PENAJA

Thursday 4 October 2012

CARCOSA SIMBOL PENJAJAHAN DAN KEMERDEKAAN


Carcosa Seri Negara

 Carcosa Seri Negara yang terletak di sebelah Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur telah dibina oleh Sir Frank Swettenham pada tahun 1896 dan merupakan kediaman rasmi beliau pada masa itu. 

Beliau telah berpindah masuk pada tahun 1904 dan telahmenggelarkannya 
"Carcosa", daripada perkataan Itali yang bermaksud "tempat yang amat disayangi". 

Pada masa yang sama, Sir Frank Swettenham juga telah menyiapkan pembinaan bangunan "King House" di tepi bukit sebelah Carcosa. Tujuan pembinaan King's House, yang kini dikenali sebagai "Seri Negara" (bermaksud "negara indah"), adalah untuk melindungi Gabenor Negeri-negeri Selat serta tetamu-tetamu Persekutuan Tanah Melayu yang merupakan orang penting pada masa itu.

Sir Frank Swettenham, Penasihat British bagi Sultan Perak, telah mencadangkan penggabungan keempat-empat negeri menjadi sebuah persekutuan. Cadangannya diterima oleh sultan-sultan berkenaan dan Pejabat Luar Negeri British. Seterusnya, Sir Frank Swettenham telah dilantik sebagai Residen-Jeneral pertama bagi Negeri-negeri Melayu Persekutuan. 


Kuala Lumpur pada masa itu merupakan sebuah kampung sederhana yang pada khususnya didiami oleh pelombong timah berbangsa Cina. Akan tetapi Sir Frank Swettenham mencintai tapak ini sejak 1888 sewaktu melawat kawasan hutan di pinggir barat. Beliau merasakan bahawa bandar itu iaitu Kuala Lumpur memerlukan sebidang kawasan awam, Sir Frank Swettenham telah mengempang sungai di tengah hutan. Sungai itu menjadi tasik dan hutannya pula menjadi apa yang kini dikenali sebagai Taman Tasik Perdana.
Dari tahun 1904 sehingga serangan Jepun pada tahun 1941, Carcosa merupakan kediaman rasmi wakil-wakil tertinggi British di negeri-negeri Melayu. Semasa Perang Dunia II, Carcosa menjadi Dewan Mes Pegawai Kanan Tentera Jepun. Pada Ogos 1945, Tentera British menggunakan tempat itu untuk kegunaan Pegawai-pegawai Kanannya sehingga Ketua Setiausaha dilantik.

Dengan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957, Carcosa menjadi kediaman rasmi Pesuruhjaya Tinggi British, sedangkan King's House merupakan rumah tetamu rasmi bagi tetamu Malaysia yang terpenting. Carcosa telah diserahkan kepada Kerajaan Malaysia pada tahun 1987. Pada tahun 1989, selepas Ratu Elizabeth II mendiami Carcosa semasa "Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel" (CHOGM), pentadbiran kedua-dua rumah agam digabung yang kini lebih dikenali sebagai "Carcosa Seri Negara".

Kini, Carcosa merupakan salah satu daripada hotel utama di Kuala Lumpur. Hotel ini mempunyai 13 suite yang dihiasi dengan gaya esklusif dengan kain broked, goresan lama dan objek karya seni. Kesemua suite dipasang dengan alat penyaman udara dan dilengkapi dengan bar mini, peti besi peribadi, televisyen satelit, meja tulis, pemain DVD/CD dan talian internet. Purata kadar suite adalah dari RM1,100 hingga RM3,500 sehari, tidak termasuk caj perkhidmatan sebanyak 10% dan cukai perkhidmatan sebanyak 5%.

  

Carcosa dan Seri Negara adalah dua buah bangunan penting kepada sejarah negara berkaitan campur tangan British dan kemerdekaan negara. Tapak Carcosa dan Seri Negara menjadi hartanah yang paling berprestij dalam sejarah negara dan menjadi perhatian rakyat kerana telah menjadi subjek dalam perjuangan negara mendapat kembali hartanah ini daripada pihak kerajaan British.

Sejarah negara terkandung dalam Carcosa dan Seri Negara. Ia menjadi simbol kepada peristiwa yang dialami oleh negara dalam tempoh lebih 100 tahun bermula dari campur tangan British sehingga pembentukan Perlembagaan Negara merdeka.

Bangunan Carcosa dan Seri Negara merupakan dua bangunan yang sangat penting kepada latar belakang sejarah negara. Carcosa merupakan bangunan yang dibina pada 1898 sebagai kediaman rasmi Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu manakala bangunan Seri Negara dibina pada 1913 sebagai kediaman bagi Residen Inggeris di Selangor. Namun apabila menjelang kemerdekaan, bangunan ini telah dijadikan sebagai istana tetamu bagi Raja-raja Melayu yang datang ke Kuala Lumpur dari negeri masing-masing bagi membincangkan perlembagaan Malaya. Maka itu, ia kemudiannya dikenali sebagai King’s House atau Istana Tetamu.

Tapak Carcosa dipilih sendiri oleh Frank Swettenham yang merupakan Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu pada ketika itu. Ia dipilih kerana terletak di tanah tinggi dan menghadap satu kawasan lombong yang kemudiannya dijadikan sebagai taman tasik (kini Taman Tasik Perdana). Carcosa direka bentuk dengan memanfaatkan pemandangan semulajadi Kuala Lumpur. Ruang anjung bilik tidur utama (master bedroom for Frank Swettenhem) menghadap pemandangan Tasik Perdana, manakala anjung sarapan bagi bilik-bilik menghadap pemandangan bukit-bukit hijau yang kemudiannya menjadi kawasan kediaman pegawai kanan kerajaan  Kenny Hill (Bukit Tunku).  Dari arah pemandangan bangunan ini juga dapat dilihat bangunan Parlimen yang dibina pada 1965.

Bangunan Seri Negara menjadi latar belakang sejarah yang lebih penting kerana di sinilah perlembagaan negara Malaya telah dibincangkan oleh Raja-raja Melayu dan akhirnya ditanda tangani di dalam rumah ini. Raja-raja Melayu kemudiannya mengambil gambar beramai-ramai sempena peristiwa bersejarah ini di halaman Seri Negara. Gambar ini menghiasi pelbagai akhbar dan penerbitan sebagai rakaman peristiwa yang amat berharga kepada negara.


Konservasi Tapak Warisan Carcosa dan Seri Negara mengambil kira kepentingannya sebagai


  1. Carcosa dan Seri Negara merupakan dua bangunan yang penting dalam sejarah negara berkaitan campur tangan British, kemerdekaan negara dan perjuangan negara mendapatkan kembali hartanah penting milik negara dari pihak penjajah;
  2. Carcosa terletak di tapak yang dipilih khusus oleh Frank Swettenham sebagai kediaman beliau selaku Pesuruhjaya Tinggi British dan berkaitan dengan perancangan induk Bandar Kuala Lumpur sebagai ibu kota Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Bangunan ini dirangka khusus dari segi reka bentuk, setting dan lanskapnya sebagai sebuah rumah Inggeris di negara tropikal yang akan menjadi kediaman rasmi pentadbir tertinggi British.
  3. Tapak Carcosa dan Seri Negara menjadi hartanah yang paling berprestij dalam sejarah negara kerana menjadi subjek utama dalam perjuangan negara mendapat kembali hartanah ini dari pihak kerajaan British. 

 
CARCOSA
Carcosa di awal pembinaan, 1898


Ratu Elizabeth England berlatarkan tangga utama di lobi ketibaan Carcosa. 

 
Foto udara yang menunjukkan kawasan persekitaran Carcosa pada 1980an.
 
Carcosa yang telah siap dibina pada 1898 jelas kelihatan dari Taman Tasik Perdana.

 

SERI NEGARA
Anjung Seri Negara direka khas menghadap ke pemandangan indah Taman Tasik Perdana


Raja-Raja Melayu bergambar bersama pegawai Inggeris di hadapan tangga utama Seri Negara.

 
Raja-Raja Melayu bergambar selepas majlis menandatangani Perlembagaan Malaya pada 1956 di perkarangan Bangunan Seri Negara
 SHINICHIPEDIA: carcosa pernh mencetus kontroversi satu masa dahulu apabila selepas merdeka Tuku telah menyerahkan carcosa (atas bukit) kepada british sebagai tanda persahabatan. namun pemuda UMNO zaman Anwar telah menentang pemilikan carcosa oleh British. ini kerana ianya seakan simbol penjajahan oleh British walaupun malaya telah merdeka kerana British masih duduk diatas bukit dan orang Melayu duduk dibawah bukit. ini dilihat sebagai simbol penjajahan. akhirnya British menyerahkan semula Carcosa kepada kerajaan Malaysia.
peristiwa kontorversi kedua berlaku apabila video sex anwar telah ditayangkan di sini oleh DATUK T.

Sumber rujukan:
(a) Laman Rasmi Carcosa Seri Negara (http://www.carcosa.com.my/ )
(b) http://ms.wikipedia.org/wiki/Carcosa_Seri_Negara )
(c) https://www.heritage.gov.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=205&Itemid=222

No comments:

Post a Comment