Pengukuran Pendengar Radio Nielsen, Liputan 2, 2012 yang diumumkan hari ini menyaksikan Astro Radio terus menerajui industri penyiaran radio negara dengan jumlah pendengar kumulatif 12.34 juta seminggu.
Astro Radio mendominasi ranking Top 3 stesen radio paling popular di Malaysia:
- ERA fm di kedudukan No. 1
- SINAR fm di kedudukan No. 2
- THR (Raaga & Gegar) di kedudukan No. 3
Lima daripada lapan stesen radio di bawah naungan Astro Radio berada dalam senarai Top 10.
- ERA fm di kedudukan No. 1
- SINAR fm di kedudukan No. 2
- THR (Raaga & Gegar) di kedudukan No. 3
- MY FM di kedudukan No. 6
- Hitz.fm di kedudukan No. 7
Astro Radio juga kekal No. 1 dalam semua kategori bahasa utama – ERA fm (Bahasa Malaysia), hitz.fm (Bahasa Inggeris), MY FM (Bahasa Cina) & THR Raaga (Bahasa Tamil)
Stesen Bahasa Malaysia
ERA fm tidak berganjak daripada kedudukan stesen radio No. 1 negara dengan 4.48 juta pendengar seminggu.
SINAR fm mengikuti rapat di kedudukan No.2 keseluruhan dengan 4.22 juta pendengar seminggu.
THR Gegar semakin kuat sebagai stesen No. 1 Pantai Timur, dengan 1.97 juta pendengar seminggu.
Stesen Bahasa Inggeris
Hitz.fm tetap stesen Bahasa Inggeris No. 1, menjadi pilihan 1.70 juta rakyat Malaysia seminggu.
MIX fm, menghiburkan 399,000 pendengar yang gemarkan kepelbagaian dalam citarasa muzik. Pendengar MIX fm mengikuti stesen radio ini lebih lama berbanding kajian lepas, iaitu dari 5 jam 25min ke 6 jam 27min seminggu.
LiteFM yang terkenal dengan lagu-lagu antarabangsa ’80-an, digemari 277,000 pendengar. Purata masa para pendengar mengikuti Lite FM meningkat dari 7jam 42min ke kini 11jam 27min seminggu.
Stesen Bahasa Cina
MY FM tidak tergugat sebagai stesen No. 1 Bahasa Cina, dengan mempunyai 2.20 juta pendengar.
MELODY FM, baru sahaja dilancarkan Ogos tahun ini, membuat penampilan kali pertama yang memberangsangkan dalam kaji selidik, meraih 134,000 pendengar.
Stesen Bahasa Tamil
THR Raaga selesa sebagai stesen No. 1 Bahasa Tamil, menghiburkan 1.66 juta orang.
ohbulan
No comments:
Post a Comment