PENAJA

Sunday 7 October 2012

MYKAD : SENARAI KOD BAGI NEGERI KELAHIRAN

Nombor kad pengenalan Sejak 1990, setiap warganegara Malaysia diberikan satu set nombor 12-digit yang unik dalam format TTBBHH-NN-###J sebagai nombor kad pengenalan.

Kumpulan digit pertama (TTBBHH) merupakan tarikh lahir pemilik KP. Kumpulan kedua (NN) pula merupakan kod negeri lahir, iaitu 01-13 untuk negeri-negeri, 14-16 untuk Wilayah Persekutuan dan kod 71 jika lahir di luar Malaysia. Bagi anggota polis, kod yang digunakan ialah 88 manakala untuk anggota tentera, kod yang digunakan ialah 99. Namun begitu apabila seseorang anggota polis atau tentera menamatkan perkhidmatan mereka, nombor kad pengenalan mereka akan ditukar kepada kod nombor asal tempat kelahiran mereka. Kumpulan nombor terakhir (###J) merupakan nombor siri yang dijana secara rawak oleh sistem komputer Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.

Sebagai pembezaan di antara pemegang MyKad lelaki dan perempuan, nombor terakhir dalam siri nombor kad pengenalan telah di sesuaikan mengikut jantina pemegang di mana sekiranya pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka genap, jantina pemegang adalah wanita. Manakala jika pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka ganjil, jantina pemegang adalah lelaki. Sebelum 1990, nombor kad pengenalan warganegara adalah dalam bentuk A####### di mana # merupakan nombor siri 7-digit yang mana nombor terakhir dalam siri nombor tersebut turut sama mempunyai peranan pembezaan jantina lelaki dan wanita seperti sini nombor baru MyKad.

SENARAI KOD BAGI NEGERI KELAHIRAN:-

    Johor 01,21,22,23,24
    Kedah 02, 25, 26, 27
    Kelantan 03, 28, 29
    Melaka 04, 30
    Negeri Sembilan 05, 31,59
    Pahang 06, 32, 33
    Pulau Pinang 07, 34, 35
    Perak 08, 36, 37, 38, 39
    Perlis 09, 40
    Selangor 10, 41, 42, 43, 44
    Terengganu 11, 45, 46
    Sabah 12, 47, 48, 49
    Sarawak 13, 50, 51, 52, 53
    Wilayah Persekutuan (KL) 14, 54, 55, 56, 57
    Wilayah Persekutuan (Labuan) 15, 58
    Wilayah Persekutuan (Putrajaya) 16
    Negeri Tidak Diketahui 82

40 comments:

  1. kod 71 85 91 66 67 61 kod negeri lahir mane?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 66 lahir kt singapore bro....

      Delete
    2. 66 SINGAPORE, 67 THAI, 67 VIET

      Delete
    3. 71 Bukan Indon Bro!
      Saya lahir di Singapore, dan IC saya dapat kod 71

      Delete
    4. Yup..sy dan adik bradik sy sumer lahir d singapore..ic kami sumer 71..

      Delete
    5. 71 tu rakyat Malaysia tapi dilahirkan di luar negara..sama jugak ayah sy

      Delete
    6. Saya pun lahir Glasgow Scotland tahun 1975 kod 71. Sekarang ada kod2 baru.

      Delete
    7. 71 utk yg lahir luar dari malaysia.
      82 utk yg lahir tapi tak tahu di mana negeri nya contoh lahir atas flight.

      Delete
    8. 71 utk yg lahir di luar dari malaysia, tapi warganegara malaysia.
      82 utk yg lahir tapi tak tahu di mana negerinya contoh lahir atas flight.

      Delete
    9. Kod 61 dr negara mana ye?

      Delete
    10. Kod 71sy lahir di Thailand

      Delete
  2. Tidak dapat dipastikan.mungkin lahir di luar negara...

    ReplyDelete
  3. apa yg membezakan kod dlm negeri yg sama.. cth pahang 06, 32 dan 33 ?

    ReplyDelete
  4. ic lama A******2--laki
    A******9--prmpuan, betul?

    ReplyDelete
  5. ape yg mbzakan kod dalam negeri.. contoh klntan 03,28,29 ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kod tentera atau polis... 28untuk ank prmpuan 29 utk anak lelaki 03 untuk rkyt biasa

      Delete
  6. lahir di KL sebelum 1.2.1974..IC -10- Selangor

    ReplyDelete
  7. Muhammad Azhari bin hasanudin 871030495571

    ReplyDelete