi sebuah negara
maju menjelang tahun 2020.Akhir sekali warga Malaysia seharusnya mengutamakan
pembelian barangan buatan Malaysia sebagai sumbangan dalam pembangunan
ekonomi negara.
|
34.Cabaran
dan
langkah yang
dihadapi oleh
negara dalam
usaha memupuk
/memperkasakan
semangat
nasionalisme
dalam kalangan
rakyat.
|
Cabaran yang dihadapi dalam usaha memupuk semangat nasionalisme adalah
kesukaran mengukuhkan perpaduan di Malaysia kerana kepelbagaian kaum yang
terdapat dalam negara.
Selain itu pengaruh luar juga menyebabkan kurangnya semangat
nasionalisme dalam kalangan rakyat kerana mereka lebih tertarik dengan budaya
luar berbanding budaya sendiri.
Perkembangan teknologi yang melalaikan juga menyebabkan kurangnya
semangat nasionalisme terutama dalam kalangan remaja. Mereka lebih suka
berhibur daripada membaca dan mencari maklumat berkaitan sejarah negara.
Di samping itu kurang kerjasama pelbagai pihak berwajib dalam
mengadakan program-program yang berunsur patriotisme menyebabkan semangat
nasionalisme kurang dihayati.
Akhir sekali wujudnya jurang perbezaan
pendidikan seperti memilih sekolah mengikut kelompok kaum masing-masing. Ini
menyebabkan sukar untuk menwujudkan semangat nasionalisme dalam diri pelajar.
|
35.Langkah-langkah
untuk mengatasi
cabaran di atas
|
Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran dalam memupuk semangat
nasionalisme dalam kalangan rakyat adalah semua rakyat haruslah mengukuhkan
perpaduan dengan menjayakan konsep 1 Malaysia yang dapat menyatupadukan semua
kaum dan menwujudkan perpaduan.
Selain itu pihak yang berkenaan contohnya pihak media haruslah menapis
pengaruh luar sebelum disiarkan. Rakyat juga haruslah bijak memilih maklumat
yang disampaikan.
Seterusnya ibu bapa haruslah memantau penggunaan teknologi supaya
anak-anak hanya mengakses maklumat yang positif dan bermanfaat. Ini penting
supaya anak-anak mempunyai ilmu pengetahuan tanpa mengenepikan nilai-nilai
murni seperti berakhlak mulia dan bertanggungjawab.
Kerajaan wajib meningkatkan kerjasama daripada pelbagai pihak untuk
menganjurkan program-program berunsurkan nasionalisme. Contohnya, Syarahan
kemerdekaan dan kuiz kenegaraan.
Akhir sekali menubuhkan sekolah wawasan boleh menaikkan semangat nasionalisme
rakyat kerana pelajar boleh bergaul dan bekerjasama dalam satu sekolah
walaupun berlainan kaum.
|
36.Kesan yang akan
Berlaku sekiranya
sikap ini tidak
dibendung
|
Kesan yang akan berlaku sekiranya sikap ini tidak dibendung ialah
generasi muda akan berpecah belah. Selain itu, keamanan dan keharmonian
negara juga akan terancam. Seterusnya, lahirnya individu yang mementingkan
diri sendiri.
Di samping itu, generasi muda juga
akan hilang jati diri. Seterusnya, minda generasi muda akan mudah dijajah dan
terpengaruh dengan anasir-anasir luar. Gejala sosial dalam kalangan generasi
muda turut meningkat dan sukar
dibendung.
Selain itu,perasaan bangga sebagai
rakyat Malaysia tidak akan wujud.
Generasi muda juga tidak akan menghormati Rukun Negara. Seterusnya,
pertahanan negara juga akan menjadi lemah.Wawasan 2020 turut tidak akan
tercapai.
|
37.Kesan Sekiranya
Rakyat Malaysia
Tidak
Mengamalkan
Semangat
Nasionalisme
|
Sekiranya rakyat Malaysia tidak
mengamalkan semangat Nasionalisme, akan memberikan kesan kepada sistem
politik, ekonomi dan sosial negara kita.
Kesan dari segi politik sekiranya rakyat Malaysia tidak mengamalkan
semangat nasionalisme, akan menyebabkan sistem pentadbiran negara merosot.
Sistem politik menjadi tidak stabil
akan memudahkan negara kita dijajah semula. Selain itu pemimpin
tidak mempunyai sifat intergriti dan
akan mengakibatkan negara berasa dalam keadaan kucar-kacir dan porak peranda.
Kesan dari segi ekonomi sekiranya rakyat Malaysia tidak mengamalkan
semangat nasionalisme, ekonomi negara akan merosot kerana hasil ekonomi
negara akan dimonopoli oleh kuasa asing. Malah pelabur asing juga kurang
berminat untuk melabur di negara kita.
Kesan dari sudut sosial sekiranya rakyat Malaysia tidak mengamalkan
semangat nasionalisme, rakyat akan hidup tidak bersatu padu kerana tiada
semangat kerjasama antara kaum. Jesturu itu kemakmuran negara akan tergugat
disebabkan tiada semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia. Tanpa
semangat cinta akan negara keharmonian hidup akan pudar kerana rakyat mula
mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan rakyat yang hidup dalam
kemiskinan. Hal ini juga akan membawa kepada munculnya sikap perkauman.
Tanpa semangat nasionalisme, masyarakat akan hilang jati diri.
Buktinya pada hari ini didapati rakyat mudah terpengaruh dengan budaya barat
yang negatif dan membiarkan minda mereka terus terjajah tanpa mereka sedari.
Inilah kesan sekiranya rakyat tidak mempunyai semangat nasionalisme.
|
38.Peranan anda
untuk
memperkasa
semangat
nasionalisme
|
Saya perlu berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dalam
pelbagai bidang. Melalui ilmu pengetahuan saya dapat memberi sumbangan untuk membangunkan Negara Saya juga perlu mengamalkan sikap bertoleransi. Seterusnya mengukuhkan kerjasama antara kaum bagi mengukuhkan
perpaduan. Menyentuh perkara sensitif
yang melibatkan hal-hal seperti agama dan kepercayaan, adat, bahasa dan
sebagainya perlu dielakkan. Malah segala permasalahan
perkauman perlu dibincang dengan hati dan fikiran yang terbuka.
Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, saya
akan sentiasa mengamalkan dan menghayati kandungan
Rukun Negara. Bagi aspek “Kepercayaan Kepada Tuhan” saya sentiasa mematuhi ajaran agama. Ini
kerana mengamalkannya saya akan menjadi warganegara
yang baik dan mudah diurus. Pengamalannya juga dapat menghindari diri saya daripada melakukan perkara yang tidak
bermoral dan merugikan negara. Contohnya
vandalisme, gangsterisme, membuang
masa dan sebagainya. Pengukuhan pegangan agama dan nilai-nilai moral akan mengukuhkan jati diri. Kesannya saya dapat menangkis pengaruh-pengaruh luar yang negatif.
Selain itu saya akan sentiasa mematuhi untdang-undang negara. Ini akan dapat memastikan keamanan dan keharmonian wujud dalam
masyarakat. Keamanan membolehkan
kehidupan yang berkait dengan ekonomi, social dan politik dapat berjalan
dengan lancar.
Saya akan sentiasa mengamalkan
nilai-nilai murni dalam kehidupan. Selain bersopan santun dan
bertatasusila, saya juga perlu
mengamalkan nilai-nilai murni yang lain. Contohnya bersikap amanah,
bertanggungjawab, hormat-menghormati, yakin pada diri sendiri dan sebagainya.
Amalan nilai murni seperti ini akan menjadikan saya seorang yang mempunyai sahsiah yang terpuji. Sikap
ini menjadikan aset negara yang
berguna.
|
39.Hubung
kait
Sistem Birokrasi
Barat di Asia
Tenggara dengan
corak
pentadbiran
negara Malaysia
hari ini.
|
Hubung kait sistem birokrasi barat di Asia Tenggara dengan corak
pentadbiran di Malaysia ialah dapat mewujudkan pentadbiran lebih licin dan
sistematik. Hal ini kerana sistem
birokrasi barat telah memperkenalkan jabatan-jabatan kerajaan seperti Jabatan
Pelajaran, Jabatan Pertanian dan sebagainya.
Di Malaysia kini wujudnya kementerian dan jabatan kerajaan di
peringkat pusat, negeri dan daerah.
Selain itu, sistem birokrasi barat telah menyatukan wilayah-wilayah
dan mewujudkan penubuhan kerajaan pusat. Penubuhan kerajaan pusat ini menjadi
asas pembentukan kerajaan persekutuan bermula dengan Persekutuan Tanah Melayu
1948, Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan kini Persekutuan Malaysia 1963
Hubung kait seterusnya berkaitan undang-undang. Sistem birokrasi barat telah memperkenalkan
dan melaksanakan undang-undang Barat.
Perlembagaan Malaysia juga digubal berasaskan undang-undang Barat dan
disesuaikan mengikut perkembangan budaya rakyat Malaysia.
Tambahan lagi, hubung kait sistem birokrasi Barat dapat dilihat
melalui corak pentadbiran di Malaysia masa kini iaitu konsep penyatuan
wilayah. Semasa penjajahan Barat,
konsep ini telah meluaskan wilayah jajahan takluk British manakala semasa
penubuhan Malaysia, konsep ini digunapakai untuk menggabungkan Sabah dan
Sarawak yang merupakan wilayah yang baru pada ketika itu.
Hubung kait juga dapat dilihat dari segi pengekalan institusi beraja
di negara kita. Dalam sistem birokrasi
Barat raja-raja Melayu tidak dihapuskan tetapi hanya mengurangkan kuasa
raja-raja Melayu. Dalam pentadbiran
Malaysia kini juga peranan Yang Dipertuan Agong adalah sebagai ketua negara
namun kuasanya tertakluk kepada perlembagaan Malaysia.
Hubung kait seterusnya, kedua-dua sistem ini memberi peluang kepada
rakyat untuk memilih pemimpin. Sistem
birokrasi Barat telah memperkenalkan amalan demokrasi melalui pilihanraya yang
memberi peluang kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka. Calon atau parti politik yang mendapat undi
yang banyak daripada rakyat akan terpilih menjadi pemimpin.
Hubung kait dari segi ekonomi pula ialah ekonomi Asia Tenggara
dikuasai oleh kuasa-kuasa Barat.
Mereka memperkenalkan sektor pertanian yang lebih maju seperti tanaman
baru iaitu getah dan kelapa sawit, teknologi dan bidang perlombongan dan
sebagainya. Pada masa kini, kepimpinan
dan pentadbiran Malaysia masih menggalakkan pelabur-pelabur dari negara luar
untuk melabur dalam ekonomi Malaysia.
Dengan ini, ekonomi negara Malaysia bertambah maju.
Sistem birokrasi Barat yelah mewujudkan kemudahan atau prasarana yang
memberi kepentingan kepada pentadbiran mereka. Contohnya, mereka telag mendirikan
hospital, jalan raya dan landasan kereta api di kawasan bandar. Kemudahan ini kemudiannya dinaik taraf,
dimajukan dan diperluaskan ke seluruh negara Malaysia oleh kepimpinan
kerajaan Malaysia.
|
PART 6 SET 2 : NASIONALISME DI ASIA TENGGARA - SPM KERTAS 3 TAHUN 2017
26.Masalah/
Cabaran/
Rintangan
Untuk
Mengekalkan
Kemerdekaan
|
Untuk mengekalkan kemerdekaan negara bukanlah suatu perkara yang
mudah. Terdapat pelbagai cabaran untuk
memastikan kedaulatan negara ini sentiasa terpelihara.
Antara cabaran untuk mengekalkan kemerdekaan di negara kita ialah
berlakunya keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat seperti penagihan
dadah, berjudi dan sebagainya. Kesannya negara kehilangan pelapis generasi
kepimpinan dan akan menyebabkan pembangunan negara terbantut.
Selain itu jurang ekonomi antara kaum juga menggugat kemerdekaan
negara kerana keadaan ini akan mewujudkan
perasaan tidak puas hati serta permusuhan antara kaum.
Pencerobohan sempadan negara oleh pihak musuh juga mengancam
keselamatan negara dan boleh menggugat kedaulatan negara kita.
Kemasukan pendatang asing tanpa izin juga akan menggugat keselamatan
negara. Hal ini disebabkan terdapat pendatang ini merupakan penjenayah yang
dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara mereka.
Seterusnya cabaran untuk mengekaklan kemerdekaan negara ialah masalah
perpaduan kaum. Sekiranya tidak wujud perpaduan maka negara akan kucar-kacir
dan membawa kepada campur tangan kuasa luar di negara kita.
Selain itu negara menghadapi cabaran untuk mengukuhkan pertahanan
negara Negara kita kekurangan senjata moden untuk menjaga keselamatan
daripada ancaman musuh.
Malaysia juga menghadapi cabaran untuk mengekalkan kemerdekaan kerana
kurangnya penguasaan ilmu dalam kalang kalangan generasi muda hari ini. Masih
ramai rakyat Malaysia yang tidak berpendidikan tinggi dan kurang kesedaran
tentang pentingnya pelajaran.
Selain itu masyarakat kita juga mudah terpengaruh dengan dakyah atau
ideologi yang boleh memecahbelahkan perpaduan kaum. Contohnya Daesh, IS dan
sebagainya. Kumpulan Daesh bukan sahaja boleh menggugat keselamatan negara
tetapi juga boleh mewujudkan permusuhan dengan negara luar apabila ada rakyat
negara ini yang terlibat dalam kumpulan itu.
Begitu juga dengan demonstrasi jalanan untuk menyuarakan ketidakpuasan
hati tanpa mematuhi undang-undang negara boleh mengancam keselamatan negara
dan menjatuhkan imej negara di mata dunia.
Seterusnya campurtangan kuasa besar juga boleh mengancam keselamatan
dan kemerdekaan negara. Cabaran seterusnya
bagi mengekalkan keamaan negara ialah kesukaran memupuk nilai-nilai
patriotiesme dalam kalangan generasi muda masa kini. Generasi muda hari ini
lebih seronok dengan hiburan-hiburan yag menyeronokkan.
|
27.Penjajahan
/
Imperialisme/
bentuk Baharu
|
Untuk mengekalkan kemerdekaan negara bukanlah suatu perkara yang
mudah. Terdapat pelbagai cabaran untuk
memastikan kedaulatan negara ini sentiasa terpelihara.
Antara cabaran untuk mengekalkan kemerdekaan di negara kita ialah
berlakunya keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat seperti penagihan
dadah, berjudi dan sebagainya. Kesannya negara kehilangan pelapis generasi
kepimpinan dan akan menyebabkan pembangunan negara terbantut.
Selain itu jurang ekonomi antara kaum juga menggugat kemerdekaan
negara kerana keadaan ini akan
mewujudkan perasaan tidak puas hati serta permusuhan antara kaum.
Pencerobohan sempadan negara oleh pihak musuh juga mengancam
keselamatan negara dan boleh menggugat kedaulatan negara kita.
Kemasukan pendatang asing tanpa izin juga akan menggugat keselamatan
negara. Hal ini disebabkan terdapat pendatang ini merupakan penjenayah yang
dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara mereka.
Seterusnya cabaran untuk mengekaklan kemerdekaan negara ialah masalah
perpaduan kaum. Sekiranya tidak wujud perpaduan maka negara akan kucar-kacir
dan membawa kepada campur tangan kuasa luar di negara kita.
Selain itu negara menghadapi cabaran untuk mengukuhkan pertahanan
negara Negara kita kekurangan senjata moden untuk menjaga keselamatan
daripada ancaman musuh.
Malaysia juga menghadapi cabaran untuk mengekalkan kemerdekaan kerana
kurangnya penguasaan ilmu dalam kalang kalangan generasi muda hari ini. Masih
ramai rakyat Malaysia yang tidak berpendidikan tinggi dan kurang kesedaran
tentang pentingnya pelajaran.
Selain itu masyarakat kita juga mudah terpengaruh dengan dakyah atau
ideologi yang boleh memecahbelahkan perpaduan kaum. Contohnya Daesh, IS dan
sebagainya. Kumpulan Daesh bukan sahaja boleh menggugat keselamatan negara
tetapi juga boleh mewujudkan permusuhan dengan negara luar apabila ada rakyat
negara ini yang terlibat dalam kumpulan itu.
Begitu juga dengan demonstrasi jalanan untuk menyuarakan ketidakpuasan
hati tanpa mematuhi undang-undang negara boleh mengancam keselamatan negara
dan menjatuhkan imej negara di mata dunia.
Seterusnya campurtangan kuasa besar juga boleh mengancam keselamatan
dan kemerdekaan negara. Cabaran seterusnya
bagi mengekalkan keamaan negara ialah kesukaran memupuk nilai-nilai
patriotiesme dalam kalangan generasi muda masa kini. Generasi muda hari ini
lebih seronok dengan hiburan-hiburan yag menyeronokkan.
|
28.Kesan
penjajahan /
imperialisme
bentuk baharu.
|
Penjajahan bentuk baharu meninggalkan kesan yang membimbangkan semua
pihak. Antaranya ialah sesebuah negara akan menjadi tidak stabil dari segi politik, ekonomi dan
sosial.Hal ini disebabkan kerap berlaku perebutan kuasa dan jawatan. Pemimpin
yang dipilih ditaja oleh kuasa asing yang ingin menguasai sesebuah negara.
Contohnya kepimpinan kerajaan Afganistan yang dibantu oleh Amerika syarikat.
Keadaan ini akan melahirkan pemimpin
tidak berwibawa memerintah negara. Mereka terpaksa megikuti arahan pihak luar
yang berkepentingan dalam sesuatu perkara seperti pengaruh Amerika Syarikat
di Iraq yang ingin menguasai pengeluaran minyak.
Selain itu, Kesan jelas penjajahan bentuk baru adalah dalam bidang
ekonomi. Negara kaya akan meluaskan penguasaan ekonomi di negara yang lemah.
Mereka menguasai pengeluaran bahan mentah, mengawal pasaran dan pelaburan.
Negara yang lemah terpaksa bergantung kepada mereka seperti di negara-negara
sedang membangun. Hal iini disebabkan negara kaya mempunyai pengaruh dan
kawasan pasaran yang luas.
Selain itu kehilangan jati diri bangsa. Generasi muda leka dengan
budaya asing yang disebar melalui hiburan, fahaman liberalisme, seks bebas
dan dadah. Apabila generasi muda rosak maka kemajuan negara akan terjejas.
Kesan lain ialah penularan budaya dan nilai Barat yang merosakkan
akhlak dan minda anak muda. Penularan budaya ini diserapkan melalui filem,
drama, iklan, majalah dan media sosial yang menyebabkan peningkatan jenayah,
masalah gejala sosial dan dadah dalam masyarakat kita hari ini.
Pengaruh barat yang menggugat keamanan negara ialah kebebasan bersuara
tanpa menghormati dan mematuhi undang-undang negara. Mereka menghasut
kebangkitan rakyat melalui siri-siri demostrasi yang menggugat kestabilan
negara.
Selain itu, ancaman penjajahan bentuk baru ialah perpaduan antara kaum
akan runtuh. Fahaman individualisme, perkauman dan tidak menghormati agama,
bahasa dan budaya kaum lain akan meruntuhkan keharmonian hidup rakyat
berbilang kaum di negara kita.Kesannya negara akan kucar-kacir dan keamanan
negara akan tergugat.
|
29.Langkah
/
Cara / Usaha
Memupuk
Semangat
Nasionalisme.
@ Langkah
Mengatasi
Penjajahan
Bentuk Baharu
|
Langkah-langkah yang boleh dilakukan
untuk memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat bermula dengan
peranan ibu bapa. Ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik kepada
anak-anak. Ibu bapa juga perlu membawa anak-anak melawat tempat-tempat
bersejarah seperti Tugu Negara, Bandar Hilir Melaka dan muzium-muzium.
Selain itu, ibu bapa juga boleh
bercerita kepada anak-anak tentang kisah tokoh zaman dahulu membangunkan
negara. Ibu bapa boleh membelikan anak-anak buku dan DVD yang mengandungi
isu-isu berkaitan patriotisme.
Sementara itu, langkah Kementerian
Pendidikan memupuk semangat ini dengan menjadikan subjek Sejarah sebagai
subjek wajib belajar dan wajib lulus dalam peperiksaan seperti hari ini
adalah langkah yang bijak. Hal ini menyebabkan semua rakyat Malaysia
‘terpaksa’ mempelajari Sejarah negara dan sekali gus menghargai kebebasan
yang telah kita kecapi.
Seterusnya guru juga dapat menerapkan
elemen patriotisme melalui mata pelajaran seperti Sejarah, Sivik dan Kewarganegaraan,
Bahasa Melayu dan sebagainya. Guru juga boleh melibatkan pelajar-pelajar
menyertai pelbagai aktiviti seperti ucapan, pidato, bahas dan pintomin pada
bulan kemerdekaan.
Selain itu, pihak Kementerian melalui
institusi pendidikan juga boleh menganjurkan aktiviti-aktiviti patriotisme
bersempena Sambutan bulan Kemerdekaan seperti deklamasi sajak, debat,
perarakan dan lain-lain menerusi media cetak dan elektronik.
Di samping itu, media massa seperti
stesen televisyen dapat membantu memupuk semangat nasionalisme dengan
menyiarkan filem-filem yang mengisahkan semangat cintakan Negara. Contohnya
filem Bukit Kepong dan Sarjan Hassan.
Selain
itu, biografi tentang pejuang-pejuang kemerdekaan seperti Tok Janggut dan Tun
V.T. Sambanthan yang diselitkan ketika iklan dilihat dapat menjentik hati
kecil masyarakat untuk mencontohinya.
Antara cara lain yang dapat memupuk
semangat nasionalisme ini ialah melalui contoh dan teladan yang ditunjukkan
oleh pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan
fahaman politik. Hal ini dapat dilihat melalui sikap professional
pemimpin-pemimpin dalam menangani isu-isu negara seperti kemiskinan,
keselamatan dan lain-lain. Contohnya dalam menangani isu keselamatan di Lahad
Datu.
Akhir sekali, pihak yang
bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran melalui
media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotisme akan
memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat
nasionalisme.
|
30.Kepentingan/
Manfaat
semangat
nasionalisme.
|
Semangat nasionalisme penting bagi sebuah negara yang berdaulat. Hal
ini adalah untuk memupuk dan mengekalkan semangat cinta akan negara dalam
kalangan rakyat.Dengan wujudnya semangat nasionalisme sudah pasti rakyat akan
terus menjaga keamanan negara.
Selain itu, apabila rakyat mempunyai semangat nasionalisme, rakyat
akan berjuang bersungguh-sungguh dan sanggup berkorban demi negara. Contohnya
Peristiwa pencerobohan Lahad Datu di Sabah yang turut mengorbankan nyawa
anggota tentera kita.
Semangat nasionalisme juga penting bagi mengelakkan negara daripada
dijajah oleh negara asing. Keadaan ini menyebabkan kedaulatan sesebuah negara
dapat dikekalkan. Secara tidak langsung negara akan menjadi aman dan
damai.Keselamatan rakyat juga turut terjamin dan dapat meneruskan kehidupan
seharian tanpa gangguan.
Selain itu semangat nasionalisme juga penting bagi memastikan rakyat
mempertahankan negara dari anasir -
anasir negatif yang boleh merosakkan bangsa Malaysia. Rakyat akan berasa
bertanggungjawab untuk menjaga maruah bangsa.Keadaan ini akan mewujudkan
kestabilan dalam politik negara. Secara tidak langsung akan menyekat campur
tangan kuasa asing dalam pentadbiran negara kita.
Semangat nasionalisme juga akan menyebabkan rakyat saling bekerjasama
dalam memajukan ekonomi negara. Keadaan ini akan menyebabkan negara menjadi
pusat tumpuan pelabur asing.Kemasukan pelabur asing secara tidak langsung
membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
Semangat nasionalisme juga akan mewujudkan perpaduan antara kaum dan
sifat tolenrasi dalam kalangan rakyat Malaysia.Rakyat Malaysia akan
mengenepikan perbezaan bangsa dan agama dalam usaha memajukan negara.
Buktinya melalui penglibatan dalam bidang sukan.
Semangat nasionalisme juga membolehkan generasi muda dapat mengelakkan
diri daripada perkara–perkara negatif seperti gejala sosial dan
vandalisme.Keadaan ini sekali gus akan dapat menaikkan imej negara di mata
dunia sebagai sebuah negara yang harmoni dan boleh dicontohi oleh negara
luar.
|
31.Langkah
/
Cara / Usaha
mengekalkan
keamanan Asia
Tenggara /
Serantau
|
Langkah-langkah untuk mengekalkan keamanan serantau Asia Tenggara
ialah dengan penubuhan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara
(ASEAN).Penubuhan ASEAN dapat mewujudkan kerjasama yang baik antara negara
anggota dari segi ekonomi, politik dan sosial.
Demi keamanan dan kestabilan politik di Asia Tenggara, negara-negara
Asia Tenggara melalui pertubuhan ASEAN telah mengeluarkan deklarasi bersama,
iaitu melalui deklarasi Kuala Lumpur, bersepakat menghistiharkan
negara-negara ASEAN sebagai Zon Aman Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN). Dengan
penubuhan ZOPFAN negara-negara Asia Tenggara tidak bersekongkong dengan
mana-mana blok Barat atau blok Timur bagi menggelakkan campurtangan
kuasa-kuasa besar.
Selain itu, dalam mesyuarat menteri-menteri luar ASEAN 1984,telah
memutuskan bahawa ASEAN merupakan zon bebas senjata nuklear. Melalui
mesyuarat tersebut, ASEAN membuat ketetapan tidak akan membenarkan mana-mana
kapal menggunakan perairanya dan kemudahan pelabuhannya untuk mengangkut
bahan atau senjata nuklearnya.
Dalam mengekalkan keamanan serantau juga, ASEAN mengiktiraf dan
menghormati undang-undang negara anggota dengan tidak campurtangan urusan
politik negara mereka.Sebagai negara anggota ASEAN, ahli-ahli perlu
mengelakkan isu-isu sentisif yang boleh mewujudkan ketegangan antara
Negara.Contohnya isu bendera Indonesia yang dicetak terbalik.
Keamanan serantau juga dapat dikekalkan dengan cara perundingan antara
negara anggota serantau tanpa menggunakan kekerasan dan ketenteraan.ASEAN
juga berpegang pada prinsip menghormati hak asasi bersama bagi mengelakkan
ketegangan antara negara anggota contohnya isu Rohingya.
|
Subscribe to:
Posts (Atom)