7/10/12 (jumaat)
jam 3petang aku bergerak ke tangkak untuk mengadiri seminar SMART sejarah peringkat negeri di dewan jubli intan Tangkak, Muar. aku sampai di Tangkak pada jam 6 petang. selalunya hanya 2jam disebabkan sekarang musim Kamrea AES JPJ so kne bawa slow la. 110km/j sahaja. seminar hanya bermula sabtu, so aku stay di sebuah chalet di bandar tangkak.
bayarn rm60.00. ok la 2 tidur semalam sahaja. dengan bayaran sebanyak itu kemudahan hanya biasa. tiada Astro, tivi cap ayam saiz 21inci, dan katil besi. namun stil ada pemanas air, air-corn dan kipas. tidor agak nyenyak malam itu.
8/10/2012 (sabtu)
ke dewan jubli intan untuk seminar, daftar dan taklimat bermula. dirasmikan oleh ketua sektor akademik. pelik bila perasmi cakap panjang2 dan seolah2 memberi ceramah dan taklimat. lagi pelik walaupun program peringkat negeri tiada gimik perasmian!. pas ucapan perasmian aku pn keluar dan kemas blik untuk chek out. pkol12 baharu aku sampai semula di seinar. inilah cara belajar di U dulu. dejavu betul hehe.
petang itu aku kemelaka dan pusing2 mencari hotel untuk menginap. selepas penat berpusing mencari hotel bajet yang munasabah so aku berjumpa sebuah hotel yang bernama Hotel Mesra Mutiara. kira2 20M dari menara taming sari.
hotel rm70.00. ok la sush nak cari hitel dimelaka yang murah. jika ada erm bayangkan jela hotel itu agak uzur dan anda boleh kena kudis buta jika tidor di atas tilamnya. hotel bajet ni aku rasa antara yang paling kurang selesa yang pernah aku duduk (hotel bajet je mampu). saiz bilik seluas toilet rumah anda di kampung. agak sempit. tv tiada siaran dan kekududkan diatas katil anda.tiada alat kawalan jauh termasuk tiada alat kawalan jauh untuk air-corn. bilik tidak kedab bunyi. sehinnga jika bilik sebelah tutup lampu anda boleh dengar!. oh lupa diMelaka setiap hari paking kereta perlu guna kupon (kawasan lain ahad tidak perlu kupon). dan zon larangan merokok!!!. tidor kurang lena sebab anda boleh dengar bunyi restoren berhampiran sedang basuh pingan. so dalam jam 10 esoknya aku bergerak balik ke johor.
9/10/12 (Ahad)
perjalanan pulang selama 2jam 30 mint. kenapa bukan 3jam? sebab tak tahan nk bawak slow2. so inilah hasilnya.
untuk pengetahuan korang sepanjang perjalanan ke sana dan pulang agak banyak kamera2 AES dan polis berkamera bertugas. nasib pemandu lain bekerjasama dengan memberikan maklumat.so selamat rasanya...
keluar toll kulai aku singah tesco makan tgh hari. nk tunjuk 1 kedai makanan barat yang agak bes di sana.
kedai makan 2 bernama Jack Western tecso kulai. harga makanan murah dan kuantiti banyak. takjub aku tgok hehe. aku oder Fish & chip banyak giler harga rm6.90 sahaja. rasa ok n dia mask panas2. tetapi ikan 2 rasa agak terlalu lembut.sos memag bes.
sampai sini sahaja.ssambung lagi nati
No comments:
Post a Comment