1.
Huraikan
perubahan-perubahan dalam pelbagai aspek dalam kalangan masyarakat jahiliah di
Tanah Arab selepas kelahiran Islam.
PENDAHULUAN (3 Markah)
1. Zaman jahiliah merujuk kepada
masyarakat di Semenanjung Tanah Arab.
2. Dari segi
bahasa Arab ‘jahala’ bererti ‘jahil’ atau
‘jahlun’ atau ‘jahlatun’ bererti bodoh dan sesat.
3. Ciri-ciri
Zaman Arab Jahiliah.
4. Apabila
Rasulullah s.a.w. mula menerima wahyu pada 17 Ramadhan (6 Ogos 610M) dan
seterusnya berdakwah menyebarkan Islam selama 23 tahun, bermulalah episod
perubahan cara hidup jahiliah yang seterusnya telah menghancurkan era zaman
jahiliah di Tanah Arab.
ISI – ISI (7 isi x 3M = 21 Markah)
1.
Perubahan dari aspek kepercayaan dan
agama
Majoriti masyarakat Arab Jahiliah menganut agama menyembah berhala. Pada
asalnya mereka ialah pengikut ajaran Hanif tetapi ajaran ini diselewengkan
dengan menganggap berhala sebagai perantaraan antara manusia dengan Tuhan. Pada
masa ini Makkah berperanan sebagai pusat penyembahan berhala. Agama lain yang
dianuti ialah ajaran animisme, sabiah, majusi, nasrani dan yahudi. Masyarakat pada masa ini juga terikat dengan kepercayaan
karut.
Masyarakat
Islam pada zaman ini mempunyai
keimanan yang kukuh. Orang Ansar secara rela telah memeluk ajaran Islam. Nabi
telah melantik guru-guru agama untuk memperkukuhkan akidah dan amalan mereka.
Di samping itu, nabi telah menjalankan dasar kebebasan beragama terutama ke
atas masyarakat Yahudi dan mereka diberi kebebasan beribadat. Majoriti golongan Arab Madinah menerima agama Islam.
2.
Perubahan dari aspek hubungan masyarakat
Masyarakat Jahiliah hidup terpisah dalam kabilah dan bani
masing-masing. Setiap individu mempunyai ketaatan kepada kabilah dan sangat
prejudis kepada kabilah lain. Semangat ini juga menyebabkan mereka memihak
kepada kabilah sendiri tanpa mengira sama ada mereka berada di pihak benar atau
salah. Ini telah menimbulkan permusuhan antara kabilah.
Masyarakat
Islam Madinah berjaya membentuk sebuah masyarakat ummah Islamiah tanpa mengira
kaum dan suku. Kesetiaan kepada kaum tidak lagi wujud dan
digantikan dengan ikatan persaudaraan Islam. Contohnya Nabi saw berjaya
mempersaudarakan orang Ansar dengan Muhajirin.
3. Perubahan dari aspek permusuhan dan
peperangan
Permusuhan
antara suku atau kabilah telah membawa peperangan di kalangan masyarakat Arab
Jahiliah. Peperangan ini dikenali sebagai Ayyamul Arab.
Perang balas dendam sering berlarutan. Contohnya Perang Al-Basus
berlarutan selama 40 tahun.
Persaudaraan
Islam telah berjaya menamatkan permusuhan di kalangan golongan Ansar iaitu suku
Aus dan Khazraj. Sebelum memeluk Islam mereka terlibat dalam peperangan
Al-Buath kerana merebut kepimpinan kota Madinah. Peperangan yang wujud di zaman
Islam merupakan satu langkah mempertahankan agama, masyarakat dan negara Islam
daripada ancaman musuh terutama serangan orang Quraisy Makkah dan pengkhianatan
orang Yahudi.
4. Perubahan dari aspek taraf masyarakat
Masyarakat Jahiliah mementingkan kelas masyarakat. Golongan
bangsawan merupakan golongan tertinggi dan dipandang mulia. Dalam masyarakat
Arab Jahiliah amalan perhambaan berlaku secara meluas. Mereka tidak mempunyai
hak ke atas diri sendiri. Mereka dikehendaki berkhidmat kepada tuan mereka.
Perdagangan hamba berlaku secara meluas. Kekejaman ke atas para hamba berlaku
sekiranya para hamba tidak mengikut kehendak mereka.
Masyarakat Islam menitik beratkan konsep persamaan taraf. Semua
manusia dianggap sama taraf di sisi Allah. Kemuliaan manusia berdasarkan kepada
ketakwaannya kepada Allah. Manusia
tidak dibezakan mengikut kekayaan atau pangkat mereka.
5. Perubahan
dari aspek kedudukan wanita
Masyarakat Arab Jahiliah memandang rendah kepada golongan
wanita. Fungsi mereka hanyalah sebagai alat pemuas nafsu lelaki. Mereka
dianggap sebagai barang dagangan dan ada di kalangan mereka yang kematian suami
menjadi rebutan anak-anak lelaki mereka. Keadaan ini menyebabkan suku bani
Tamim telah menanam bayi perempuan bagi mengelakkan mereka dipandang rendah.
Nabi mengajar masyarakat Islam Madinah agar memandang
mulia golongan wanita. Mereka perlu dipeiihara maruah dan kebajikan mereka.
Kaum wanita memainkan peranan yang sama pentingnya dengan goIongan lelaki.
6.
Perubahan
dari aspek akhlak
Masyarakat
Arab Jahiliah mengamalkan nilai akhlak keji seperti berzina, melacur, membunuh,
minum arak dan berjudi. Nilai ini telah sebati dengan kehidupan mereka.
Islam
menekankan akhlak mulia. Bermula dengan perjanjian Al-Aqabah I, masyarakat
Madinah berjanji tidak akan menipu, berzina dan membunuh. Nabi berjaya mengikis
segala amalan akhlak buruk di kalangan orang Islam Madinah.
7.
Perubahan
dari aspek politik
Sistem politik dan pentadbiran adalah tidak seragam.
Kerajaan yang wujud lebih bersifat monarki dan terletak di bawah kuasa asing
seperti Parsi dan Rom. Masyarakat golongan Badwi mengamaIkan sistem politik
kabilah masing-masing. Sementara itu masyarakat kota Makkah menjalankan sistem
politik kabilah.
Kerajaan Islam Madinah wujud berasaskan perlembagaan Madinah.
Undangundang utama yang digunakan ialah Al-Quran. Segala
keputusan negara dilakukan melalui konsep syura. Masjid menjadi institusi
penting dalam kerajaan Madinah.
8.
Perubahan
dari aspek nilai-nilai positif
Dalam
masyarakat jahiliah terdapat nilai-nilai positif seperti menghormati tetamu,
berpegang teguh kepada janji, memberi perlindungan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam masyarakat Islam nilai-nilai ini diperkukuhkan selaras dengan nilai-nilai
Islam.
9.
Perubahan dari aspek pendidikan dan ilmu
pengetahuan
Sebelum
Islam : masyarakat Arab Jahiliyah adalah buta huruf. Berdasarkan peristiwa Perang Badar hanya 17 orang sahaja
masyarakat Arab yang boleh menulis dan membaca. Justeru itu tiada
perkembangan tamadun manusia pada zaman ini.
Selepas Islam : aspek
pendidikan dan intelektual amat dititikberatkan oleh Islam. Rasulullah s.a.w.
telah membina masjid-masjid selain menjadikan rumah al-Arqam sebagai institusi
pendidikan. Kepentingan pendidikan dalam Islam ini jelas terlihat pada maksud
ayat pertama (wahyu) yang baginda terima iaitu “Bacalah…”
10.
Perubahan dari aspek ekonomi
Sebelum
Islam : masyarakat Arab menjalankan amalan ekonomi negatif seperti penindasan,
penipuan dalam perniagaan, rompakan, penjualan berhala, monopoli dan
sebagainya.
Setelah Islam : Islam melarang segala bentuk kegiatan
ekonomi berunsur penindasan dan riba. Islam menggalakkan umatnya melaksanakan
sistem ekonomi Islam berteraskan semangat bantu-mambantu seperti dalam
perdagangan dan pertanian.
11.
Perubahan dari aspek identiti masyarakat
Keutamaan pada bangsa amat ditekankan pada zaman
jahiliyah. Pada zaman Islam, ditekankan aspek persaudaraan Islam tanpa mangira
latarbelakang keturunan dan warna kulit.
KESIMPULAN (2 Markah)
1.
Perubahan-perubahan yang berlaku dalam masyarakat Arab membolehkan
Islam terus berkembang dan membolehkan juga berlakunya penciptaan tamadun
walaupun Islam lahir di kawasan tandus.
2.
Kecemerlangan umat Islam zaman Rasulullah s.a.w. itu terus
diwarisi oleh generasi seterusnya (Khulafa al-Rasyidin dan kerajaan-kerajaan
Islam selepasnya).
2.
Jelaskan
sistem pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Bani Umaiyah pada zaman Khalifah
Muawiyyah bin Abu Sufyan.
Pendahuluan
(3M)
1. Latar belakang dan perlantikan Muawiyyah sebagai
Khalifah pertama kerajaan Bani Umaiyyah.
2. Latar
belakang kerajaan Bani Umaiyyah.
Sistem
Pemerintahan dan Pentadbiran Zaman Khalifah Muawiyyah (7 isi x 3M = 21M )
1.
Khalifah Muawiyyah telah memindahkan pusat pentadbiran kerajaan
Islam dari kota Madinah ke kota Damsyik. Beliau memilih kota Damsyik
memandangkan ia merupakan kubu kuat penyokongnya yang telah lama berdiri di
belakangnya sejak Muawiyyah dilantik sebagai gabenor oleh Khalifah Umar bagi
seluruh wilayah Syam. Bukti lain betapa kuatnya pengaruh Muawiyyah di Damsyik
ialah penduduk di sinilah yang membantunya sewaktu berlaku krisis dengan
Khalifah Ali bin Abi Talib sehingga tercetusnya Perang Siffin dan Majlis
Tahkim.
2.
Muawiyyah bin Abu Sufyan menjalankan dasar berbaik-baik dengan
penduduk Iraq yang merupakan penyokong kuat golongan Syiah. Muawiyyah telah menawarkan
wang yang banyak untuk mendapatkan sokongan golongan ini, contohnya al-Ahnah
bin Qais dan Jariyah bin Qudamah telah diberikan 100,000 dirham setiap seorang
untuk mendapatkan sokongan. Selain itu, Muawiyyah mengekalkan dasar tidak
campur tangan sehinggalah pelantikan Ziyad bin Abih sebagai Gabenor Basrah;
Ziyad telah memperkenalkan beberapa reformasi antaranya mengarahkan rakyat
mencuci dan membersihkan jalan raya, memperbaiki kemudahan jual beli,
mengenakan perintah berkurung, menyusun dan mengemaskinikan anggota polis.
3.
Selain itu untuk mengukuhkan kekuasaan Bani Umaiyyah, Muawiyyah
bin Abu Sufyan telah mengubah sistem pemilihan khalifah secara syura kepada
sistem warisan. Muawiyyah telah bertindak mengisyitiharkan puteranya, Yazid
sebagai Putera Mahkota pada tahun 56H. Tindakan ini telah menimbulkan tentangan
hebat umat Islam khususnya penduduk Iraq, apatah lagi ia telah bertentangan
denan persetujuannya dengan Sayidina Hassan dahulu agar jawatan ini diserahkan
kepada persetujuan orang ramai khasnya umat Islam. Meskipun timbul pelbagai
penentangan, namun ia telah dapat dipadamkan.
4.
Muawiyyah bin Abu Sufyan juga telah memperkenalkan atau meniru
sistem pentadbiran Parsi dan Byzantine. Ramai pegawai kristian diambil
berkhidmat sebagai guru dan pentadbir
khususnya dalam bidang ekonomi, sains, dan perubatan. Selain itu, beliau
juga mewujudkan pengawal istana atau pengawal peribadi bagi melindunginya,
khususnya daripada ancaman musuh.
5.
Pelbagai jabatan baru telah diwujudkan untuk memantapkan lagi
sistem pentadbiran. Antaranya, Jabatan Pendaftaran yang berfungsi menyalin
segala surat rasmi dan menyimpan salinan itu bagi tujuan keselamatan dan juga
mengelakkan sebarang penipuan dan penyelewengan. Pejabat Pos juga dibentuk
untuk urusan segala surat-menyurat berkaitan pentadbiran negara dari kerajaan
pusat ke daerah-daerah ataupun sebaliknya. Semua surat di Semenanjung Tanah
Arab menggunakan bahasa Arab sedangkan di luar Tanah Arab menggunaksan bahasa
Yunani dan Parsi.
6.
Muawiyyah bin Sufyan telah meluaskan kuasa politik khalifah dan
pemusatan kuasa kerajaan Bani Umaiyyah termasuk penguasaan ke atas harta yang
diperoleh dalam peperangan. Sebelum itu, harta berkenaan dijadikan hak milik
orang Islam; dimasukkan ke dalam Baitulmal, tetapi mulai zaman Muawiyyah, harta
berkenaan dianggap harta kerajaan, tujuannya tidak lain untuk memastikan segala
perancangan kerajaan dapat berjalan dengan lancar.
7.
Setiap gabenor yang dilantik di setiap daerah hanyalah mempunyai
kuasa ketenteraan dan urusan yang berkaitan dengan politik sahaja. Urusan yang
berkaitan dengan cukai diletakkan secara terus dibawah Sahibul Kharaj yang
dilantik oleh Khalifah Muawiyyah sendiri. Kesannya, kuasa gabenor dapat
dihadkan, malah terpaksa bergantung kepada Sahibul Kharaj dalam soal kewangan.
8.
Dalam bidang ketenteraan, Muawiyyah bin Abu Sufyan telah membentuk
pasukan tentera yang mantap dan besar meliputi tentera darat dan tentera laut.
Tentera ini majoritinya dianggotai oleh penduduk Syam dan diberikan gaji yang
tetap serta tinggi kadarnya. Kekuatan tentera ini digunakan untuk mengekang
pemberontakan golongan Syiah dan Khawarij.
9.
Beliau turut menggerakkan tentera ke luar negara, antaranya
menghantar Said bin Osman menyeberangi Sungai Oxus, menghantar tentera yang
dipimpin oleh Yazid mengepung kota Constantinopole, menghantar Uqbah bin Nafi’
menawan Afrika Utara sehingga berjaya mendirikan pusat pentadbiran di Qairawan.
Selain itu, tentera-tentera diperkuatkan di kawasan-kawasan sempadan sehingga
pihak Byzantine tidak berani mengancam kerajaan Islam ini.
10.
Bagi memastikan keadaan negara tidak diancam oleh sebarang gerakan
subversif, Muawiyyah bin Abu Sufyan telah membentuk pasukan perisik yang
berperanan sebagai mata dan telinga khalifah. Oleh itu, Muawiyyah dapat
membendung ancaman musuh dengan cepat daripada merebak yang boleh menggugat
pemerintahannya.
11.
Polisi serta pembaharuan yang dibawa oleh Muawiyyah bin Abu Sufyan
telah menjadi asas kepada pembentukan kerajaan yang kuat serta dominan selepas
era pemerintahan Khulafa al Rasyidin. Muawiyyah bin Abu Sufyan juga memerintah
dengan tegas dan penuh disiplin. Keberaniannya memperkenalkan corak
pemerintahan warisan telah menjadi ikutan pemimpin selepasnya.
Kesimpulan
( 1M )
1. Mana-mana
yang berkaitan.
3. Bincangkan sumbangan
kerajaan Khulafa’ Ar-Rasyidin dan kerajaan Bani Umayyah
dalam membentuk
organisasi ketenteraan yang unggul.
Pengenalan ( 3
markah)
1. Konsep organisasi ketenteraan dalam
Islam
2. Sejarah penubuhan tentera dalam
Islam
bermula
pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, apabila turun wahyu membenarkan
umat Islam berperang, ketika hendak
berhadapan dengan tentera Quraish Makkah
dalam perang Badar.
3. Latar belakang Kerajaan Khulafa
ar-Rasyidin
Bermula
selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Dipimpin empat orang sahabat,
iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali.
- Latar
belakang Kerajaan Bani Umayyah
-
Isi : Sumbangan
Pembentukan Organisasi Ketenteraan Islam ( 7 isi X 3=21 markah)
1. Penambahan
Komposisi tentera
Bilangan tentera yang meningkat
Pada
zaman Bani Umayyah, jenis tentera tetap telah bertambah dengan
pembentukan pasukan infantri, kavalri
dan tentera laut.
Pasukan
tentera laut ini terlibat dalam peperangan dengan kerajaan Sepanyol dan
Eropah.
2. Kewujudan dua
jenis tentera
Terbahagi kepada dua, iaitu tentera
darat dan laut
Penubuhan
angkatan tentera laut Islam berlaku setelah perluasan kuasa Islam telah
sampai ke Syam, Mesir dan Iskandariah.
Perkembangan
terbaru kedudukan kekuasaan Islam memerlukan umat Islam
mempunyai angkatan laut bagi
menghadapi serangan Rom di Laut Mediterranean
dan jihad Islam ke atas pulau – pulau
di Laut Mediterranean.
Oleh
itu, pemerintah Islam mula menubuhkan angkatan tentera laut.
Berikutan
dengan penubuhan angkatan tentera laut maka muncul pelabuhan dan
limbungan kapal untuk tujuan angkatan
tentera Islam dan tujuan perdagangan.
3. Peningkatan
teknologi dan peralatan tentera
Menggunakan
pedang, tombak, panah, perisai ,manjaniq, kuda, keldai dan kapal
perang.
Pada
zaman Bani Umayyah telah wujud pasukan tentera laut.
Pada
zaman Muawiyah terdapat 1700 buah kapal perang yang dibina daripada kayu
dan berpaku.
Perindustrian
kapal terletak di pantai Syria dan Mesir.
4. Mempelbagaikan
taktik dan strategi ketenteraan
Menyerang,
mengepung, dan bertahan.
Membina
kubu, mewujudkan bandar-bandar tentera, dan menubuhkan badan perisik.
Ketika
zaman Khalifah Ali b. Abi Talib, telah membentuk kurdus atau batalion, dalam
pasukan tentera sebagai usaha
memantapkan lagi tentera Islam.
Islam
memperkenalkan penubuhan kem tentera dan bandar tentera.
Bandar
seperti Basrah, Fustat dan lain – lain ditubuhkan adalah untuk memenuhi
keperluan tentera di samping pusat
pentadbiran dan perdagangan.
Pada
zaman Bani Umayyah kaedah peperangan diperluas lagi dengan pembentukan
pasukan kurdus (cohorts), jabatan
perisikan, penggunaan peta dan serangan dari
laut.
5. Kewujudan tentera
bergaji
Tentera dibayar gaji dan elaun
Pada
zaman Umar al-Khattab, dua kategori tentera telah dibentuk iaitu tentera
bergaji dan sukarela.
Satu
jabatan khas telah ditubuhkan untuk menguruskan pembayaran gaji dan elaun
tentera iaitu Diwan al-Jund.
Pada
zaman Umar al-Khattab, tentera Muhajirin dan Ansar yang senior dibayar
sehingga 5000 dirham manakala tentera
junior dibayar sehingga 2500 dirham.
Pada
zaman Bani Umayyah, tentera dibayar gaji.
Contoh,
pada zaman Muawiyah kadar gaji purata ialah sebanyak 1000 dirham
setahun termasuk elaun keluarga.
Pada
masa ini sumber kerajaan mantap dan perlukan pasukan tetap untuk
menyaingi tentera Rom atau Barat .
6. Menetapkan Status
tentera
Terdapat
tentera tetap, tentera upahan dan tentera sukarela
7. Kepimpinan
Pada
zaman Khulafa al- Rasyiddin dan kerajaan Bani Umaiyah, khalifah tetap
mengetuai peperangan.
Tujuannya
untuk menguruskan perkhidmatan tentera yang cekap dan berkesan.
Pemerintah
Islam memperkenalkan jabatan tentera atau Dewan Al-jund.
Dalam
aspek kepimpinan pula, pengurusan tentera dilakukan oleh kepimpinan
tentera yang dilantik.
Kesimpulan (1 markah)
Kedua-dua
kerajaan Islam ini telah berjaya mewujudkan organisasi ketenteraan Islam
yang unggul dan hebat.
Kejayaan
ini terserlah dengan beberapa kejayaan tentera Islam meroboh dominasi
jajahan
dari tentera Rom dan Parsi.
4. Zakat
bukan sahaja Rukun Islam tetapi merupakan sumber ekonomi utama dalam Islam.
Galurkan fungsi dan pelaksanaannya.
Pendahuluan (3 markah)
1.
Perkataan zakat telah disebut sebanyak 58 kali dalam al-Quran, 32
kali disebut secara berasingan dan 26 kali disebut beriringan dengan kalimah
solat. Kadangkala zakat disebut dengan lafaz sadaqah, nafaqah, haq dan
al-‘afw.
2.
Zakat merupakan Rukun Islam yang ketiga. Dari segi bahasa, zakat
berasal daripada kata dasar perkataan Arab – zaka – yang bererti
penambahan atau penyucian. Pengertian pertama bermaksud memberi serta menambah
kemakmuran dan pahala umat Islam.
3.
Pengertian kedua pula bererti pembayaran bagi menyucikan jiwa umat
Islam daripada perasaan tamak, bakhil dan sifat-sifat keji seperti mana yang
dijelaskan dalam surah al-Syams ayat 9.
4.
Dari segi syarak, zakat membawa maksud sebahagian harta yang
dikeluarkan untuk diagihkan kepada yang berhak menerimanya.
5.
Kefarduan zakat disyariatkan
pada tahun 623 M (2 H) setelah Nabi Muhammad saw berhijrah dan menetap
di Madinah.
6.
Zakat terbahagi kepada dua jenis, pertama zakat fitrah iaitu zakat
yang wajib dikeluarkan bagi setiap umat Islam dan kedua zakat harta benda iaitu
apabila cukup nisabnya. Kedua-dua zakat ini wajib dikeluarkan setahun sekali.
Fungsi Zakat (4 isi x 3M = 12 markah)
1.
Zakat berfungsi sebagai satu ujian untuk menguji sejauh manakah
keimanan dan ketaqwaan seseorang terhadap Allah swt kerana tabiat manusia
sememangnya merasa tamak dan sukar untuk mengeluarkan sebahagian kecil daripada
hartanya sebagai zakat. Hanya manusia yang benar-benar beriman dan bertaqwa
mengeluarkan zakat dengan ikhlas. Sifat inilah yang dimaksudkan oleh Allah swt
sebagai pembersihan rohani dan jasmani.
2.
Dari segi kerohanian, ia dapat menghapuskan sifat-sifat keji
yang dimiliki manusia. Contohnya sifat tamak, bakhil, bongkak, riak dan
sebagainya. Dari segi jasmaninya, zakat ditafsirkan sebagai satu cara untuk menyucikan
harta benda. Hal ini bermula dari kenyataan bahawa di dalam sebarang kegiatan
untuk mencari rezeki yang halal mungkin berlaku di luar kemahuan atau
pengetahuan seseorang bahawa sesuatu yang tidak halal telah berlaku. Contohnya,
mungkin berlaku timbangan, sukatan atau ukuran yang tidak tepat semasa
menjalankan urus niaga. Untuk menyucikan unsur-unsur yang tidak halal itu, maka
zakat diwajibkan.
3.
Fungsi zakat dalam aspek kemasyarakatan, akhlak dan kebajikan,
zakat adalah penyertaan seseorang yang berharta untuk membentuk masyarakat
yang adil dan membantu golongan yang kurang bernasib baik. Zakat yang
dikeluarkan itu mestilah diagihkan kepada golongan yang berhak menerimanya.
Jika terlalu banyak lebihan, dipertanggungjawabkan kepada Baitulmal mengumpulnya
dan membelanjakannya untuk kebajikan masyarakat seperti menyediakan kemudahan
asas dan sebagainya. Zakat juga boleh dilaburkan dalam industri yang banyak
memberi faedah kepada masyarakat seperti industri makanan, pakaian dan
perumahan.
4.
Zakat dapat merapatkan ikatan silaturahim dan perpaduan antara
golongan kaya dan miskin. Golongan yang kurang bernasib baik ketika
menerima zakat, tentu akan merasa gembira. Perasaan inilah yang
bertanggungjawab melahirkan kasih sayang dan bersedia membantu dengan tulang
empat kerat menyelesaikan pekerjaan golongan kaya. Dalam masa yang sama,
melalui zakat golongan kaya sentiasa ingatkan golongan yang kurang bernasib
baik. Ini akan menghapuskan perasaan riak, sombong dan sebagainya pada diri
golongan kaya dan perasaan dengki dan lain-lain pada diri golongan miskin.
5.
Dari aspek ekonomi, zakat merupakan satu cara terbaik untuk menjadikan
negara dan umat Islam muncul sebagai masyarakat yang kaya dan makmur. Jika
seseorang yang benar-benar beriman dan bertaqwa, ia akan berusaha lebih gigih
kerana setiap zakat yang dikeluarkan itu akan memperolehi ganjaran pahala.
Kesan daripada perkembangan pengeluaran zakat ini ialah lahirnya umat Islam
yang kuat dari segi ekonomi dan melahirkan negara yang kaya dan makmur, kerana
Baitulmal yang mengumpulkan zakat mempunyai dana yang banyak yang dapat
digunakan untuk pembangunan negara dan kepentingan dakwah Islamiajh serta
kebajikan rakyat.
6.
Dalam hal ini zakat berfungsi menghampirkan diri seseorang
kepada Allah swt. Kerana harta yang terkumpul itu seharusnya dibelanjakan
mengikut cara yang diredhai Allah swt. Tugas pertama yang mesti dilakukan ke
atas harta ialah mengeluarkan zakat. Tindakan ini amatlah besar ertinya dalam
konteks ibadat kerana ia merupakan satu bukti kepatuhan dan penyerahan diri
seseorang kepada Allah swt.
7.
Fungsi zakat berikutnya memberikan kekuatan rohani dan jasmani
fakir miskin. Dari segi rohani dapat menebalkan iman mereka kepada Allah
swt kerana pertolongan yang diberikan oleh golongan kaya itu merupakan
tanda-tanda kekuasaan Allah swt. Dari segi segi kebendaan pula, dengan zakat
dapat menaikkan taraf hidup golongan fakir miskin. Contohnya dengan zakat
mereka berupaya membeli makanan, pakaian dan sebagainya. Zakat juga menandakan
kesyukuran orang kaya dan merupakan satu bentuk pengagungan terhadap kekuasaan
Allah swt. Tanda kesyukuran itu ialah tindakan kerelaan mengeluarkan sebahagian
kecil hartanya untuk mencari keredhaan Allah swt dengan nikmat yang lebih besar
lagi (syurga).
Pelaksanaan Zakat (8 markah)
1.
Sejarah pelaksanaan zakat meliputi tiga peringkat. Peringkat
pertama ialah sebelum kedatangan Islam. Allah swt telah menyebut bahawa
beberapa orang nabi telah melaksanakanzakat seperti nabi Ishak, Nabi Yaakub,
Nabi Ismail dan Nabi Isa.
2.
Peringkat kedua ialah zaman sebelum Nabi Muhammad saw berhijrah ke
Madinah (zaman di Makkah). Allah swt telah mewajibkan zakat sejak permulaan
Islam lagi. Perkara ini berlandaskan atas dasar tolong menolong antara golongan
kaya dengan golongan miskin sebagai satu amal kebajikan. Kewajipan zakat pada
peringkat ini hanya bertaraf pilihan tanpa ditentukan kadar nisabnya dan jenis
harta benda yang hendak dikeluarkan zakat.
3.
Peringkat ketiga ialah selepas Nabi Muahammad saw berhijrah dan
menetap di Madinah. Pada tahun 2H (623M), zakat mula difardukan secara kuat
kuasa iaitu antara bulan Syaaban dan
Syawal. Bermula tahun tersebut, keengganan membayar zakat boleh membawa kepada
hukuman bunuh atau dipaksa membayarnya oleh pihak pemerintah Islam. Golongan
yang berhak menerima zakat ialah fakir miskin, amil yang menguruskan pungutan
zakat (dilantik oleh pemerintah), mualaf yang dijinakkan hatinya untuk menganut
Islam, hamba yang hendak dimerdekakan, orang yang berhutang, orang yang
berjihad dan orang yang musafir.
Kesimpulan (2 markah)
1.
Zakat adalah Rukun Islam Keempat yang wajib ditunaikan oleh setiap
umat Islam yang berkelayakan. Selain itu, zakat adalah salah satu sumber
ekonomi negara yang berfungsi memacu kemakmuran dan pembangunan sesebuah negara
di samping mewujudkan keadilan dan keamanan sosial.
2.
Pelaksanaan sistem zakat dari zaman awal Islam hingga zaman
Abbasiyah mengalami banyak perubahan. Setelah munculnya mazhab-mazhab, maka
timbul tafsiran berbeza-beza tentang jenis-jenis dan kadar zakat. Ini
disebabkan wujudnya perubahan daripada segi jenis dan penilaian barangan dan
mata wang.