Lama kita tidak dengar kisah selebriti menyertai mana mana parti politik dan jika anda berminat ya, Abby Abadi masih aktif di Twitter berdakwah bersama politik’nya.
Tetapi ini kisah sifu industri muzik Malaysia, Datuk M. Nasiryang kini di’khabarkan semakin aktif dengan aktiviti berpolitik bersama sama barisan parti pembangkang.
Minggu lalu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) melalui akaun Youtube Azmin Ali memuatnaik sebuah video untuk lagu berjudul Panji Keadilan yang di’nyanyikan oleh M. Nasir.
Walaupun tidak di’nyatakan dalam deskripsi video, ia’nya jelas merupakan suara ikonik M. Nasir dan lagi lagu ini pula di’cipta oleh Buddhi Hekayat, rakan pencipta untuk lagu Awan Nano.
Seorang pengirim e-mail kepada kami hari ini menyatakan beliau risau jika M. Nasir turut di’heret oleh parti pembangkang untuk menjayakan agenda politik mereka.
Kita sendiri tidak tahu sama ada benar M. Nasir terlibat secara langsung dengan Parti Keadilan Rakyat atau lagu Panji Keadilan ini sekadar projek seni beliau yang lain’nya.
rotikaya
No comments:
Post a Comment