PENAJA

Friday 12 October 2012

9 Lapangan Terbang Terbaik 2012


Skytarx baru-baru ini telah mengiktiraf 10 buah lapangan terbang terbaik bagi tahun 2012. Daripada 388 buah lapangan terbang di seluruh dunia yang ada, Incheon International Airport di Korea Selatan telah menerima pengiktirafan sebagai lapangan terbang yang terbaik di dunia bagi tahun ini diikuti dengan Changi Airport di Singapura. KLIA pula menduduki tempat kelapan . Senarai 10 lapangan terbang terbaik bagi tahun 2012 ini didominasi oleh negara-negara Asia.  Gambar-gambar di bawah merupakan 10 lapangan terbaik 2012.

1. Incheon International Airport, Seoul
Incheon International Airport mempunyai susun atur yang sangat bersih dan teratur.    Persembahan kebudayaan yang menarik dan percuma selalu dipersembahkan di sini.  Selain itu, lapangan terbang ini juga menawarkan pelbagai pilihan kedai bebas cukai, proses ‘check-in’ dan imigresen yang cepat serta kakitangan yang sangat bertolak ansur. Wi-Fi percuma disediakan dan komputer riba boleh digunakan di Naver Square.

 
 
 
 
 
 
 


2. Changi Airport, Singapura
Changi Airport merupakan lapangan terbang utama di Singapura, antara yang paling sibuk di dunia dan pusat penerbangan utama di Asia Tenggara. Ia telah memenangi lebih daripada 300 anugerah sejak ia dibuka pada tahun 1981.



3. Hong Kong International Airport
Meyediakan salon kecantikan, pilihan membeli-belah bebas cukai dan Hotel Regal Airport yang juga telah dipilih sebagai hotel lapangan terbang terbaik di dunia.




4. Amsterdam's Schiphol
Schiphol Airport menggunakan konsep ‘airport cities’.Lapangan terbang ini merupakan yang terbesar di Eropah yang menyediakan semua kemudahan dinamik seperti hotel, shopping plaza, hab pengangkutan awam dan lain-lain perkhidamatan berkaitan.



5. Beijing Capital International Airport
Di terminal 3 lapangan terbang ini terdapat satu kawasan yang dipanggil "dapur global," di mana terdapat 72 buah kedai makan yang menyediakan pelbagai jenis makanan; daripada hidangan formal kepada makanan segera, dan daripada makanan China hingga ke makanan barat.. Di sini juga terdapat kedai bebas cukai dan kemudahan perkhidmatan seperti bank, pusat perniagaan dan perkhidmatan internet.


6. Munich Airport, Jerman
Munich Airport yang merupakan lapangan terbang terbaik di Eropah mempunyai susun atur dan persekitaran yang sangat menakjubkan. Terdapat pelbagai jenis surat khabar untuk dibaca dan kakitangan lapangan terbang turut menyediakan kopi atau teh percuma kepada pengunjung dan pelancong.




7. Zurich Airport
Juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Kloten, Zurich Airport diuruskan oleh Flughafen Zurich AG. Merupakan lapangan terbang antarabangsa yang terbesar di Switzerland dan juga pusat kepada Swiss International Airlines. Barangan mewah yang berkualiti tinggi dapat dibeli di kedai-kedai di lapangan terbang ini.



8. KLIA
Merupakan lapangan terbang antarabangsa utama di Malaysia dan dikategorikan sebagai salah satu yang paling sibuk di dunia. Lapangan terbang ini mempunyai seni bina yang luar biasa. Terdapat hotel lima bintang yang  berhampiran dan kereta api berkelajuan tinggi ke pusat bandar.



9. Vancouver International Airport
Lapangan Terbang Antarabangsa Vancouver terletak di Sea Island, Richmond, British Columbia, Kanada.Pada 2011, ia adalah lapangan terbang kedua paling sibuk di Kanada. Hiasan dalaman Lapangan Terbang Antarabangsa Vancouver mempunyai tema British Columbia yang unik.

No comments:

Post a Comment