PENAJA

Monday 22 October 2012

PLUS wujud bengkel bergerak elak pengguna ditipu


PLUS wujud bengkel bergerak elak pengguna ditipu

22/10/2012 5:09pm

SEREMBAN — Konsesi lebuh raya, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mewujudkan perkhidmatan Bengkel Bergerak (WOW) bagi memberi perkhidmatan lebih efisien dalam membantu pengguna lebuh raya yang menghadapi kerosakan kenderaan.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PLUS, Datuk Noorizah Abd. Hamid berkata, inisiatif itu yang merupakan khidmat sokongan kepada perkhidmatan PLUSRonda sedia ada, juga bertujuan mengelak pengguna lebuh raya daripada menjadi mangsa penipuan trak penunda haram dan bengkel tidak bertanggungjawab yang mengenakan caj melampau.
"Sebelum ini ada pengguna lebuh raya yang mendakwa bahawa mereka diperdaya oleh kumpulan terbabit dengan mengenakan caj bayaran yang tinggi serta melampau ketika pengguna mengalami kesulitan di lebuh raya.
"Justeru kita yakin inisiatif Workshop on Wheels ini sedikit sebanyak dapat mengatasi masalah tersebut sekali gus menjadi langkah proaktif kami untuk melindungi pengguna lebuh raya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan WOW di kawasan Rehat dan Rawat Seremban, di sini hari ini.- BERNAMA

Kosmo! Online - Terkini

No comments:

Post a Comment