PENAJA

Thursday 11 October 2012

update: Toyota Malaysia juga terlibat panggilan balik model Toyota 2006 - 2012


1182  630xfloat 2010 toyota vios facelift 11 UMW Toyota Motor jalankan kempen servis istimewa untuk beberapa model Toyota terpilih
Toyota Motor Corporation (TMC) telah mengumumkan panggilan balik (recall) untuk hampir 7.43 juta unit kenderaannya di seluruh dunia disebabkan masalah yang berlaku terhadap suis utama cermin tingkap kuasa (Power Window Master Switch : PWMS). Dilaporkan 14 model berbeza terlibat dalam kempen panggilan balik tersebut. 
Sehubungan dengan itu, UMW Toyota Motor selaku pengedar eksklusif kenderaan berjenama Toyota dan Lexus di Malaysia turut mengumumkan akan menjalankan kempen panggilan balik yang diberi nama ‘kempen servis istimewa’ (special service campaign) berkaitan masalah yang sama terhadap para pelanggannya.
Terdapat 63,083 unit kenderaan Toyota yang dijual di Malaysia oleh UMW Toyota Motor yang akan terlibat dalam kempen servis tersebut. Walaupun setakat ini masih belum ada laporan mengenai sebarang kes di Malaysia, syarikat tersebut tetap mahu memastikan semua unit PWMS pada setiap model yang terlibat dalam kempen berkenaan benar-benar berfungsi dengan sempurna.
Model-model kenderaan yang terlibat ialah Camry, Corolla Altis, Vios, RAV 4 dan Yaris yang dikeluarkan di antara tahun 2006 sehingga 2010. UMW Toyota Motor akan menghubungi semua pemilik kenderaan yang terlibat untuk tindakan pembetulan secepat yang mungkin apabila komponen servis yang diperlukan tersedia. Tempoh servis dijangka akan mengambil masa kira-kira sejam.
Menurut UMW Toyota Motor, tiada model lain Toyota dan Lexus yang dijual oleh mereka dan dikeluarkan sebelum 2006 dan selepas 2010 terlibat dalam kempen servis tersebut -  arena kereta

No comments:

Post a Comment