PENAJA

Wednesday, 3 October 2012

Hubungan Abby Abadi & Memey Suhaiza Semakin Erat, Pergi Bercuti Sama


Hubungan Abby Abadi & Memey Suhaiza Semakin Erat, Pergi Bercuti Sama
Dan, ini kisah berkaitan Abby Abadi yang tidak menyentuh soal politik mahupun penghijrahan beliau. Ini kisah hubungan yang semakin baik dengan Memey Suhaiza.
Berita hubungan mereka mula erat & kukuh timbul sekitar bulan Ramadhan yang lalu apabila mereka di’lihat berbuka puasa bersama dan mengeluarkan kenyataan baik baik belaka.
Portal hiburan Murai melaporkan yang kedua dua mereka kini semakin akrab & buktinya mereka telah pergi bercuti bersama ke Genting Highlands pada hujung minggu lalu.
“Boleh dikatakan sekarang ini kami berkawan baik kerana kami sering berjumpa dan menghabiskan masa bersama anak anak”
“Sejujurnya saya bersyukur dengan apa yang berlaku sekarang dan tak sangka Allah memberikan kurniaan sebegini buat kami berdua. Alhamdulillah,” ujar Memey Suhaiza.
Dan, ya beberapa keping gambar Abby Abadi, Memey Suhaiza, Norman Hakim & anak anak mereka ketika bercuti di Genting Highlands hujung minggu lalu. Enjoice!

No comments:

Post a Comment